Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Wednesday, June 1, 2011

Doktor pun manusia juga...cuma doktor kena la lebih bersabar ya...

Anak-anak aku tengah tak sihat. si abang tak susah nak bagi makan ubat. silap-silap 10 botol ubat pun dia tak kisah. dia buat macam minum jus je...
jangan si adik soleh, segala-galanya terangkat bila nak bagi makan ubat. kalau orang luar dengar, mesti syak aku ni dera anak. macam dicubit-cubit. orang lain termasuk abahnya tak sanggup nak bagi makan ubat. dengan ibu, awak salah orang la...kepit tangan dengan kaki. yang penting jangan tersedak atau tercekik. ubat pasti masuk. si soleh ni, kena lebih teliti aspek kesihatannya. mudah terkena semput. jadi tempoh masa makan ubat tu kena jaga betul-betul. termasuklah inhaler dia. nak marah pun tak boleh. ..dah keturunan.
aku ada..tapi lebih kepada alahan. belah en.hubby pula kakaknya yang kuat semput. jadi,sekarang ni aku pulak yang tak cukup nafas...berbunyi...mak aku dah risau. aku tak pernah makan atau ambil nebulizer di klinik. cuba bertenang dan jaga pemakanan. alhamdulillah..setakat ni ok.
Al kisahnya, sebelum aku nak balik kampung, aku kena bawa si soleh ke klinik panel untuk dapatkan ubat. takut melarat. selalunya, aku akan telefon untuk mengetahui siapa doktor yang merawat pada hari itu. kedengaran nama doktor yang tak berapa best pada aku. bukan nak kritik sesaje..ubat yang selalu dia berikan tak sesuai.
tapi, aku tawakalkan juga..kalau doktor aku tu, dia yang merawat kami sekeluarga dari aku tak ada anak, aku preggykan izzat seterusnya soleh, biasanya gabungan ubat yang dia berika memang serasi dan pemeriksaannya lebih teliti. tu yang kami selesa dengan doktor ni... nama dia ...aspalela...Lela..lela...hehe
tiba aku di klinik, sebelum aku yang masuk kebilik doktor, ada sepasang suami isteri yang masuk. belum lagi mereka keluar giliran soleh dipanggil. aku duduk je..manakala doktor lelaki yang tak best tu tengah sibuk kira duit dengan tangan terketar-ketr. dia katakn kepada pembantunya yang dia tk nk periksa wanita yang sedng ambil nebulizer tu. "suruh mereka terus keluar ye. banyak komplen sngat..sy skit hati ni".
aku yang dengar ni jdi takut pula. cdngnya ku pun nak banyak tanya itu ini. terbantut aku..
agaknya..kenapa doktor tu hangin sampai macam tu ye..wallahualam

4 comments:

  1. doc tue kan dah tugas mu merawat...
    elok2 la sikap tue...

    ReplyDelete
  2. doc tu x nak buat bisnes kot...tp mmg ada doctor yg mcm tu.

    ReplyDelete
  3. ehh... mana bleh dokter wat cam tu.. tu dh kira melanggar etika kedotoran tu kan.. patutnya dokter kena rawat sampai habis prosedur rawatan .. agaknya dokter tu gaduh ngan wife dia tak...

    ReplyDelete
  4. sian adik soleh...tp bab dokto tu...rasanya klu camtu baik bersara la ...tak patut betul..biasa la sbg pesakit mesti kita banyak tanya ngan dokto kita sbb kita nak tau kan...sy kat sini lekat dgn dokto cina..kinik dia je sy akan pergi..segala pertanyaan mesti dia jawap..pas tu ubat dia mmg bagus dan kos pun tak semahal mn..nak buat camner bukan tak nak pergi dekat dr melayu tp biasanya kat dorng ni mahal n ubat tak seberapa bagus

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...