Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Tuesday, July 13, 2010

Kenapa jadi macam ni ye? Lelaki dan perempuan..sama je...(TAK GUNA!!!)

Hm..sedikit demi sedikit blog aku tercipta seperti yang sepatutnya. Yang penting ada tempat dan ruang untuk aku meluahkan rasa.

Bila jemari aku menaip, terus aku terkenangkan kisah semalam. Aku bersama emak dan kakak aku pergi ke Hospital Taiping menjenguk jiran kakakku yang pernah menjadi kawan berbual suatu ketika dulu. Sejak rumahtangganya dilanda krisis, KAK itu membawa diri tinggal di rumah anak. Tapi, rupa-rupanya di halau oleh insan yang bergelar suami.

Sepanjang ku kenali KAK tu, dia bukanlah jenis yang melawan, tak jaga makan minum suami malah pengorbanannya sehingga melahirkan 11 orang anak buat suaminya, seperti tidak dihargai. Dia juga menjalankan tanggungjawabnya meringan beban suami dengan membantu mengangkat barang2 berat yang tak setanding dengan kudrat lembutnya. Akibat itu, sekarang dia terlantar akibat kerja-kerja berat itu. Dia baru mengetahui yang dia menghidapai ketumbuhan di dalam perut dan memerlukan pembedahan segera. Mengikut jadualnya, hari ini sepatutnya pembedahan itu dijalankan.

Ketika, si isteri bergelut dengan kesakitan, sepatutnya si suami yang dicintai ada di sisi. Menjadi penenang hati dan kuatkan semangat isteri menempuhi cubaan Illahi. Tapi, apa yang terjadi dalam kisah KAK ini, dia bersendirian. Namun Allah mengasihani hambaNya, 11 orang anak yang dikurniakan begitu bagus hati nuraninya dan membela nasib ibu yang teraniaya. Walaupun sedih mengenangkan si suami, namun KAK itu perolehi kekuatan dari semangat anak-anaknya.

Si suami, depan-depan mata aku, duduk serumah dengan perempuan bukan muhrim yang umurnya lagi muda dari aku...benci, meluat aku dengan lelaki dan perempuan yang mencintai haram dari yang halal.

Apa yang mampu, aku berdoa semoga Allah berikan kekuatan kepada KAK, kerana Allah mengasihani hambaNya yang sabar menempuhi dugaanNya. Aku pun turut berdoa, jangan la nasib itu terpalit juga dalam kisah sejarah hidup aku. Amin.

4 comments:

  1. eee..
    ntah pape la laki tu..
    x hargai lgsg wife dia..
    ni la manusia..
    time ada x appreciate pon..
    dah xde t mula la cari blk..

    ReplyDelete
  2. tu la kan..tu br bc..kalo tgok dgn mata sendiri
    meluat..tp ini agaknya dunia sekarang..
    perempuan pun kita dah tak leh percaya..

    ReplyDelete
  3. Bila dah matlamat hidup berteraskan nafsu, itulah jadinya. Memang ada lelaki yg jenis buta hati dan akal ni. Yang si perempuan pula buta cinta. Always ingat Allah dlm apa jua tindakan kita.

    ReplyDelete
  4. Setuju dgn green apple.
    Kalau kita muhasabah diri sentiasa, memahami tujuan kita di muka bumi ini, dan sentiasa sedar ada kehidupan lain selepas ini, kita akan rasa kerdilnya kita dan siapa kita nak hukum manusia lain.

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...