Mula-mula akak minta maaf kerana bukan sengaja nak episodkan kisah ni...phone akak ni meragam kalau taip panjang2. tapi pun dah padam tiba2...nak hangin juga pasal dah beleret juga cerita yang akak dah taip. cuba bersambung lagi...
lama juga kak rosnah tu hilang. entah macam mana emak terjumpa semula. dia khabarkan kepada emak aku yang dia dah jumpa bakal pembeli anak nya tu nanti. keluarga cina dan dia pun sudah tinggal dengan keluarga itu. emak aku agak hangin. dia takut kak rosnah ni tolak tepi halal dan haram apa yang dia makan di rumah cina tu...ye la, anak pun dia nak jual, bukan ke agak tak betul tu. tapi emak takut nak marah...takut dia tak nak jumpa emak lagi. rosaklah misi menyelamat nanti...
masa terus berlalu dan berlalu hinggalah emak aku membawa pulang seorang bayi lelaki comel ke rumah. sejak bayi itu ada di rumah, emak tak bekerja. kami berkurung di rumah saje. pintu gate pun berkunci. cuma bapa aku je bekerja..ye lah dia balik lewat malam. kebetulan cuti sekolah. aku hairan..tapi terjawab apabila..
kak rosnah datang mengamuk, pintu rumah aku ditendang-tendang. dia minta anak dia semula untuk diberi kepada keluarga cina tersebut. kami berdiam diri saja di rumah sehingga dia berlalu. aku masih keliru apa yg emak lakukan sebenarnya.
esoknya, emak meletakkan bayi tidak bernama tu di rumah kawannya. mujur ada anak daranya yang dah habis sekolah, boleh jadi pengasuh kan..
kak rosnah datang seperti biasa. emak katakan anak dia tiada, da bagi ke jabatan kebajikan masyarakat. dia mengamuk tak percaya...tapi nak buat macam mana, memang anak dia dah tak ada kat rumah aku.
seminggu juga la baby tu di rumah kawan emak aku. akhirnya kak rosnah dah malas nak ngamuk dan berulang ke rumah aku. da percaya kot...
beralih kisah kepada bayi itu pula..
La.. tengah2 best layan habis .. hehe
ReplyDeletea a la Halila.. syok2. habis plak.. sambung la kak.. sambung plis..
ReplyDeletejual ank?apa punya manusia la..nak jual kat cina pulak tu..
ReplyDelete