Beberapa hari tidak update. Hp dilanda masalah. Alhamdulillah, ia masih berpeluang kembali kembali kepangkuanku.
Kisah sebelum ini, seorang ibu mengandung yang mungkin mengalami gangguan jiwa berusaha untuk mencari pembeli anak yang bakal dilahirkannya.
Emak aku yang prihatin terhadap hamba Allah yang tidak berdosa yang bakal dilahirkan itu mengambil keputusan untuk menyelamatlan bayi itu dari ibunya yang tidak bertanggungjawab.
Setelah anak itu dilahirkan, emak segera menyelamatkan bayi itu dengan menempatkannya di rumah kawannya. kak rosnah, ibu malang tersebut menggempur rumah aku untut menuntut agar anaknya dikembalikan. untuk diberikan kepada pihak pembeli. tambahan pula, dia sudah menerima wang pendahuluan dulu.
sambungannya...
Setelah beberapa hari, kak rosnah tidak berulang ke rumah aku untuk menendang dan memekik meminta anaknya dipulangkan.
emak aku membawa pulang bayi lelaki tersebut. rasa lain dengan kehadirannya di rumah kami. dia masih tidak bernama kerana kami mahu memulangkannya ke JKM. Ayah aku terhibur dengan kehadiran bayi lelaki itu. Maklumlah, selepas kelahiran adik perempuan aku yang hampir meragut nyawa emak akibat uri lekat, doktor menasihatkab emak supaya tidak mengandung lagi.
Emak menelefon JKM untuk langkah seterusnya. Pegawai itu sengaja menyarankan emak mengambil bayi itu sebagai anak angkat. Lepas emak dan ayahku berbincang......
No comments:
Post a Comment
Akak Nora suka baca komen anda....