Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Thursday, June 30, 2011

Ini kisah penyusuan ibu.

Barulah terasa payah setelah ms lappy pergi kepada tuan dia yang baru. Tak leh nak update blog menggunakan gambar...eceh macam la gambar best nak kongsi ye...tak ada lah...

Tadi, baca blog makbed yang tengah dalam pantang tu berkenaan menambahkan susu badan. Walaupun adik soleh dah 8 bulan, dia masih memerlukan susu untuk seimbangkan diet pemakanan dia. Yang jadi masalah...susu badan ni sekejap ok sekejap tidak, adik soleh pun dah kurang hisap. Jadi, rangsangan pengeluaran susu agak berkurangan.

Pernah akak nora cuba beli susu formula. Dengan niat nak menambahkan. Dia sanggup minum air masak dari minum susu botol tu.

Aku rasa aku ni tak stabil la, asyik penat. Masa zaman izzat dulu memang deras...cukup sampai 2 tahun lebih. Hm...makbed ada surf cara-cara menambahkan susu...apa dia kata tu ada yang aku da cuba. Tiada perubahan. Bab minum air, aku memang jaga kerana aku ni kuat berpeluh masa beraktiviti jadi air itu penting.

Akhir sekali, aku ambil ubat doktor la...pernah aku suarakan tak merbahaya ke...dia kata tuada kesan sampingan. Tapi, aku tak lah ambil kerap hari-hari. Aku jarakkan pengambilannya dan masih usaha rangsangan semulajadi. Selagi boleh, biar mereka mendapat hak mereka.

Oh ye...masa ngandungkan izzat dulu, aku amalkan surah Al-Hujurat -kalo salah eja inform bagi tau ye. Ia bagus untuk menambahkan susu. Akak baca ni dalam surah-surah amalan ketika mengandung. Memang hari-hari bergilir-gilir akak baca. Tapi, masa ngandung adik Soleh, hidup agak huru hara dan selalu skip baca surah amalan, akak hanya selalu teruskan baca Al-Quran je. Hmmmm...Allah balas sebab kurang usaha la ni...

3 comments:

  1. tips utk bakal ibu ni.. tertanya2 jugak susu ibu ni akan ada selepas lahirkan baby atau sebelum ekk.. sbb sy dh 7 bulan pun takde tanda2 ada susu lagi. kekekeke... kena seacrh di samping tanya org yg ada pengalaman

    ReplyDelete
  2. Lama tak jenguk akak..

    Adik Myra setakat nie menyusu alhamdulillah anak dia minum sampai kenyang..
    Tapi yelahkan budak ngah membesar nie kena ada tenaga kuat..:)

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...