Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..
Showing posts with label Pengalamanku. Petua Orang. Show all posts
Showing posts with label Pengalamanku. Petua Orang. Show all posts

Saturday, July 23, 2011

Air liur janda berkahwin teruna jadi ubat

Orang nak kata aku apa...kata lah...dah memang pagi-pagi aku memang kebulur..tuan rumah beli kuih je..teruk la abang aku ni. dah tau anak dia ikan piranha..beli la telur ke..paling koman pun boleh makan nasi ngan telur goreng kan...
Dah dua malam aku tidur kat rumah abang aku di Balakong ni. Teman emak aku tengokkan anak beliau.Abang aku ni aktif, ada 6 anak. Seorang masuk wad tinggal 5 kan, tp campur lagi 2 anak aku dah jadi 7 pulak. Aku dan emak dah macam buka taska. Yang paling tua budaknya..darjah 6..huru hara weh dengan yang kecik-keciknya..anak aku yang alim-alim kekonon ni pun hampeh semua terpengaruh. Kalau dah namanya budak-budak kan...

Isterinya kena tunggu salah seorang anak mereka yang kena ditahan di wad.. semalam aku ikut menjenguk, da separuh muka dia bengkak. Kata emak aku, benda kat muka anak buah aku tu kayap. Bila dah kayap, mulalah emak aku bising suruh abang aku bawa anaknya jumpa sepupu kami. Dia boleh ubatkan hanya dengan semburan pucuk jambu batu yang dikunyah nya tu. Sebab kata emak, air liur dia yang penting sebagai ubat. Air liur janda kahwin teruna...hmmm...macam kelakar kan, tapi..mak aku pernah tengok dia mengubat, macam2 kes. Sampai sepupu aku tu muntah2 pun ada sebab pesakit tu dah kira teruk bernanah meleleh..Katanya, Walaupun dah ok masuk hospital...kayap itu akan datang semula dan makin teruk.

Emak dan adik ipar aku pun ada berubat dengan dia. Mana yang jumpa dia biasanya dah penat berubat dengan doktor. Maka, mereka akan mencari jalan alternatif. Bukan mahal pun..hanya rm 15 suku..

percaya atau tidak...mereka mencari ikhtiar dan Allah yang menentukan segala-galanya.

Friday, April 29, 2011

hik..hik..first time tepon WHI..hehe

Teringat masa di kolej dulu, ramai kawan sedorm...sebilik..gunakan pembersih wanita. Masa tu aku tak guna, ye lah..tak pernah pula emak aku ajar. Ikut Sunnah nabi pun guna air hingga hilang bau dan rasa..rasa pe? mengikut kata ustaz Zawawi..hingga rasa licin tu jadi kesat. Maknanya dah bersih lah tu.

Tapi, masa tu teringin juga nak cuba. Ha..ko seminggu selepas itu. Aku mula merenyam..hehe..tak senang duduk macam ada 'sesuatu' yang mengganggu di mahkota aku...wargh...aku cuba hentikan penggunaan. Tapi, agak rasa tersindir. Sebenarnya lebih kepada..."ya ka..?memang wajib ke kena guna..?"..

Bila dah kawin, aku sediakan juga. Botol kecil saja..persediaan untuk suami. Alhamdulillah, aku tiada masalah keputihan.

Tup..tup..topik hari ini tentang kesan pembersih wanita di Wanita Hari Ini TV3. Melonjak-lonjak rasa nak bertanya. Tangan pun mendail..memang line sentiasa busy. Ye lah..TV3 kan...

Tiba-tiba berjawab, tapi operator dia dulu. Dia tanya soalan apa nak tanya...aku pun cakap. Lepas tu.. terdengar dia bertanya kat orang belakangnya..

"Nak lepaskan tak call akak ni..yang ini tak de lucah-lucah..boleh ye.."

Maknanya, sebelum ni mesti banyak panggilan berbaur lucah.

"Ok..puan tunggu saja di talian ya.."

Hik..hik..akak gelak sorang-sorang..tapi nama dia taip salah..NARAZIMAH RAZALI..huhu..lantakkan lah..Soalan aku..

"Dulu masa saya remaja, memilik pembersih wanita ni macam trend dan wajib ada. Jadi, cuba gunakan, tapi mendatangkan kesan yang tidak selesa. Jadi, saya hentikan penggunaan. Lagipun, saya tiada masalah keputihan. Kalau bau tu bak kata suami saya..apa yang ko makan itu la bau dia kan..contohnya macam makan petai..petai la baunya..(gelak 1 studio..hehe..). Jadi, saya nak tanya..boleh tak kalau tak gunakan langsung.."

Dr. yang gelemer bab sakit Tuan/Puan ni jawab..TIADA MASALAH ya...orang dulu pun tiada pembersih. Jika memang dah ada kesan yang tidak baik, boleh dihentikan..

Aku ada amalkan petua orang dulu buat..guna air sireh je. Tentang nak 'ketatkan' bagi aku yang dah 2 kali kena tonjol dengan vakuum ni pasal anak besar sangat..senaman adalah jawapan tepat. Memang dari anak dara aku suka buat senaman tu. Bukan susah, sambil duduk-duduk pun boleh buat kan. Itu boleh menambahkan kekuatan kemutan otot kewanitaan anda. Tentang bau..mengikut pengalaman, jika tiada masalah di bahagian intim maka tiada bau yang tidak menyenangkan.

Bagi yang sukar nak mengandung tu, mungkin anda suka cuci selepas berhubungan. Cuba tukar 'stail'..selesai saja..tinggikan bahagian punggung anda (letak bantal ke..). Macam aku dulu, siap angkat kaki. Nak malu apa...bukan orang nampak pun..kita usahakan sendiri. Usaha dan doa itu akan Allah nilaikan untuk dimakbulkan atau tidak..Wallahualam..

Tuesday, March 22, 2011

Bila anak kecil tak nak makan...

Memang masalah kalau anak-anak kecil ni tak nak makan. Kalau dah besar, tak tahu lah akak, pasal belum ada pengalaman. Anak akak nora yang sulung baru 3 tahun.

Ketika dia mula mengenal erti makan, memang Izzat ni boleh tahan bab makan. Sekejap je akak bagi dia nestum pelabagai rasa. Lepas tu akak masak nasi bubur pelabagai rasa pula. Tiba masa, dia tak makan. Bagi tu tak naka, bagi ni tak nak. Menyusu pun tak nak...Ni akak cerita pengalaman akak. Jangan korang samakan dengan pakar pemakanan tu..hehe.

Izzat susah makan kalau:

1. Demam

2. Lama dah tak u-uh..so,perut tak sedap. Ini memang masalah dia dari kecik. Bukan dia susah nak uang atau sembelit. Tapi, bila rasa nak membuang, dia akan duduk henyakkan punggung dia kelantai. JAngan bagi najis tu keluar..masalah kan..Jadi kena aware keadaan dia, kalau semacam je tu. cepat2 paksa dia ngangkung juga...hehe. Nasib baik dah besar ni dia berubah dah.

3. Akak masak tak sedap.

4. HA..yang ni akak nora tak tau suratan atau kebetulan. Tapi, memang berkesan pada anak akak dan anak-anak buah akak yang lain. Meh akak kisahkan..

Satu hari, izzat seharian tak nak makan. Makan dalam keadaan tak selera. Dah 2,3,4,5 hari juga la masa tu. Ketika itu, akak di rumah emak di Perak. Kakak akak datang bertandang, rumah dia bukan jauh pun..

Dia kata, "ce potong rambut anak ko. Kalau ikut anak-anak lelaki nyah, bila rambut panjang je memang susut badannya. Tak nak makan." Memang agak panjang rambut anak aku. dalam seinci lebih dah..

Apa lagi, bertempik-tempik ane kedai gunting rambut tu. Dia marahkan Izzat tak nak duduk diam-diam..(izzat alergik dengan kaum dia..akak pun tak tau nape). Tak lama lepas itu. Selera dia kembali ok, dan muk-muk macam biasa. Cuma dah besar ni..tinggal pipi je tembam. Dia kurus meninggi, makan ngalahkan abahnya.



Tu pasal mereka ni asyik dogol aje. Adik pun sama, kalau rambut dia dah mula menegak panjang..mula lah semua serba tak kena. Bila dak kasi gunting..suka aje..yalah..cuaca kadang-kadang panas kan..rimas...


Inilah Muhammad Irsyad Soleh sekarang. Dah 5 bulan. Beratnya 9kg. Kebolehan dia sekarang menjerit, menyanyi masa nak tido, gelak berdekah-dekah dan tour setiap bucu rumah dengan bergolek saja, tak suka gigit benda yang ibu beli untuk exercise gusi tu.

Dia suka gigit besi...


Soleh...!!! hari-hari kena aware jangan bagi dia buat gitu, pasal dia ada sakit kulit sekarang ni. Kena rujuk pakar dah..tunggu appoinment.

Adik soleh memang sedap di uli-uli. Tengok akak genggam paha dia..dapat gigit sedap tu. Dalam banyak-banya cucu mak mertua akak, 'produk' kami yang tak berapa nak cerah. hehe..Kalau mak akak dia mesti bising, " dah ibunya niat jangan bagi putih..." hahah..masalah juga akak nora ni ye...orang lain sibuk dak putih gebu..

Tengok, memang nak mengigit aje kerja dia. Abang dia dulu, tak minat masuk2 benda dalm mulut. Akak boleh bagi Izzat main duit syiling masuk dalam tabung tau masa umur dia 6,7 bulan. Memang dia tak masuk duit tu dalam mulut, sampai dah besar ni. Adik dia..? bahaya...

Kerja sekarang, asyik membuli akak...uwaaa...itu kalau akak nak potong kain. Kalau tengah nak buat kuih..bayangkan je lah..Tunggu masa dia tido, lagi tak bergerak akak ni pasal akak kena tunggu je kat buai..


putih ke , hitam ke, gemuk ke, kurus ke, ligat ke ke, perlahan ke.....itulah buah-buah hati penyeri hidup akak nora dan en.hubby

Sunday, March 20, 2011

Tersedak susu. Bahaya ni tau..berhati-hati tau ibu muda atau yang beru dapat anak..

akak..:)

saya pun pernah jugak kena..Waktu dlm labour room pulak tu, rasa serik sangat..

Masa tu kat sepital kerajaan lah kan..First masa kat LR, memang takde doktor yg sambut, cuma ade bidan kerajaan je..ya amat garang mengalahkan ape..

Ok, fine..Then habis saje setel kat LR, masuk ward..Dang dang pukul 12 malam tu, die suruh kite pegi mandi bersih badan..kite pun dgn lemahnye,terkial-kial pegi bilik air.sib baik lah kite tak pening sangat masa tu..

Yg paling tak bleh lupe ialah, waktu first night malam tu jugak lepas bersalin dlm kol 2,bersalin kol 7.30mlm, baby matanye naik ke atas, dan nafas terputus2..kite mula panik tahap gaban, almaklum first baby..panik ya amat..bawa pegi jupe nurse in charge,dgn mata terkebil-kebil merah merah..dia cakap takde ape tu, pegi tidur.tapi, dia pulak yg sambung tidooooooooooor kat kaunter...

Alhamdulillah, nasib baik masa tu, ade sorang kakak dlm ward tu belum tidur.saya bawa baby kat dia..pastu, dia tolong tepuk2 belakang baby,baby terus sendawa..alhamdulillah syukur sangat, ucap time kasih kat akak..pastu sampai ke pagi kiter xleh tidur bimbangkan anak..

Esoknye, barulah kite perasan rupanye baby tersedak susu..ye lah kan, baru beberapa jam lahir..paru2 belum cukup sedia lagi..dan bila baca2 baby bleh meninggal kalu tersedak susu, rasa ya Allah.......

Kendian, cakap kt hubby.for the second baby, kite kumpul duit dulu,pegi swasta...emmm

xnafikan, ade gak yg baik,cemerlang
p/s: ini komen kawan blogger akak nora, humayra tentang pengalaman dia.

Ish..hari ini seorang lagi bayi kecil meninggal gara-gara tersedak susu. Ya Allah, teringat akak masa mula-mula bergelar jadi ibu. Dalam pantangkan Izzat Yusuf. Memang takkan lupa sampai mati. Dan disebabkan pengalaman itu, akak memang berjaga-jaga ketika menyusukan anak. Akak nora rasa nah cerita kot..tapi, nak citer lagi sekali.



Al-kisahnya, susu akak ketika itu memang banyak memancut-mancut. Jadi, akak nora akan pamkan dulu, baru bagi anak nyusu. Akak buat begitu pasal, izzat asyik tersedak dan dia suka diam sambil membetulkan tekak dan nafas dia.

Seperti biasa akak susukan dia, dan dia tersedak macam biasa. Tapi, kali ni dia diam lama sangat sampai biru bibir dan muka dia, akak dah start terpekik panggil emak. Betul-betul tak tau buat apa-apa. Emak pun panik, tapi dalam panik tu dia tepuk juga belakang Izzat sekuat yang boleh untuk seorang bayi. Izzat terbatuk..dah bernafas semula. Ya Allah...Tuhan aje yang tahu. Akak bawa klinik KERAJAAN untuk melihat apa kesan yang kita tak tau..tapi yang menyampahnya..dia tak percaya anak akak tu tersedak susu. Memang akak benci!!! sampai sekarang akak tak pergi klinik tu. Bukan nak pulaukan, jika masih boleh cari yang lain akak usahakan juga, kalau tak boleh pergilah juga.

Lepas kejadian tu, akak memang tak berani nyusukan anak sambil tidur, masa kejadian akak tak tidur, akak nyusukan dalam keadaan duduk. Itupun susu badan. Anda fikirlah susu botol, anak mudah tersedak dan lemas kerana susu botol sentiasa mengalir keluar walaupun budak berhenti ubntuk tarik nafas. Bahaya. Dahbanyak kes begini kan.

Anak akak yang kedua, Soleh ni pun suka tersedak masa menyusu. Akibatnya dia batuk dan terus dapat selsema. Apa lagi, dapat 'penat' lah, kalau tak dijaga boleh dapat asma. Masuk wad juga adik sekejap kerana takut paru-paru bengkak.

Petua emak akak kalu baby tersedak, tiup betul-betul kat ubun-ubun dia dengan cara dari kepala ke dahi. Tiup macam nak buang sesuatu kuat dan cepat. Memang anak cepat lega. Akak nora tak tipu...

Ajal dan maut memang di tangan Tuhan. Tapi, takkan kita nak berdiam walhal ia boleh di elakkan.

p/s: Tentang servis dihospital kerajaan tu, bukan semua buruk. Ada yang cemerlang, tapi pabila kita selalu dapat yang buruk, pastilah kita asyik anggap yang buruk aje kan..kemana yang cemerlang itu pergi..sibuk kot..heheh

Thursday, February 24, 2011

Salah satu amalan memohon dikurniakan anak.

Dalam satu ikatan perkahwinan, lambat laun anda tetap inginkan kehadiran anak bagi melengkapkan keluarga anda. Akak nora pernah hadapinya. Dalam entri sebelum ini akak nora dah ceritakan macam usahanya akak nak dapatkan zuriat. Alhamdulillah dalam tempoh 3 bulan je akak nora 'kosong'. Anak kedua pula, dalam setahun juga akak mencuba, syukur ada rezeki juga...ha..korang nak tanya ketiga la tu?...tunggggguuuuu.....sian Adik Soleh nak bermanja-manja..
Ada seorang sahabat lama aku ni lagi payah. Ingatkan, kalau kita susah, mungkin ada orang lain yang lagi susah. Kawan aku ni ada penyakit cyst. hehehe....aku belum pandai nak bagi penjelasan tentang penyakit ni. Nanti bila dah google terangkan kat akak ye..dik non.
Pernah masa kandungan sulungnya berusia enam bulan dia kena melakukan satu pembedahan. Anak dalam perut tapi kena bedah ..macam mana la ek..tapi, anak tu selamat dilahirkan cukup bulan kemudiannya.
Dia berusaha juga untuk mendapatkan anak kedua. Lama juga. Memakan masa bertahun. Dia ada terjumpa satu petua ni dalam buku asma ul husna, buku cerita kanak-kanak. Alhamdulillah..dapat juga anak yang kedua. Dan dia berpeluang melahirkan secara normal pula kali ni.


Petuanya:
Bagi mereka ingin dikurniakan anak, hendaklah berpuasa 7 hari, lallu setiap kali nak berbuka puasa, baca Ya Khaliq(Maha pencipta), Ya Baari' (Maha Mengadakan) dan Ya Mushawwir (Maha membentuk) sebanyak 21 kali. Lalu tiupkan ke dalam segelas air.Kemudian berbuka puasa dengan air tersebut. Insya allah dikurniakan anak. :) .

Thursday, February 17, 2011

Bercelak. Sunnah dan Petua Orang

Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Hendaklah kalian bercelak dengan menggunakan batu celak (al-ithmid) sebab celak dapat memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata).” (Riwayat al-Tirmizi dan Abu Daud)



Ha..jadi adalah sunat jika kita bercelak tau. Cuma, kalau nak ikutkan sunat untuk melebatkan bulu mata tu, aku tak berapa pasti. Mungkin ada jenis-jenis celaknya. Dan ada kata orang nak guna celak Mekah. Aku pakai aje celak yang di beli di farmasi. Jadilah..jangan di sebabkan celak punah segalanya ek..



Al-kisahnya, aku pernah mendengar ada orang kata, kalau ibu mengandung suka pakai celak, Nanti mata anaknya berbulu mata yang lebat. Kalau nak anak merah kemerahan pula, rajin-rajin pakai inai. Ha..yang ini, emak aku marah. Dia kata..



“ kalau pakai inai masa mengandung ,nanti uri lekat masa melahirkan..” takutkan bila dengar.



Bukan aku percayakan petua orang tua tu. Tapi, aku takut ‘tak dengar cakap emak’. Kan 2 perkara yang berbeza.




Kembali semula kepada kisah celak tadi. Aku memang suka bercelak. Kalau keluar, tak perlu mekap susah-susah nak bertips pelbagai, siap syadow sana sini, foundation berlapik-lapik, nak mancung itu ini..ish tak payah..dari dulu aku solek Cuma bedak, celak, merah sikit pipi dan lipstick. Kalau tak mekap langsung kang..(konon-konon nak natural beauty..ayat tu tak boleh pakai dah..), ada je alasan en.hubby. Bila aku mekap pelbagai, lambat siap pula. Manusia..penuh dengan alasan.



Aku memang suka celak kasi tebal. Jadi, tak suka pilih wana hitam..huhu takut aku tengok muka aku nanti. Jadi, warna pilihan ialah coklat. Masa mengandung, lagi best..konon-konon nak melawa je. Kat rumah pun aku bersolek. Bukan susah nak cuci kan..saja suka. Tu pasal, ramai yang main teka-teka aku ngandungkan anak perempuan. Tak ada lah..naluri keibuan aku kata ‘ini budak lelaki juga’..siapkan nama lagi. Haha..



Persamaan mereka dua beradik ni, bila orang sekeliling menegur je..mula-mula,



“Semangat nye badan..berapa bulan anak kak ni? Makan apa sampai badan macam ni?”



“Ish..bulu mata..mengancam..”



Itulah ayat yang selalu diajukan oleh orang-orang yang menegur pn.ibu ini. Hanya membalas dengan senyuman. Masa aku tunggu adik soleh di wad dulu, ada nurse yang mengandung siap tatap muka aku nak tengok mata.



“Bulu mata akak tak ada lah lebat mana pun..” kenyataan ikhlas dari nurse tu.





Betul..akak biasa-biasa saje..tak edit pape..



Aku sengih aje. Dah dia nak panjang, nak buat macamana. Aku pun tak tahu. mungkin mereka ada mewarisi dari en.hubby. Cuma, mereka punya extra sikit. hehe..


Adakah kerana petua bercelak itu? wallahulam..kuasa Allah..




Sepakat pose tunjuk mata masing-masing. Yelah..ibu punya dah banyak gugur.

Sunday, January 9, 2011

Kisah Tulang Lauk.

Ish..tajuk menda tu..resepi ke..tak lah..ni petua orang tua-tua. Aku tak berkesempatan nak guna. Bila dah berhadapan dengan situasi yang diperlukan. Memang lupa..takkan ingat. Kalau dah tersebut nama betulnya..memang takkan menjadi. Mak le kata...Nak juga aku rasa, boleh pakai ke petua ni. Bertahun juga la aku tak pernah. Nak minta jumpa..? Minta dijauhkan ada la...

Al-kisahnya, sejak 2 menjak ni, dah 2 ekor anak-anaknya masuk. Seekor suami aku jumpa di pintu. Yang kedua aku jumpa..best jugak kisahnya. Mcm biasa, aku bersila menghadap blog aku. Pakai seluar pendek time tu..nak tido..
Tiba-tiba geli geleman kat pelipat bawa paha. Semut ke? Nyamuk tersepit ke? Lalat terhimpit ke? Rupa-rupanya, DIA!! terlompat la aku sekejap. Terus aku ketuk dengan apa yang ada di tangan. Dah arwah..
Semalam pula, tengah berehat watching tv. Tiba-tiba terpaku mata aku ada benda bergerakgerak di pintu. Ku amati, memang kaum dia. Tapi yang ni besar...terus aku menjeri...
"Abang.....!!!! Tulang lauk tu..." suamiku memang skema..
" Tulang lauk apa pulak kat dinding.."
" Orang tua-tua kata, kalau kita sebut gitu..dia tak bergerak mana-mana dah..tak lari" aku menerangkan.

Suratan atau kebetulan..memang dia statik tak ke mana-mana. Kecoh-kecoh kitorang snap gambar pun dia statik jugak..apakah kaitannya? Memang lipan ada sifat statik or pertahanan konon-konon dia invisible kat situ..ish..kena google ni..hahaha

Apa pun dia da selamat dalam tong sampah selepas gambar ni di snap...

p/s: kalau berkesempatan, cuba korang try pulak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...