Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Wednesday, June 15, 2011

Kerana ceritanya, emak ku bertindak..

ibu mengandung itu, atau kak rosnah namanya selalu datang ke rumah aku. aku tak berapa faham bila dia sembang dengan aku. selain dari mulutnya sumbing sikit, dialek bahasanya agak ke india an sedikit. emak aku terel aa...

kata emak, dia bersembang dengan kak rosnah yang dah besar perut tu. katanya...ada tak orang nak beli budak. dia bercadang nak jual je anak yang dia sedang kandungkan itu. tak kisah la kalau pembelinya india atau cina...

emak aku agak tersentap...pastilah di dalam rahimnya itu jati-jati hamba Allah yang beragama islam bila dilahirkan. atas sifat kemanusiaan lah emak aku membela dia ketika dalam proses mengandung tu...bila malam, sebelum bapa aku pulang dari kerja dia akan pergi dari rumah aku. dia memang takut ngan bapa aku...yang bab ini aku kurang pasti.

anda semua mesti fikir dia tak berlaki kan...tak lah. anak dia sah. bukan anak luar nikah. cuma atas desakan hidup dan suami yang pergi meninggalkan dia bersendirian menghadapi cabaran hidup.

pernah sekali dia ajak aku kerumah dia..punyalah beraninya aku, aku ikut dia. jauh gak pasal aku kena naik bas. bila aku sampai di rumah kak rosnah tu...mak aih...banyak betul budak perempuan ala-ala berbangsa india jakun tengok aku. pasal aku sedikit jelita dari mereka kot...setelah di fahami semua tu anak-anak kak rosnah...rumahnya macam nak roboh dan memang daif lah kehidupan mereka. ada juga anak-nak dia dah diberi atau dijual kepada orang..itu aku tak pasti. yang pasti masa tu aku nak cepat balik...haha...tau takut. tapi, aku selamat sampai rumah.

masa berlalu...tiba-tiba, kak rosnah lama tak datang rumah, emak makin risau. dia dah maklumkan kepada jabatan kebajikan masyarakat..rupa-rupanya emak membela dia di bawah pantauan jabatan kebajikan masyarakat. emak dah kusut...mana la kak rosnah ni hilang. hinggalah di suatu hari...

3 comments:

  1. aduhai.. sambung lagi. tak sabar nak tau kesudahannya ni

    ReplyDelete
  2. assalam,
    nora nikan.... ada bakat jadi penulis tau, kisah pasal perempuan ala india tu sudah sampai tahap menyakitkan hati..... sbb apa? unsur suspen ada dlm setiap peristiwa mmbuat kita tertanya2....apa akan jadi seterusnya.....hmmmmm

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...