Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..
Showing posts with label Itulah kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Itulah kehidupan. Show all posts

Tuesday, September 20, 2011

Mak dah sihat...(lupa tuko tajuk tadi...)

Khamis lepas, adik aku pertama kali berjaya sampai ke rumah aku dengan kancil antiknya. Manual..lenguh bontot katanya. Maklumlah, hari bekerja, dari Balakong ke Shah Alam melalui lebuhraya Persekutuan. Memang masak bontot ko... jalan memang banya. Tapi, jalan tu aje yang aku tau dan mampu untuk ku ajarkan. Itupun bertahun jugak akak Nora nak khatamkan jalan yang berbelit-belit tu.

Kami pulang juga ke kampung malam itu juga. Kata adik aku, emak merayu juga suruh kami pulang. Katanya, dia lemah..ibarat semangat yang hilang. Kata adik aku..."jom kita balik, nyanyikan lagu Semangat Yang Hilang kat emak..". Bunyi macam lawak bodoh je kan. Tapi, itu cara kami tenangkan hati yang risaukan emak di kampung.

Kami bertolak pukul 10 malam. Boleh tahan juga..kereta banyak melalui lebuh raya utara selatan tu. Maklumlah, mungkin mereka mengambil kesempatan cuti dari hari Khamis hingga Ahad tu kan. Bercuti-cuti Malaysia la tu...

Adik aku ni..kategori minah rempit juga ni...berderum kancil tu dibuatnya. Kami sampai pukul 12 lebih. Sampai dirumah, emak baring di ruang tamu..tempat kami nak melanding nanti. Nampak kusut di wajah emak. Kalau ikutkan..memang aku nak hangin dengan 'masalah' yang menyebabkan emak begitu. Tapi, buat apa menambah kusut dalam jiwa emak kan...

Sepanjang aku di kampung, kami hura-hura..tengah-tengah hari memancing kat lombong depan rumah emak. Yang tak tahan..emak pun ikut turun ke lombong. Bosan..bukan bosan tak dapat ikan...pantang letak umpan..ikan pun sentap. Adik aku bengan..dah 3 joran bersimpul dek anaknya. Ikan pun tak dapat-dapat. Abang Izzat dah lama balik rumah. Panas... Akhirnya, aku serahkan joran aku kepada adik aku. Ha ha ha...memang tak de tuah la ko..ikan pun tak nak.

Bila balik...semua tumbang, muka terbakar..haha..giler memancing tengah hari buta...rasa macam tak ada nafas penatnya memanjat bukit balik rumah.

Alhamdulillah..masa kami di sana emak bertambah sihat. Aku pun tak mampu nak usahakan macam mana lagi. Nak ajak mak duk rumah aku, kempunan la..

Ahad, kami pulang dengan doa dan harapan. Semoga Allah terus memberikan kesihatan yang baik buat emak dan melindunginya walau di mana dia berada.



Seiras tak kami...? Masa ni..raya ke-4..bercuti di Pangkor...

Friday, July 15, 2011

Komen Pilihan:::Dia tetap ibuku sampai bila-bila...

Kalau anda baca entri sebelum ini tentang ibu mertua aku, nampak sangat macam dia tu kejam sangat kan. Pada mulanya, aku pun fikir macam tu. Ye lah..sampai ke tahap aku dipaksa ikut kakak iparku pergi buat direct selling Zhulian dari pagi sampai ke tengah malam. Masa tu aku duduk serumah dengan mereka. Bukan aku tak minta en.hubby berpindah. Tapi, dalam masa yang sama aku tak sampai hati. Maklumlah en. hubby adalah anak lelaki sulung dan banyak tanggungjawab dia kena pikul ke atas rumah-rumah sewa abahnya itu.

Setelah beberapa bulan, memendam rasa. Kerana hidup dalam kongkongan rasanya, aku melarikan diri tinggal di tadika tempat aku bekerja. Sebelum itu aku dah inform kepada en.hubby dan bos. Bos aku dah boleh mengagak benda ni akan terjadi, cukup masanya dia datang ambil aku. Masa itu, emak dan kakak ipar Zhulian aku tu tiada di rumah. Tinggal suaminya yang menjaga anak.

Tapi, tak sampai sebulan. Kami di suruh berpindah di salah sebuah rumah sewa mereka. Siapalah aku nak melawan. Hanya wanita bergelar isteri. Namun, aku ada privasi di rumah itu. Sungguh aku tak berkata apa..dengan en.hubby aku tak pernah merungut.

Macam-macam aku kena hadapi. Tapi, sebenarnya...aku lihat emak mertua aku ni tak de lah teruk mana. Tapi, dia dipengaruhi oleh kakak-kakak ipar aku yang sungguh berbeza pendapat dengan aku. Nampak sangat...aku pun heran..pasal..aku ada 2 kakak ipar juga di belah aku la kan..tapi, memang tak pernah nak ambil tahu apa mereka buat. Yang aku tabik..emak aku..dia tak senang hati macam mana pun..dia tak pernah masuk campur hal rumah tangga anak-anak dia.

Aku tertarik dengan komen GreenAppleKu.com

Itulah yang akhirnya aku fikirkan untuk memujuk hati. Kan bagus berjimat..guna barang yang memang dah ada. Nanti membazir pula. Tapi, mak mertua aku bukanlah teruk sangat. Cuma mungkin kita tak mengenali dia.

Ketika kami berpindah sekali lagi, kali ni dihadapan rumah mereka. Kami berpindah sebab arwah abah en.hubby dah renovate macam-macam kat rumah ni. Tiba-tiba sayang nak bagi orang sewa, biarlah anak-anak yang dapat. Jadi, dia berikan kepada en.hubby. Di situ, ada kelebihannya..aku tak perlu nak pikirkan duit sewa rumah apatah lagi nak beli rumah. Yang paling bahagia..hanya 2,3 langkah dari masjid.

Mungkin dah lama aku ikut alunan rentak dia, sekarang kami ibarat tiada benteng pemisah. Atau mungkin yang suka mempengaruhi dia dah tiada..mereka dah pindah..tinggal aku je di sini.

Betapa, prihatinnya dia..sampaikan dia sanggup simpankan hampas kelapa yang di guna untuk bagi kat aku..sebab aku pernah cerita aku buat lulur dengan hampas kelapa. Macam-macam dia bagi..aku dah tak pandang benda-benda terpakai ke apa ke...sebab pada mata aku..DIA TETAP IBU KU...pasti dia buat apa yang dia rasa terbaik untuk anak-anak dia. Selain dari perkakas menjahit, buat kek..dia suka berikan buku-buku agama..doa-doa..

termasuklah kelas aku nak pergi esok ni..dia dah bayarkan..kelas apa..? tunggulah aku attend dulu ya..

Jadi, jangan cepat melatah dengan tindakan ibu mertua anda..yang dapat sporting, baik..dan macam-macam tu..Alhamdulillah..doakan mereka bahagia hingga ke akhirat..

suatu ketika dulu:: bukan takmampu beli, tapi tak mampu membantah

Dulu, masa mula-mula kahwin...aku rasa tertekan juga. Kenapa? pasal terasa macam rumah aku masa tu tempat orang buang barang tak pakai jek..nak tau kenapa?

Masa mula-mula ada rumah sendiri, en hubby nak beli mesin basuh...ibunya kata tak payah...dia bagi kami mesin yang dah 10 tahun digunakan oleh kakak ipar aku. Dia dah ada mesin hebat. Tapi, aku tak kata apa...tambahan kami berdua je masa tu.

Samalah dengan peti ais. Dapat yang kakak ipar aku punya juga. Simpan sayur dan ikan selalu busuk. Pernah en hubby bising nak beli lain...mati mati dia kena marah pasal peti ais tu elok lagi katanya. Aku tak nak bising sebab kan baru lagi di dalam keluarga itu.

Hinggalah pertama kali kami balik ke Perak nak menyambut raya sebagai suami isteri di rumah emak aku, en hubby begitu bertanggungjawab dengab tutup semua suis. Dan sungguh bijak, dengan suis peti ais sekali. Balik je rumah...bau busuk dan terus rosak peti ais tu.

Ingatkan dapat beli baru..tak, emak aku bagi peti ais lama dia pula. Lama juga kami gunakan walaupun tak la hebat mana..tapi tak ada la busuk ikan dan sayur. Tambahan aku tak suka sesakkan peti ais, jadi saiznya yang kecil tu tiada masalah bagi aku.

Pernah suami aku bersuara. Dia terasa..bila sampai turn dia semua barang terpakai yang dia dapat. Sedih aku dengar...ye lah semangat dia nak mula kan hidup bekeluarga dengan aku kan...jadi sebagai isteri aku pun pujuk la dia..

"jangan la risau yang...sebab yang pastinya ayg bukan barang terpakai, berani jamin freshhh.."Huuuhuuu

itulah kisah bila duduk dekat denagn ibu mertua masa mula-mula dulu. terasa cara dia layan aku macam aku yang habiskan duit anak dia. walhal masa aku bekerja, gaji aku pun kadang2 tak dapat merasa.

Hinggalah ada suatu kejadian, emak dia terus berhati-hati bila berbual dengan aku. Aku tak bekerja pun dia tak kata apa...

Saturday, July 9, 2011

9 julai 2011 - tarikh yang takkan dilupakan oleh en.hubby

hari ini 9 julai 2011,
tarikh yang sungguh menggemparkan Malaysia,
kata aku kepada suami ku..
"semangat betul mereka ye yang..."
sepakat berarak..
siaran langsung tak agak-agak kisah mereka je..
ishh..
suami aku terdiam...tarikh itu sungguh keramat...
Kalau semua pakat bagi rm1 pun kita dah boleh buat rumah terbuka..
Ni apa yang dapat..orang ingat sampai mati apa anda buat..
bukan yang baik se BERSIH nama anda..
orang akan ingat segala yang buruk dari anda..

Dari mereka penat buat perhimpunan haram tu..
lebih baik mereka bersatu hati ucapkan..

Selamat Hari Jadi buat suamiku tersayang pada 9 julai 2011
Mohd Shah Idham bin Hj Sahbudin.
Moga Allah merahmati mu hingga akhir hayat mu
Cinta dan sayangku sentiasa bersamamu..

Wednesday, June 1, 2011

Doktor pun manusia juga...cuma doktor kena la lebih bersabar ya...

Anak-anak aku tengah tak sihat. si abang tak susah nak bagi makan ubat. silap-silap 10 botol ubat pun dia tak kisah. dia buat macam minum jus je...
jangan si adik soleh, segala-galanya terangkat bila nak bagi makan ubat. kalau orang luar dengar, mesti syak aku ni dera anak. macam dicubit-cubit. orang lain termasuk abahnya tak sanggup nak bagi makan ubat. dengan ibu, awak salah orang la...kepit tangan dengan kaki. yang penting jangan tersedak atau tercekik. ubat pasti masuk. si soleh ni, kena lebih teliti aspek kesihatannya. mudah terkena semput. jadi tempoh masa makan ubat tu kena jaga betul-betul. termasuklah inhaler dia. nak marah pun tak boleh. ..dah keturunan.
aku ada..tapi lebih kepada alahan. belah en.hubby pula kakaknya yang kuat semput. jadi,sekarang ni aku pulak yang tak cukup nafas...berbunyi...mak aku dah risau. aku tak pernah makan atau ambil nebulizer di klinik. cuba bertenang dan jaga pemakanan. alhamdulillah..setakat ni ok.
Al kisahnya, sebelum aku nak balik kampung, aku kena bawa si soleh ke klinik panel untuk dapatkan ubat. takut melarat. selalunya, aku akan telefon untuk mengetahui siapa doktor yang merawat pada hari itu. kedengaran nama doktor yang tak berapa best pada aku. bukan nak kritik sesaje..ubat yang selalu dia berikan tak sesuai.
tapi, aku tawakalkan juga..kalau doktor aku tu, dia yang merawat kami sekeluarga dari aku tak ada anak, aku preggykan izzat seterusnya soleh, biasanya gabungan ubat yang dia berika memang serasi dan pemeriksaannya lebih teliti. tu yang kami selesa dengan doktor ni... nama dia ...aspalela...Lela..lela...hehe
tiba aku di klinik, sebelum aku yang masuk kebilik doktor, ada sepasang suami isteri yang masuk. belum lagi mereka keluar giliran soleh dipanggil. aku duduk je..manakala doktor lelaki yang tak best tu tengah sibuk kira duit dengan tangan terketar-ketr. dia katakn kepada pembantunya yang dia tk nk periksa wanita yang sedng ambil nebulizer tu. "suruh mereka terus keluar ye. banyak komplen sngat..sy skit hati ni".
aku yang dengar ni jdi takut pula. cdngnya ku pun nak banyak tanya itu ini. terbantut aku..
agaknya..kenapa doktor tu hangin sampai macam tu ye..wallahualam

Monday, May 30, 2011

Ini kisah orang kawen....kalau anda praktik kan diluar nikah...maknanya anda ber ZINA

Huh...keras tak amaran tu. aku takut nanti ada yang ngata aku buat kisah lucah...cuma...aku tak puas hati kisah lelaki-lelaki yang tergolong dalam "enjakulasi pra-matang" ...betul ke ejaan tu. kalau ada yang tak faham, aku minta maaf ye.
kutuk? bukan...cuma ingin memahami...apa yang dicari oleh mereka...banyak kes..suami makan luar..tapi bila dengan isteri, "dia yang dulu"..kalau diikutkan logik, wanita itu dulu yang teridam-idam kan kehangatan yang sepatutnya kan...haha.
ini gara-gara adik aku menunjukkan satu profile di Fb. kepunyaan seorang wanita, dia bergambar dengan seorang lelaki. dan yang buat aku terkejut, lelaki itu suami kawan adik aku. dan kawan adik aku bukanlah wanita yang bersama dengan lelaki di dalam gambar itu.
dan lagi aku terkejut, wanita itu telah mengandungkan anak luar nikah bersama lelaki ini...yang makin aku beristigfar..bila al kisahnya, si wanita meminta wang dengan si isteri untuk menggugurkan anak luar nikah bersama suaminya.
ya Allah...bila dengar kisah itu, bertimpa-timpa aku rasa dosa yang terlibat dalam kisah mereka. silap-silap aku yang mendengar dan berkongsi cerita dengan anda semua ni pun, kira dah bersubahat. tapi kita cuba ambil iktibar...ingat...sekarang ni pelbagai kisah buruk banyak dah berlaku. tiba-tiba terbayang wajah en.hubby..apapun kuasa Allah yang boleh memandunya ke jalan yang benar.
apa kena mengena dengan tajuk...faham-faham sendirilah. akak nora pun baru tahu...lepas dengar kuliah jumaat, rupa-rupanya kalau isteri tak puas dengan suami dan ianya berlarutan, iseri boleh fasakhkan suaminya. yang lelaki? ish...
haa...akak bukan nak salah pihak lelaki je tau..sama je, mungkin wanita itu pun ada silapnya.
yang pasti , hidup suami isteri saling memerlukan..dan sungguh indah berlandaskan iman...
akak nora sayang en.hubby...

Monday, May 16, 2011

Kau pun salah...

Bukan niat nak menunjuk pandai apatah lagi berlagak bijak. Sekadar, naluri hati membentak-bentak ingin menegur kesilapan dalam erti kata di sesuatu perbualan. Namun, akhirnya diherdik.."kau pun tak betul..". Bukannya aku kata aku yang alim, beriman soleh dan ahli syurga. Cuma, ingin menegakkan apa yang salah.

Tersentap hingga ke jantung rasanya tatkala di balas dengan sepotong ayat itu. Tapi, memang la betul ketika itu. Diri ini pun tak betul lagi. TApi, kalau difikirkan sampai bila kita boleh menegur dan berkongsi ilmu menerangkan mana yang salah dan mana yang betul.

Masa tetap berlalu, walau kita inginkan ia terhenti seketika. Tak mungkin. Alhamdulillah..dengan petunjuk dan keadaan sekeliling banyak membantu insan ini mengikuti landasan yang benar. Namun, tidak sesekali dia mengatakan dia adalah penghuni tetap syurga. Namun, gentar jiwanya jika dikaitkan dengan neraka. Doa, tak putus dan berusaha untuk kembali ke jalan Allah yang selama ini di tinggalkannya.

Tanpa disedari, dia tertegur juga kesilapan yang jelas di mata.

"Ala..kau dulu pun begitu..jangan la nak berlagak alim."

Aduh..manusia..penuh dengan alasan. Jika itu benar berlaku, hanya Allah saja yang mampu bukakan mata hati kalian. Hanya ianya prinsip dari diri ini, YANG SALAH TETAP SALAH...jika hati sudah sedar dan insaf kesilapan lalu, mengapa..mengapa masih dikaitkan dengan zaman jahilliahnya..berikan ia peluang..kerana dunia ini bukan milik anda...sedarlah...

Saturday, May 7, 2011

Kenapa perempuan kena sanggul rambut..




Masa zaman hingusan dulu, rambut aku ni panjang. Melepas punggung. Tak ada maknanya nak rebonding masa tu, kalau malas nak jaga..ha..samalah macam KAK LIMAH tu. Nak potong, takut.. Masa tu ayah aku marah. Dia memang alergik dengan perempuan rambut pendek. Buktinya masa muda-muda memang mak aku rambut cantik menawan. Tapi, rambut emak ayah aku cantik ..ikal..kenapa rambut aku dah macam orang asli..huh..orang asli sekarang pun dah pandai rebonding woo..

Paling derita nak pergi sekolah. Apa lagi, mula ikat..lepas tu aku gulung-gulung..ha jadi la macam gambar di bawah ini.

Guna gambar patung je, nanti kena saman kalau guna muka orang. Kalau Allah tak suke, dia nak saman juga ke..ish..ish..

Di sekolah agama, akhirnya aku ditegur oleh seorang ustazah..ingat lagi di benak fikiran ni memang jelas sangat-sangat..

"Tak baik sanggul tinggi-tinggi ni, berdosa. NAbi Muhammad marah, tak suka. Kalau kita buat apa yang Nabi marah, Allah pasti marah dengan kita. Suka ke.." lembut je ustazah tu cakap. Ustazah tu sungguh ayu..tak hairanlah dia berpurdah, sesekali dia buka purdah memang mata melekat je kat wajah jernih dia.

Lepas itu, memang aku takut nak sanggul tinggi-tinggi. aku ikat dan gulung-gulung je kat bawah dan menyorok la sanggul tu di dalam anak tudung. Kalau boleh rendah nak rendahkan lagi. Sungguh takutkan dosa ketika itu. Budak-budak kan..

Bila dah bijak sikit barulah aku faham kenapa..huh..penghuni neraka tu..Nauzubillah...
 Memang sampai sekarang aku takut nak sanggul tinggi. Bila dah remaja, makin rimas. Aku bising itu dan ini, nak ikat leceh la, getah rambut tu tak best la..cepat kendur la..tak selesa la..

Emak cakap selamba je " Orang bersanggul tak guna getah pun..ko yang teruk sangat nak lilit.."

Sebenarnya emak dah banyak kali ajar masa tu. Tapi, punyalah lembab nak faham pusingan tangan-tangan tu.

Tapi, kan aku ni jenis takut. Emak aku cakap "Perempuan tak tau sanggul rambut memang berterabur la kehidupan rumah tangga dia.." Emak aku yang faham dengan aku ni suka ugut begitu.

Bukan aku nak tunjukkan aku percaya kata emak aku tu, cuma sebagai insan yang takut tulah kerana MELAWAN cakap ibu. Aku pun belajar la bak alunan tangan yang dah macam nak menari tu.

Wargh..senang je...sejak hari tu. Tiada masalah sanggul. Hidup ku mudah walaupun tanpa pengikat rambut, Tapi, sapa yang suka rambut macam iklan tu, aku rasa payah kot..pasal rambut yang diproses ni licin dan sukar untuk disanggul.

Cuma aku tak nampak apa lagi disebalik kata-kata emak tu. Cuma, mungkin kebetulan terkena kat adik aku..tu la..dia tak belajar sanggul rambut. Jadi, kepala dia pun dah macam bonggol unta..hehe..agaknya sipa-siapa yang sanggul tinggi-tinggi tu memang tak pandai sanggul rambut kot... sebab yang aku belajar ni, ia menjadikan rambut tu kemas dan bulat..bukan besar membojol tu macam trend sekarang ni..ish..ish..persoalannya..CANTIK KE..

Yang lagi menyedihkan, yang tak CUKUP RAMBUT NAK BERSANGGUL tu..kenapa pula siap ada sanggul buatan..sekadar nak ada bonggol di kepala anda. Sedih dengan manusia MALANG ini..sesungguhnya Islam itu mudah, tapi anda yang menyusahkan islam itu sendiri.

Aku terjumpa...
Jumpa di SINI
Aku cuba teka siapa penceramahnya, dari segi topik dan ayat. Memang tepat tekaan aku. Aku memang tak berapa boleh menerima ayat-ayat penceramah ni. Ingatkan pendapat aku seorang...tapi, ramai rupanya.

"dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka di dunia: golongan yang membawa cemeti seperti ekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti telanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol unta yang bergoyang-goyang,

Mereka tidak akan masuk syurga dan mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini."

Jadi mengapa kita nak menolak hadis, atau kita bangga menyatakan bahawa kita inilah golongan wanita di akhir zaman. Nauzubillah..syabas anda telah bertudung, tapi mengapa anda bertudung bukan untuk melindungi maruah anda. Astagfirullah..dah kira emo entri aku di sini.

Cuma tersentuh, sedih..apatah lagi bila terdengar kuliah di masjid..

"islam akan pergi dari kita tidak seperti ia datang kepada kita dengan gemilangnya. Ia pergi dari kita apabila manusia tidak menyokong islam itu sendiri.."

Buktinya dah banyak, apabila Al-quran tiada dalam diri kita macam-macam masalah..gejala sosial yang berakhir dengan pembuangan bayi, ayah yang sanggup meratah darah dagingnya sendiri, anak-anak yang memperlakukan ibu bapa mereka seperti binatang dan yang paling menggerunkan..ada golongan muslim yang murtad dan bertukar agama. Ya Allah..sungguh menakutkan.

Mungkin inilah dugaan buat aku. Hidup bersendirian di dunia, berhadapan dengan pelbagai jenis manusia..itu semua dugaan Allah siapkan buat aku. Siang malam ku doakan agar kalian bersama ku memperbaiki diri kita kearah lebih baik. Biarpun sedikit namun ianya kekal..dari yang gah namun ianya hanya kadang-kadang..

Wednesday, April 27, 2011

Bukan semua orang sukakan kita...

Aku juga macam manusia biasa. Aku bukannya manusia seperti nabi yang dianugerahkan
"maksum" iaitu terhindar dari melakukan dosa dan kesalahan. Aku juga pernah leka dan alpa dari jalan Allah swt. Namun bersyukur kepada Allah, aku tidak terlalu jauh terpesong. Niat dihati yang selalu ingin mendekati Allah telah menyelamatkan aku dari jauh terpesong.

Satu prinsip yang aku cuba pegang.."dah tahu benda tu salah, bertaubat jangan buat lagi.." Mudahkan..aku pun cuba tak beza-bezakan orang lain. Kerana aku mungkin sama seperti mereka dulu. Leka dan lupa dengan perintah Allah.

Jadi, bila ada seseorang meluahkan rasa tertekan dalam kebingungan, aku cuba terapkan "kembali pada-Nya". Kerana itu adalah sebaik-baik tawakal setelah kita cuba berusaha sebaik mungkin. Aku ingatkan kepada mereka itu semua dugaan Allah yang rindukan rintihan doa kita kepada Dia. Atau dia ingin melihat sekuat mana CINTA kita kepada-Nya.

Mungkin atas perkataan-perkataan yang sering aku gunakan, aku sering di siniskan dengan:

"haa....habis ustazah dan mula bercakap"
"ye la ustazah nora..."

Bukan aku nak bangga, tapi aku malu. Ilmu aku jika dibandingkan dengan pangkat 'ustazah' tu, suku pun tak sampai. Terlalu jauh bezanya. "Ustazah" adalah golongan guru dan pendidik yang amat-amat aku hormati. Melalui insan yang bergelar ustazah jugalah aku sedar dan mula mengenal kesilapan diri yang selama ini aku ambil ringan saja.

Walaupun aku pernah mengajar asas-asas bacaan Al-quran..aku rasa tak kena murid-murid aku panggil aku 'ustazah'..panggil cikgu sha saja ye...segan dengan gelaran itu. Rasanya tak sampai lagi. Ala..macam anda-anda yang bekerja kuli, tapi orang atasan anda panggil anda 'bos'..tak ke malu..

Alkisahnya, masa aku mula-mula mengenali FB dulu, tiba-tiba di suatu hari ada rakan yang add aku. Aku rasa macam kenal. Fotonya dia pakai seluar ketat dan baju pendek memang tutup had dada je dan perut terdedah. Suasana seperti di kelab. Aku agak mesti dia ni penyanyi kelab, sebab masa sekolah dia suka masuk koir atau nasyid. Memang suara dia ada power, high key..hehe..

Aku pun terima dia, tak adalah niat nak block. Kawan tetap kawan. Kemudian, aku tengoklah album dia. Barulah aku makin jelas dan faham, mengapa orang kata FB ni pun menjadi salah satu tempat pengumpulan dosa. Memang dasat-dasat gambarnya. Tapi, yang aku sedih...komen dia dapat semuanya kata cantik, nice dan macam-macam yang positif. Ye la..yang tak setuju tu mungkin macam aku, diam aje tanpa komen.

Sering juga status dia menunjukkan dia dalam kerunsingan, selalu tak sihat, hati yang gundah..dan macam biasa, komen-komen aku adalah seperti selalunya. Cuma, aku ringankan sikit ayat-ayat itu, takut dia terasa tersangat. Aku nak buktikan, walaupun dia begitu, aku begini..aku tetap anggap dia kawan.

Tapi, tak lama selepas itu..aku tak boleh nak komen apa-apa. Bila aku tanya kat mereka yang pro FB ni, ternyata..AKU SUDAH DI BLOCK..terdiam aje lah..kita nak kata apa kan..

Bukan semua orang sukakan kita...macam aku menulis dalam blog ni, bukan semua yang datang suka membacanya. tinggal nota persinggahan saje di shout box..tapi, akak nora tak terasa apa pun..kita semua ada cara kita tersendiri kan..yang pasti hindarkan diri dari kemungkaran dan sayangi diri anda ya..

Tuesday, April 19, 2011

Ada yang takut kubur tak...

Tiba-tiba teringatkan kisah lama. Lama sangat, ketika itu aku masih dalam darjah 1. Dulu-dulu, tak ada istilah naik bas sekolah. Memang menapak ke sekolah. Siapa yang tinggal di area Ampang, mesti tahu flat Taman Dato' Ahmad Razali. Ha..berjalan lah aku dari rumah aku di flat itu sampai la nun Kampung Melayu Ampang. Bergilir..ada yang sekolah rendahnya pagi dan sekolah agamanya petang dan sebaliknya. Begitulah kehidupan aku sehingga tamat graduate darjah 6. Teringat lagi, ketika sesi pagi sekolah agama, aku ke sekolah gelap-gelap subuh woo...saja suka-suka. Aku memang dalam kategori pergi sekolah awal. Senang....masa tu kecil, tak ada perasaan pun, takut ke apa ke. Serius masa aku kecil, mana ada kes rogol-rogol budak kecik ni berleluasa. Sekarang je...BUKAN LELAKI SANGAP...TETAPI DAH LEBIH MAKAN UBAT NAK KUAT, DAN PENGARUH VISUAL-VISUAL SEX NI DAH TAK PAYAH SOROK-SOROK..KAT SHOPING COMPLEX PUN BANYAK...MACAM-MACAM RUPA ADA...JADI 'TEGANG' TU TAK PERNAH KENDUR..SAMPAI KANAK-KANAK YANG 'TAK ADA APA-APA' PUN JADI..GUNA BOTOL TAKNAK PULAK..(tiba-tiba emo...)

Dalam kawasan sekolah agama aku tu, ada kawasan perkuburan. Masa zaman aku, nak ke kantin kena la melintasi kawasan kubur tu..bukan lintas gitu je. Ye la..kira macam meredah kawasan kubur tu, baru lah sampai kantin...realistik kan..tengah sesubuh lalu kawasan kubur..ish...waktu itu sikit meremang pun tak ada. Rasa jiwa yang amat damai, tenang, sayu...hendaknya waktu subuh..Sudah tentulah kami di ajar bagi salam kepada penghuni kubur tiap kali melaluinya. Kalau peluang dapat duk tepi tingkap dalam kelas, memang tepi tingkap tu pun ada kubur..aku pun tak tau sejarah sekolah tu. Tapi, aku amat suka dengan suasananya.

Gangguan? sepanjang 6 tahun aku disitu, pagi-pagi subuh atau petang senja sudah aku lalui..tiada pula aku terdengar kes-kes gangguan. Cuma, aku langsung tak pernah terserempak dengan acara pengebumian siapa-siapa yang meninggal. Mungkin dah sendat..memang penuh..

Rumah sepupu aku terletak tak jauh dari sekolah agama tu. Kami panggil dia 'akak'. Dia rajin ajak emak aku tidur rumah dia, dia suka sembang-sembang dengan emak. Sampai sekarang. Aku pulak tak berapa ngam ngan dia lagi teruk sampai sekarang..bukan bermusuh..cuma tak sehaluan. Itu kisah lain ya.

Tidur rumah dia lagi menakutkan dari meredah lalu di tepi-tepi kubur. Entah lah..mungkin aku di amuk-amuk dengan kisah dari akak yang selalu ada kelibat lembaga hitam berlegar di dalam rumahnya. Ish...

Tapi kan, tiap kali azan subuh dari masjid berdekatan, akan disahut pula bunyi anjing menyalak...

"aaaauuuuuuu......"pagi-pagi tu. Aku tak bertanya, tapi akak yang bagitau..katanya, anjing tu mendengar jeritan orang tersiksa dalam kubur tu. Wallahualam...

Masa berlalu, masa aku darjah 5 atau 6, dah lupa la..sekolah tu dah makin luas. Maka, terbinanya lorong pejalan kaki di sebelah kawasan perkuburan. jadi, tak perlu meredah kawasan kubur..lalu di tepi sahaja..amalkan memberi salam dan sedekahkan saja Al-fatihah, tiada ruginya..mereka saudara seislam dengan kita. Kita juga akan seperti mereka, cuma tak tahu bila ketikanya.

Itu bezanya pemikiran kanak-kanak dan dewasa kan. Kubur, tiada apa makna bagi kanak-kanak. Mereka tau, orang yang mati di dalamnya. tapi nak tanya lebih lanjut pun mereka tak tahu. Sebak memang sebak...terasa sakitnya menahan sebak melihat jenazah ayah aku di masukkan ke dalamnya. Aku tahan meraung, tak baik..sebagai anak, teruskan berakhlak dan beriman, doakan kesejahteraan mereka di sana. Itu lebih penting dari anda membina kubur itu dengan batu marmar la, apa la..serius kubur ayah kak nora bernisankan batu sungai saja. Dan dibina simen sekelilingnya. kerana takut tindakan tanah menjadikan ia rata dan mudah mendak ke dalam.

Pernah sekali, ketika itu izzat baru setahun umurnya. Aku menzirahi kubur arwah dengan kakak dan emakku. Terkejut melihat kubur tu berlubang ..tanahnya mendak ke dalam. Dengan kudrat perempuan, kami gunakan apa yang ada di sekitar kawasan perkuburan itu untuk menambah tanah dan menambaknya. Masa tu memang musim hujan. Banyak lagi kubur di sekitarnya begitu.

Bila Izzat penat, aku berehat dalam kereta bagi izzat menyusu. Ketika itulah izzat 'bersembang' di tingkap kereta. Makin seronok macam 'di agah-agah'. Tentulah tiada siapa. Dia kan bayi lagi...Wallahualam..

Itulah kisah akak nora berkaitan dengan kubur. Akak suka terkenangkan kubur, berada di dalam nya..serentak itu kita rasa takut, cacing, ulat, yang paling besar...ular membelit hingga berselang tulang belulang..anda mahu tak? KALAU NAK...TERUSKAN JANGAN BERSOLAT SAMPAI ANDA MATI..

Thursday, April 7, 2011

Kasihan budak sekolah sekarang...

Kisah yang tak sepatutnya berlaku antara guru dan murid sekarang ni makin bermbah-tambah pulak. Mencabul, merogol, dan terbaru ni..di belasah hingga meninggal dunia budak tu. Ish.. apa nak jadi.

Teringat masa akak nora jadi cikgu tadika dulu. Tambah tolak, lebih kurang hampir 6 tahun jugak lah aku berkecimpung melambung-lambung dalam arena itu.

Memang bukan cita-cita aku menjadi guru, sebab aku cepat 'hangin' tengok budak-budak mengada-ngada. Tapi, kisahnya bermula, ketika itu aku sudah menyandang jawatan Pembantu Tukang Masak..kadang-kadang merangkap juga jadik Tukang masak. Jangan main-main wo..masak bihun samapi 8 bungkus. Pakai kuali besar kawah dah masaknya. Masak nasi lemak macam nak gi buka kedai. Maklumlah kena masak sampai 3 tempat iaitu tadika 4,5,6 tahun belajar, taska budak dan baby (budak makan ramai..), dan Day care ( bebudak yang dah habis sekolah duk tunggu mak bapa balik kerja..)hehe..

Paling aku tak boleh lupa, tiap-tiap hujung minggu aku basuh 4 comforter sorang-sorang. Pakai tangan la...bila van hantar ayam sampai, aku angkat la 10 ekor ayam dalam satu besen tu ke dapur. Nasib baik siang ayam tu bukan aku sorang-sorang..Kalau tak..aku pun jadi ayam gak kat situ. Kena siang asing daging dan tulang, daging tu pula kena potong kiub-kiub kecil. Yelah..budak nak makan kan..

Entah macam mana bos boleh tahu aku ni lepasan Diploma, terus dia gasak aku jadi cikgu. Argh....tension aku, pasal tak pernah ngaja..aku ajar adik aku pun last-last aku give up.

Mula-mula cuba, aku pakai baju ala-ala kerja kat dapur juga. Tapi lagi dasyat, dapur dan kelas aku kena cover (bila tukang masak ada hal dengan bos).

Berbulan juga hinggalah akhirnya aku jadi 'jelita' sepenuhnya sebagai cikgu 'sha' pasal dulu aku bagi nama glamor je..hik hik...

Memang tension dengan bebudak ni..naknya yang bijak. Macam-macam hal..mau sakit jiwa mengadap mereka. Aku pun pernah tension, mau tidak..aku kan tak suka budak mengada-ngada. Tapi, aku tak pernah sikit pun 'sentuh' anak murid aku. Denda aku satu je..dan memang mujarab dengan mereka..

MASUK TOILET!!! Sekarang...!!orang yang suka kacau orang nak buat benda baik, nak belajar  sama macam......

"SYAITAN..." bebudak tu jawab...

SYAITAN duduk kat mana?- aku tanya..

"Kat toilet!!!" mereka jawab..

Maka gentarlah budak yang buat kacau ketika budak lain sibuk buat kerja masing-masing. Itu je ugutan aku, dan siap dengan alasan. Memang berkesan...Tapi, aku bukan kejam. Terkadang, aku bagi juga kebebasan kepada mereka untuk bising dengan kawan-kawan. Budak tadika maa..kita tak boleh sekat mereka sedang berkreativiti. Tapi, aku suka mereka..waktu belajar...memang konsisten. 6 tahun tak ada masalah baca karangan dan mengira tambah tolak 1 hingga 100 pakai jari tau..(teknik congak)..
Dalam tak ada kelulusan jadi cikgu, sekejap je aku dah di kenali. Entah bila pula mak bapak tau no tel aku. Memanjang tel pasal nak anta anak tuisyen dengan aku la, ngaji la apa la...hehe amacam..bleh tak?

Itu semua berubah bila...kita faham niat kita menjadi guru. Serius, aku tak tau gaji aku ketika itu (masa memula jadi cikgu)..yang aku fikir macam mana nak mengambil perhatian kanak-kanak ini. Sesungguhnya mengajar budak tadika memang memerlukan kesabaran yang tinggi kerana mereka memang kain yang kosong yang perlukan coretan yang membimbing.

Pernah aku layari 1 blog ni yang menjawab tentang melanjutkan pelajaran. dia tekankan, pilih aliran menjadi GURU kerana PASTI dapat kerja. Itulah yang akak nora lihat sekarang, bila kerjaya cikgu hanya dipandang sekadar cabang untuk mendapat duit sahaja, dan tanggungjawab di tolak ke tepi..cikgu pun dah ramai sangat sekarang ni kan...kawan-kawan akak pun berapa ramai jadi cikgu, akak dan abang ipar akak nora pun cikgu juga...

Teringat kat ustazah Romsinah, ustazah ketika aku belajar di tingkatan 3. Itu adalah tahap kita di awang-awangan keremajaan. Tapi, bila watu pendidikan Islam, aku suka duduk sebelah dia ketika dia buat PAFA setiap murid, bukan apa..kadang-kadang aku selitkan pertanyaan. Seronok dengar dia menjawab..sejak itu akak nora jaga solat, puasa dan diri akak sendiri. Pokok pangkal nya pada diri kita, jangan bila kita tersesat kita asyik mencari kesalahan orang. Allah dah berikan kita aka dan fikiran, mengapa jadi binatang juga yang dipilih...

Jadi, akak nora kesiankan budak sekarang..jika ada yang seperti akak nora..seperti masa itu, perlukan bimbingan dan tunjuk ajar..tapi cikgu pulak, diri sendiri tak terjaga ( kan ada guru agama di tangkap sedang khayal ambil dadah..aper tu..) Kesiankan cikgu? cikgu tu lagi besar dari murid...lagi 'terpelajar' dari murid..lagi bijak berfikiran dari murid..jadi, janganlah kita sia-siakan anugerah itu semua. mengapa anda yang jatuhkan maruah anda sendiri.

KEPADA GURU-GURU YANG BERMATLAMAT, TERUSKAN USAHA ANDA. SESUNGGUHNYA STATUS GURU ITU SUNGGUH MULIA, MELALUI GURU, MEREKA BELAJAR MENGENAL SEGALA-GALANYA TERMASUK LAH KEHIDUPAN DI DUNIA DAN BEKALAN DI AKHIRAT. PELAJAR BERMASALAH...ITULAH DUGAAN DAN CABARAN BUAT ANDA, HADAPI DENGAN KELAYAKAN ANDA SEBAGAI SEORANG GURU.

p/s:moga-moga cikgu-cikgu anak aku nanti baik-baik semua..anak aku pun jadi murid yang baik-baik dan soleh solehah semua..

Tuesday, March 29, 2011

Tarian POCO-POCO haram....

Akak tak pernah join tarian ni..tapi tetiba baca info tentang haramnya poco-poco ni.. cuba baca di sini ya...

Jangan melenting, kerana ada di sediakan alasan dan penerangannya. Jadi, kita fikirkan..kenapa kita nak melenting jika ada logik nya di situ...

Monday, March 28, 2011

Teringatkan tsunami...




Akak ambil dari LULU PAGES..

Bila mengenang semula kisah tsunami di Jepun ni, Akak nora teringat kuliah di masjid rumah akak ni.

" KIta bersyukur, kerana negara kita terselamat dari bencana muka bumi seperti gempa bumi dan tsunami. Memang kita pernah menghadapinya, tapi tidak lah sehebat di Jepun. Janganlah pula kejadian itu berlaku atas kesilapan kita, kealpaan kita, Maksiat berleluasa, pemimpin yang terpesong, akhlak-akhlak islam yang makin tipis, dan pelbagai lagi perbuatan manusia yang mampu mengundang musibat dari Allah."

Lebih kurang begitu. Agak gerun di hati akak ketika itu. Namun, akak bersyukur kerana ada gentar di hati akak. Kerana :

Rasulullah saw pernah menghalau seorang jemaah nya yang langsung tidak menangis takut apabila Baginda menceritakan tentang kiamat dan kematian, juga balasan azab dari Allah. BAginda menyatakan sesungguhnya jika tiada kegerunan di hati kita apabila terdengar kisah-kisah tersebut, maka ada nya syaitan dan noda-noda hitam yang membutakan hati kita dari takut kepada Allah. Astaghfirullah..

Jadi, anda fikirlah. Jika anda ingin terus buat dosa..jangan babitkan orang lain.

Monday, March 21, 2011

Bila roh berkata-kata...

" Janganlah menangis wahai isteri ku, kerana kehidupan aku di sini lebih derita dari mu.."

"Janganlah kamu berebutkan harta ku, kerana aku yang bertungkus lumus mengerjakannya. TApi, sedikit pun aku tak dapat bawa bersama."

"Jangan kamu terlalu suka makan yang enak-enak, kerana aku di sini terlalu lapar"

Akak nora dengar ni selintas je. Ustaz tu buat selingan. Tapi, menusuk di hati akak nora. Kata-kata ini ada di tulis dalam kitab tu tajuk nya "Hal Ehwal Orang Mati". Ha..memang tua kitab tu kan..selalu dengar HAl Ehwal Murid-murid atau Pelajar je...

Akak Nora Berkata : Memang kita dah mati dunia, tapi kita ada kehidupan di kemudiannya. Sedar tak sedar itulah kehidupan dalam matlamat hidup kita. Fikir semula, apa kat visi hidup anda...berjaya di dunia? hingga lupakan kemudiannya..


p/s: Korang ngata macarons akak ek..dah habis dah..ok la tu akak punya tak liat, larut di dalam mulut...mmmuaaahhhh... cume rupe bentuk tak besh..Angah!!! akak tak de peluang nak gi kelas memasak. KAlau ada peluang, akak lebih suka gi kelas agama atau ngaji. Bab masak ni..akak suka hentam..hahaha...(jangan contohi akak nora ya..)

Wednesday, March 2, 2011

Muhasabah Diri

Dari Artikel Dato' Dr' Hj. Mohd Fadzillah Kamsah.

Sayidina Umar berpesan, "Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan." Demikian sikap orang yang hebat, dia tidak akanmenganggap muhasabah diri atau post-mortem aktiviti sehariannya sesuatu yang remeh temeh. Maka dia sentiasa bermuhasabah setiap yang dilakukan dari awal pagi hingga tidur, adakah ia selari dengan matlamat hidup menurut syariat.

Oleh sebab itu, muhasabahkah apa yang kita lakukan itu dengan rutin harian seorang yang bergelar insan hebat. Orang yang cemerlang akan sentiasa bermuhasabah akan amalannya kerana bimbang terseleweng daripada niat suci yang asal.

Muhasabah diri menjadi amat penting dalam hidup seorang Islam, supaya hari-hari yang dilalui menjanjikan hari yang lebih baik daripada sebelumnya.

Sesungguhnya umat Islam akan cemerlang jika menyedari diri mereka berada di tahap mana. Dalam keadaan itu mereka akan lebih melihat diri sendiri terlebih dahulu sebelum menuding jari kepada orang lain.

Akak Nora Berkata : Kalau kita sentiasa menghisab diri kita, pasti segala sifat-sifat mazmumah akan kita hindari sedikit demi sediki. Ini kerana, kita akan diperlihatkan bahawa bagaiman salahnya seseorang, mungkin kita lebih bersalah. Kalau rasa kita yang bagus, mungkin ada yang lebih bagus.

Bila akak nora nak pejam mata di malam hari kan, akak nora selalu terbayang..gelapnya kubur itu. Sejurus rasa takut dengan seksaan yang menanti akak nora. Lepas tu akak nora terbayang macam mana pula bumi ini berakhir, hiruk pikuk manusia pelbagai rupa bertempiaran..waktu itu..mana suami akak? mana anak-anak akak? bagaimana nasib akak? Nauzubillah..sedih jika Allah palingkan rahmatnya. Moga kita bersama-sama mencari redha-Nya.

Perempuan juga yang malu..kan..kan..

Sedang aku mengukur lipatan untuk lipat johor kain baju kurung aku ni, aku layan aje topik Wanita Hari Ini yang sedang bersiaran. Tajuknya "Dilema Ibu Si Anak Luar Nikah."

Hm...menghela nafas panjang aku menontonnya. Bila jadi macam ni, tetamu yang dijemput yang tidak dibenarkan wajahnya di rakam..siapa? PEREMPUAN kan...

Yang di buang keluarga akibat terkandas, dibenci kerana tersesat dilembah nafsu, menanggung akibatnya dengan keadaan memboyot..siapa? PEREMPUAN kan...

Rumah yang dibina untuk warga-warga teraniaya (dirogol) atau saja-saja aniaya (minta dirogol), sudah tentulah penghuninya...PEREMPUAN kan...ada ke lelaki..lelaki nun banyak kat pusat serenti nun...

Kalau anak yang bermasalah status ni, kalau lelaki, tiada masalah tau..tak memerlukan wali. Perempuan...?kita tak boleh berselindung, kerana kita memerlukan wali. Jadi, anda kena turun naik mahkamah untuk selesaikan masalah wali anda..jadi siapa yang susah..PEREMPUAN kan..

Yang mungkin akan disindir mentua dan ipar duai yang tidak memahami dan menerima keadaan anda..jadi siapa yang asyik tertekan memendam rasa...PEREMPUAN kan..

Yang aku tak boleh tahan..dalam video2 yang 18sx tu, anda pernah lihat muka lelaki yang asyik masyuk tak..tak kan,.kerana tentulah mangsanya PEREMPUAN kan...

Memang kehadiran rumah perlindungan itu tak mampu untuk mengurangkan masalah anak di luar nikah ini kerana puncanya adalah 1 , NAFSU YANG MENGAWAL IMAN.

Aku bukan berkata dengan sesuka hati. Aku pernah bercinta, dah tentu apa yang orang bercinta rasa aku rasa. Alhamdulillah..Allah tetapkan kami berdua duduk berjauhan. Sukar bertemu.

Aku mengambil langkah untuk kahwin awal kerana tak mahu segalanya berlarutan begitu dengan alasan "KITA MASIH MUDA, NAK ENJOY DULU, ALA...TAK BOLEH NAK KOMITMEN LA..".

Kita manusia, segala-galanya boleh berlaku. Yang bertudung labuh pun kita belum tentu tahu apa tersirat dihatinya. Moga-moga golongan bertudung ini terus menjadi contoh yang baik di bumi ini. Kepada yang tidak bertudung, jangan pula terlalu mecemuh yang bertudung. Tiada guna kita saling mencari kesilapan diri, apa yang penting..muhasabah..fikirkan jika ESOK NYAWA KITA TERHENTI...



Akhirnya, siap juga aku menjahit kainnya. Esok lusa baju kurungnya pula...siapa nak tempah..akak nora ambik murah je RM20++..hehe

Monday, February 28, 2011

Petua Agar Isteri Sentiasa Dicintai Suami

Cinta cintun zaman sekarang ini begitu sukar untuk diramalkan. Kepada yang berkahwin, janganlah terlalu memberiharapan tinggi bahawa pasangan anda cintakan anda dengan sejatinya. Apa statement akak nora ni?

Pada pendapat akak, kita ni manusia. Kehendak dan keinginan hati kita sentiasa berubah. Jika hari ini kita mahukan itu, belum tentu selamanya kita mahukan itu juga. Betul...

Dalam hidup akak, akak belajar mencintai dia niat kerana Allah swt. Bila kita berfikir begitu, kita akan cuba sedaya upaya untuk bahagiakan dia atas tanggungjawab kita sebagai suami/isteri. Kerana sebagai hamba Allah kita patut mengikuti perintah dan meninggalkan larangannya. Secara tidak langsung, ada cinta dah kasih sayang dalam tuntutan tanggungjawab itu.

Jika kita fikir cinta semata-mata, itulah yang berantakkan bila ujian datang melanda. Habis segalanya bergoyang, panggilan sayang menjadi cacian nista. MasyaAllah..dugaan Allah yang kecil begitu sudah buat kita goyah. Nauzubillah..di mana iman kita ketika itu.

Akak nora berkata begini, atas dasar pengalaman. Kan akak nora pun manusia. Tak lari dari kesilapan. Hinggalah akak mula mengenal erti sayangkan suami kerana Allah. Alhamdulillah, walau dugaan berat menghempap, akak rasai kebahagiannya. Cubalah..kerana matlamat hidup kita bukan di sini. Kita cuba mengumpul sebanyak mungkin bekalan untuk kita ke sana.

Jadi, bila akak nora suka sangat artikel yang akak jumpa masa blog walking di BLOG Saudari Munirah ini..jom, kita amati inti artikel ini yang boleh dijadikan panduan dalam hidup penuh cabaran ini.

Ada segelintir isteri beranggapan bahawa mereka berhak atas cinta suami mereka. Anggapan ini tidak sepenuhnya salah, kerana memang salah satu asas, tegaknya sebuah rumah tangga bahagia adalah adanya mawaddah (cinta) antara suami isteri. Tetapi harus direnungkan bahawa cinta tidak datang dengan sendirinya, dan ketika ia hadir, tidak ada yang dapat menjamin ia akan menetap selamanya. Cinta memerlukan usaha. Jika ingin suami selalu cinta kepada anda, anda tidak boleh hanya diam dan berkata, "Alaa, dia kan suami saya, secara automatik dia mencintai saya! Kalau tidak, mengapa dia memilih saya untuk jadi isterinya?"


Bahawa suami mencintai anda kerana anda adalah isterinya memang betul, tetapi apakah anda yakin cintanya selalu ada dan terus ada selamanya?


Ramai juga wanita yang tidak berasa yakin setelah menjalani kehidupan rumah tangganya sekian tahun, apakah suami saya masih mencintai saya seperti dulu? Kerana itu, berhentilah bersikap pragmatis. Berusahalah membuat suami anda selalu cinta, malah dari hari ke hari semakin bertambah cinta kepada anda

Seseorang isteri yang ingin selalu dicintai suaminya hendaknya menyedari bahawa jurus yang paling penting dan efektif untuk meraih itu adalah dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT.


Bagaimana caranya? Caranya ialah dengan berusaha sedaya upaya untuk mentaati dan menjalankan perintahNya serta menjauhi laranganNya. Dalam kata lain, dengan berusaha menjadi seorang muslimah solehah. Harm bin Hayyan, seorang ulama di masa Khalifah Umar bin Khattab ra berkata, "Tiada seorang hamba yang mendekatkan dirinya kepada Allah SWT, melainkan Allah akan mendekatkan hati orang-orang mukmin kepadanya, dan istri yang senantiasa mendekatkan dirinya kepada Allah, maka Allah akan mendekatkan hati suaminya kepadanya sampai ia mendapatkan cintanya."



Petua Agar Suami Selalu Cinta


1) Berusaha dengan tulus dan ikhlas 'menyerahkan hidupnya' untuk berbakti kepada suami sambil berharap pahala Allah. Potensi yang dimilikinya, kedudukannya di masyarakat dan kesibukannya beraktivitas diluar rumah tidak membuat dirinya terlena dan lupa bahwa ia memiliki peluang meraih syurga Allah dengan berbakti kepada suaminya. "Apabila seorang perempuan menunaikan solat, puasa, memelihara kemaluannya dan berbakti, mentaati suaminya, dia akan masuk syurga." (HR al-Bazzar).


Isteri seperti ini memiliki nilai yang tinggi di mata suaminya dan akan selalu dicintai suaminya. Berusaha untuk menjadi perempuan yang bersahaja dalam nafkah. Tidak banyak menuntut, menerima dengan rasa syukur betapa pun sedikitnya pemberian suami, dan tidak berlebihan dalam membelanjakan nafkah yang diberikan suami. Bila Anda sanggup selalu bersikap seperti ini, cinta suami akan selalu tercurah untuk Anda

2) Sederhana dalam penampilan. Sebuah penelitian menyebutkan bahawa umumnya laki-laki tidak menyukai perempuan yang berpenampilan wajah penuh riasan atau mekap tebal, sebaliknya kesederhanaan lebih menarik bagi mereka kerana menurut mereka lebih memancarkan kecantikan perempuan. Tetapi ini tentu saja relatif, kerana itu, kenali kecenderungan suami Anda, apakah ia menyukai penampilan yang anggun atau yang sederhana? Kemudian setiap bersamanya, sesuaikan penampilan Anda dengan kecenderungannya itu. "Sebaik-baik perempuan adalah yang menyenangkanmu bila engkau memandangnya, mentaatimu bila engkau perintahkan dan menjaga dirinya dan hartamu bila engkau tidak di rumah" (HR Thabrani).


3) Berusaha untuk selalu sabar dan tidak menyakiti hati suami. Adanya perselisihan atau perbezaan pendapat diantara suami isteri terkadang dapat memicu terjadinya pertengkaran kecil atau besar. Apabila anda menghadapi keadaan ini, ingatlah, anda sedang berhadapan dengan seseorang yang Allah berikan kepadanya hak yang sangat besar atas diri Anda. "Seorang perempuan belum dianggap menunaikan hak Tuhannya sehingga ia menunaikan hak suaminya." (HR Ibnu Majah).


Oleh itu apapun yang bergelojak di hati anda, berusahalah untuk tetap sabar dan menahan diri untuk tidak menyakiti hati suami anda.


"Tidaklah seorang perempuan menyakiti hati suaminya di dunia, melainkan bidadari calon isterinya (di akhirat) berkata, "Janganlah engkau sakiti dia, Allah s.w.t. membencimu. Sesungguhnya dia di sisimu hanya sementara waktu, dan akan berpisah dari mu untuk berkumpul dengan kami." (HR Ahmad).

Percayalah, isteri yang mampu bersikap seperti ini akan selalu dicintai suaminya. Dapat mendampingi suami dalam suka dan duka. Roda kehidupan selalu berputar, kadang manusia mengalami saat-saat yang menggembirakan dimana kehidupan berjalan sesuai dengan harapan. Adakalanya manusia mengalami hal yang sebaliknya. Nah, apapun keadaan yang dialami suami Anda, berusahalah menjadi pendampingnya yang setia. Di saat suka menjadi pengingat agar suami tidak terlena, disaat duka menjadi penglipur lara.


4) Belajarlah cara dan teknik menyenangkan suami di tempat tidur dan anda akan mendapati suami selalu melimpahkan cintanya untuk anda.

(tq to http://myana4eva.blogspot.com)

Akak nora berkata : Itulah petua yang akak suka sangat. Mungkin ada yang kata,perempuan je nak derita, berkorban..lelaki bersuka ria di luar. Ingat!!! hidup kita bukan di tangan suami kita, di tangan Allah swt. Tapi, melalui suami kita, kita mampu peroleh banyak pahala dan kebaikan jika kita berusaha jadi isteri solehah.

Wednesday, February 23, 2011

Allah menjemput peragut tertonggeng

AMPANG : Seorang peragut yang kelam kabut melarikan diri sejurus meragut beg tangan seorang wanita, terbunuh manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki merempuh kereta mangsa yang ketika itu nekad mengejar penjenayah terbabit di Taman Mega Jaya, Bukit Teratai disini, semalam. (Harian Metro 22/2/2011)
Ha..itulah pembuka kata bagi berita berkaitan dengan peragut yang menemui ajal bila dia tertonggeng dalam longkah. Aduh...tertulis dalam rekod hidup dia, mati ketika membuat aniaya kepada orang lain. Sudah la..itu kisah dia dengan Allah. Kita yang masih hidup ini masih perlu meneruskan perjuangan.
Teringat aku dengan kes yang dihadapi oleh emak aku. Ketika itu, kami menetap di Flat Taman Dato’ Ahmad Razali, Ampang (Ampang juga tu...)
Emak aku bekerja di Ampang Specialist Hospital. Doktor ke..? Taklah, dia sebagai ‘supervisa’ Housekeeping. Emak Cuma berbasikan dari rumah ke tempat kerja. Aku pun pernah berbasikal dari rumah ke sekolah di SMK Hulu Kelang. Tapi, kejap je... Akibat udara yang kurang baik, asma aku bertambah teruk. Dapat ubat pam. Tapi, saja je aku tak amalkan. Bertambah penat aku rasa kalau bergantung dengan inhaler tu.
Suatu hari, seperti biasa emak berbasikal ke tempat kerja. Hari itu, shift pagi. Kejadian itu sepintas lalu. Yang emak sedar dia dah tertonggeng dihimpit basikal. Uih..koyak kulit lutut dan paha dia. Tapi, best tau..doktor yang cek mak aku tu tak bagi MC. Bekerja juga dia hari tu..hampeh kan..
Tiadalah duit yang banyak. Cuma ada barang-barang emas sentimental value dan sudah tentu emak bermasalah dengan IC dia sekejap. Nasib baik tak ada lesen itu ini. Emak aku kata, dua orang peragut yang bermotosikal itu sungguh kemas pemakaiannya. Siap ada tali leher. Lagi hebat peragut zaman aku remaja dulu ye..
Selepas kejadian yang menimpa emak aku, ada sebilangan rakan-rakannya turut ditimpa masalah yang sama. Ada yang berjuang sampai berdarah-darah tangan dia bersagat dengan tar jalan, sampai lari lah akhirnya peragut tu tanpa hasil ragutan.
Yang seorang ni pula sedang sarat mengandung. Hendak tak hendak, terpaksa dia lepaskan kerana takut dengan keselamatan diri ketika itu. Sejak itu, semuanya berjaga-jaga. Hinggalah kini, kalau anda pernah jumpa emak akak nora. Dia tak pernah dah pakai handbag. Dia pakai pouch-bag yang nipis je rupanya di pakai dipinggag dalam baju. Sesekali tu dia pakai lah juga handbag tapi jaranglah...
Bak kata pakar analisis jenayah, En. Affendi tu...jangan jadikan diri kita sebagai tarikan kepada peragut yang hendak meragut. HA..macammana tu..Pada akak nora, kita kena berdoa pada awal keluar rumah, berjalan di tempat ramai orang dan respon dengan persekitaran anda.
Klik HB juga ya..

Sunday, February 20, 2011

Ada lagi anak yang solehah dalam dunia ni tau...

Hari ini terasa jiwa berkembang agak luas sikit daripada biasa. Apa punya ayat da....hari ini akak nora pergi berpoya...sesuai ke...gerabak dah banyak. Yang berdukung seorang, yang ngikut belakang seorang....memang dah tak boleh nak ala-ala sempoi macam dulu kala. Nasib baik la...kawan akak ni pergi jenguk adik dia yang sedang menuntut di Sungai Buluh nun..sekalilah bersama adik lelaki dia ni, kami pergi berpoya...(beli barang keperluan adik dia kat asrama).



















Lega juga aku kerana adik cik zai, Is pandai melayan abang Izzat. Rupa-rupanya dia ambil kos 'cara kerja' kat kolej tu. Aku pun tak faham ' cara kerja' yang dimaksudkan oleh kakaknya, cik zai. Bila di terangkan ..ala-ala fisioterapi tu....



















Jadi, aku dah lega sikit kerana Is sudi melayan penuh kehendak abang izzat. Tapi, memang ibu izzat tabik spring kat Pak Lang Is ni, pasal memang terel dia menawan hati anak buah dia. Selalunya, abang izzat akan ambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan seseorang yang baru dia jumpa. Tapi, dengan Is sekejap je. Suka betul dia...rupa-rupanya Is menggunakan kepakarannya melalui apa yang telah dia belajar. Bagus juga kos yang dia ambil tu kan...












Inilah kawan baik akak nora. Bukan akak tak ramai kawan. Tapi, memang sejak zaman sekolah akak tak boleh ngam dengan sesetengah orang. Apa..? fikir akak ni sombong la tu..tak lah..sesetengah kawan fikir akak nora ni 'kolot'. Ye lah..jenis tak up to date. Fesyen pun tak ikut aliran....branded? akak 'alergic' barang mahal. Pada akak, 'berpatutan' itu penting dari 'branded'. Kalau hiburan, akak suka filem lama. Lagu pun suka lagu klasik..macam Gurindam JIwa tu,...Yang penting, boleh menjadi tempat akak mengadu masalah ( tak semua masalah juga). Trademark kami..'mesti bising kalau dah bertiga'..




Aku mula berkawan dengan mereka ni dari semester pertama di Uitm, Shah Alam. Tahun 2001 tau...jadi dah lebih kurang 10 tahun kami berkawan. Memang jarak kadang-kadang memisahkan kami, tapi...Alhamdulillah kami tak pernah berpisah.




Sepanjang aku 'memilih' kawan...Alhamdulillah, aku di pertemukan dengan kawan yang benar-benar membimbing. Terutama cik zai yang muka macam anak mami tu..tapi, serius..tak ada darah mami Penang langsung tau..cuma atuk dia dulu bangsa luar..aku lupa la pulak, bangsa apa..pakistan kot...




Dia anak kedua dalam 4 beradik. Memang tak reti nak lawan ibu dan ayah. Masa habis SPM, ibu dia suruh belajar menjahit. Cik zai tak minat, tapi belajar juga demi ibu. Lepas tu ambil upah menjahit, buat kuih raya. Apa ibu suruh, buat je..kadang-kadang kena balik kampung jaga opah. Berminggu-minggu..dituruti tau..ingat masa belajar dulu, cik zai selalu kena balik rumah (taman melawati) di hujung minggu).





Rumah dekat pun nak balik selalu ke? Ibu suruh kemas rumah, teman pergi usrah, belajar mengaji, pergi kenduri, jahit baju dan macam-macam la. Aku fikir kalau aku ditempat dia, mungkin dah ada bunyi rungut-rungut sikit. Tapi, tidak pada dia. Kalau dengar cerita macam tak caya kan..bukannya cik zai duk ceruk hutan nun. Dia anak kelahiran Kuala Lumpur dan memang membesar di taman melawati tu.




Pernah sekali aku ikut dia balik dan tidur di rumah dia. Memang terus berubah sifat cik zai. Tak ada gelak-gelak buat lawak. Sentiasa kemas rumah, walaupun rumah tu memang dah kemas. Tak duduk diam..aku naik tak tahu nak buat apa. TV jarang la dapat tengok. Bila dah maghrib lagi la ..terus tak buka tv dah...ish..memang serba salah aku. Tapi, kalau berbual dengan ibu dia (dah jadi mak sedara ku pun..) memang akan terbuai bila dia cerita bab-bab agama. Ibu cik zai yang aku panggil sebagai cik Eron ni sentiasa menimba ilmu. Dalam usia begitu..dia dah belajar 14 cara bacaan Al-Quran.




Aku ingat semua tu masih Cik Zaqi masih bawah umur kan..rupa-rupanya sampai sekarang. Walaupun berkerja, cik zai tetap akan balik rumah di hujung minggu untuk buat kerja macam biasa kecuali menjahit kerana cik zai memang tak ada masa.




Cik eron memang cerewet. Tengok hal mudah je, contoh nak buat baju kurung dia..dia dah cuba semua tempat mengambil upah menjahit. Aku ingat macam-macam kedai, rupanya seluruh semenanjung ni dia cuba. Akhirnya dia berkenan dengan jahitan tukang jahit yang menetap nun.....di Terengganu..ternganga aku sekejap. Ish...ish..cik Zai berusaha menunaikan kehendak ibunya bila ada kain yang nak di upah.





Dalam berkawan, sampai sekarang cik zai tu solo tau. Sebab..semua yang dia kawan, mak dia dah tak berkenan. Sebagai penutup terpulang lah kepada ibu dia. Dan sepanjang aku kenal cik zai dia bukan jenis perempuan yang berkawan sekarang ni. Memang bukan dia..aku jamin...




Sungguh tenang dapat berkawan dengan dia, walaupun banyak kawan yang lain. Dia tetap tak lupakan aku. Moga atas kesabaran dia, Allah dah siapkan jodoh yang mengingatkan dia kepada Allah. Kan itu jodoh yang terbaik.




Dalam zaman kita ni..ada tak insan sebegini? tepuk dada tanya....sakit tak? hehehe..moga Allah memberi kita petunjuk mendidik anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah bukan hanya pada nama seperti adik SOleh ni....hehehe..



p/s: ehem..ehem...jgn buat tak nampak banner heartbeat tu...klik ya...

Monday, February 7, 2011

"Ayang rest je hari ini tau..."

"Ayang rest je hari ni tau.." Aku iyakan saja. Konon bagi respond di atas sikap ambil berat suamiku itu. Memang penat sikit. Tapi, biasalah kan..boleh ke suri rumah macam aku ni rehat memanjang. Ini pun, aku dah siapkan apa yang patut, masak memasak awal pagi lagi dah siap. Kain pun dah basuh. Yang penting keselesaan anak-anak beres. Itu termasuklah perut mereka ya. Rumah pun biarlah dalam keadaan bersih tersusun dan selesa mata memandang. Rumah aku ni bukan lah seperti banglo atau yang telah disiapkan oleh pereka dalaman. Tapi, Alhamdulillah kerana kami tiada bebanan hutang rumah dan nak jadi penyewa pula. Ini kerana, sebelum arwah abah mertua aku meninggal dia sempat renovate sebuah rumah sewa dia untuk kami. Alhamdulillah...yang penting selesa..yang nak tambah setingkat lagi..itu hal en.hubby..hehe


Kepada yang belum kahwin tu, sediakan diri untuk menyelesakan pancaindera suami termasuklah perut dan kesihatan dia. Suami...tetap lelaki. Walau macam mana kita berkorban untuk keselesaan dia, mereka tetap akan tergoda dengan dunia luar. Perempuan ada di mana-mana..SAJIAN MATA bukan susah sekarang ni..38 B? 40 D? bulat?panjang?tonggek?..bukan susah mereka nak jamu mata..kerana perempuan sekarang 'pemurah'..semua nak tunjuk kan...ish..akak kalau bercerita hal ni mesti emo..maaf la ye..akak dulu pun pakai skirt, tak reti pakai baju kurung ni..TAPI....bila dah mula, tiap-tiap bulan datang bulan mengambang tu..kesedaran menutup aurat mula ada. perkara itu berlaku seawal darjah 6. Apa pun itu adalah hak peribadi setiap manusia. Kerana Allah hanya berikan HIDAYAH kepada yang dikehendaki-Nya. Tanggungjawab kita berusaha untuk mencarinya.


Dah banyak membebel, aku nak kenangkan semula tentang semalam. En.hubby minta bertolak pukul 5pagi tadi. Tapi, aku terfikir, kalau mata dah pejam. Pasti kelat melekat nak drive kan. Tanpa berlengah, aku bersiap termasuklah berpakaian lengkap nak keluar rumah. Dah digesa..en.hubby setuju juga. Aku bagi alasan, selain dari tak panas, perjalanan selesa untuk memandu kerana tiada gangguan anak-anak. Mereka dah lena tidur. Kalau jammed pun aku boleh ganti.

Kami bertolak pada pukul 12.30 tengah malam. Perjalanan lancar pada mulanya. Namun, bukan aku je bertolak balik malam tadi. Ramai juga lagi. Pukul 1.30 pagi pun stil penuh di highway Behrang nun. Tapi, syukur...kira tak lah teruk mana jammednya, kerana kami sampai pukul 2.30 pagi. Oklah tu..2 jam perjalanan..macam biasa. Tapi, kalau aku yang memandu ungkin leceh sikit..buta di malam hari lah katakan..haha

Apapun...Alhamdulillah..Allah permudahkan urusan kami. Aku mula merindui emak di kampung...anak emak betul lah aku ni..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...