Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Friday, June 24, 2011

Dilema anak lembut...

Siapa yang tengok WHI yang membincangkan topik ini, mesti ada tengok episod ibu yang sampai menangis-menangis bila menjawab soalan yang diajukan oleh pengacara berkaitan anaknya lelaki yang lembut dan hampir bertukar watak menjadi wanita.

Orang kata kita kena faham naluri insan sebegini. Tapi, aku rasa mereka boleh berubah. Sebenarnya, itu merupakan ujian kepada mereka. Sama macam manusia normal. Cuma bentuk ujian berbeza.

Aku pernah berkawan dengan lelaki lembut, bukan mak nyah. Serius, aku lebih hormati lelaki sebegini dari yang bertukar sungguh tu. Memang kita rasa lebuh dihargai kerana mereka ni jenis menghargai kawan. Ada seorang ni, manis wajah dia. Memang tak ada rupa lembut, kacak. Ingat lagi, kalau jumpa mana-mana tak pernah lupa tegur aku, kalau jumpa aku berjalan jauh nak balik rumah, mesti tolong antakan. haha...pangkat adik dengan aku.

Tapi sayang....kecundang juga iman dia. Dia berubah juga, siap betukar nama wanita. Hairan juga aku bila dengan kawan-kawan lain dia add dalam fb, dengan aku tidak. Tapi, memang aku tak kenal perempuan ni. Pernah aku tanyakan kawan-kawan lain, diam tak berjawab...aku dah terfikir tapi takut nak suarakan. Hinggalah adik aku memastikan. Maka benarlah ramalan aku. Pada pandangan aku, patutlah dia tanak add member yang aku yang blok aku kerana naaihat-nasihat aku "serumah" dengan dia. Mungkin dia tak mahu aku "ceramahkan" dia pula. Entahlah ...wallahualam...

Rupanya bukan dia seorang, ada lagi yang bertukar. Yang aku tak tahan...cikgu adik aku pun "bertukar"...Ya Allah....dunia akhir zaman benar-benar menakutkab sebenarnya. Moga Allah tak lepaskan perlindungan Nya terhadap aku, keluargaku, dan saudara seislam ku dimuka bumi ini...amin...

2 comments:

  1. saya pun ada buat entri pasal isu ni.. tapi lain kupasan dr akak nora. Sy dulu pun ada cikgu jenis mcm ni.. walau dia berkahwin & ada anak tp naluri kewanitaan dia tu tak hilang. Dia tetap ada perasaan pada lelaki selain perwatakkan dia yg lemah lembut. Sampai gaduh la dengan student yg 1 spesis mcm dia sebab berebutkan sorang student lelaki ni...

    ReplyDelete
  2. x tau nak cakap apa... mereka juga manusia. keputusan bertukar tu mungkin psl masyarakat x boleh terima dorg, maka mereka membentuk kelompok mereka sendiri untuk bagi peluang pada diri dorang hidup normal mcm kita juga. apapun, serahkan pada Allah siapa mereka yang penting kita hormat mereka sebagai sesama manusia... sbnrnya aku suka kawan dgn mereka...

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...