Bila saat-saat begini la baru aku berpeluang nak ketuk ketak merangkak up date. semalam aku tak boleh tido sungguh. semput aku makin teruk. tak senang duduk, baring atau sebagainya.
terakhirnya, lepas solat subuh aku telefon kakak aku minta teman ke klinik di kampar. dia dah terkenal kat klinik tu. aku tak pernah ada rekod kat situ. bawa adik soleh je. abang izzat tidur lagi, maklumlah aku keluar pukul 8 pagi.
dapat ubat, baliknya aku telan la ubat aku. tak banyak pun..campur ubat batuk yang rasanya macam madu..aku tak pernah mampu nak telan ubat batuk. tapi ok pula ubat batuk ni.
satunya kalau dah telan ubat lelah ni, badan pun macam peaakut parkinson la. terketar ketar. Cuma ketarnya taklah sekuat org sakit tu...
dalam pada itu, aku gagahi jua gunting baju tempahan member aku. pertama kali juga lah aku ambil tempahan baju kurung riau. bukan tak pernah jahit..baju aku sendiri n keluarga, da banyak dah aku patternkan riau, tapi rekaan aku la..tapi, selagi ada contoh aku boleh study. senang aje bajunya.
tapi, kain nya memang mencabar bagi insan seperti aku. kain selisih depan...pergh...macam senang kan, lipat macam pakai kain batik je, cuba orang tak pernah jahit, terkial-kial la juga.
macam aku tadi. naknya bahagian pinggang yang separuh getah separuh kertas...
alhamdulillah...dengan rasminya, aku boleh jahit kain macam tu. bertambah ilmu aku lagi...maklumlah, akak nora belajar sendiri jek..tak berkesempatan nak pergi kelas. alhamdulillah pelanggan ada jek...
sebab akak nora masih gunakan ukuran guna kertas, bukan main agak-agak tekap aje..uih...bahaya tu. kalau ada contoh memang betul-betul jadi macam contoh tu. kalau tak banyak kerenah..akak nora ambil sepasang rm23 tau. promote lagi ni..
untuk pertama kali cuba, akak ambil rm 20..ye la..kalau tak sesuai dengan selera anda, sekurang-kurangnya tak ralat dengan harga kan.
wah murah.. kalau dekat nak juga tempah ngan akak nora ni
ReplyDeleteterbaek kak nora...
ReplyDeletehehehe...
meh la datang jenguk adik mu kerja nieh...
hehehe...
pandai menjahait nora ni ye...
ReplyDeleteboleh kak ain tempah mkat nora mcm ni ye...
tak sabar akak nak tempah baju dengan Nora.. skang nie ada kain sepasang jer...kalau sempat boleh la tambah beberapa...hehehe. Baju melayu...boleh jahit sekali x? heheheheh
ReplyDeleteassalamualaikum nora,
ReplyDeletelama tak dtg sini, baru tau nora pandai jahit baju... kalu dekat mahu saja pi tempah sbb mmg setiap bulan amie buat baju... satu hr nanti nak juga rasa baju yg nora jahit... insya-Allah, jangan lupa jaga kesihatan tu...