Mengidam...perkataan ini begitu sinonim dengan wanita yang sedang mengandung. Biasalah kan, ia akan dikaitkan dengan benda yang pelik-pelik. Kadang-kadang, entah apa-apa yang diidamkan untuk menyedapkan tekak yang tengah tak betul tu...
Begitu juga dengan diri ini, tak lepas dari dugaan itu. Namun, Alhamdulillah..tekak ni tak de lah merepek-repek yang dimintanya. Cuma, yang menjadikan ianya payah, kerana terpaksa memohon simpati dari ayah kepada kandunganku ini..siapa lagi..HUBBY aku la.
Memang dugaan, kalau senang dapat apa yang diidam, tak lah orang katakan ianya MENGIDAM ye. Setelah dua, tiga kali aku minta, tak dapat, aku mula diamkan saja. Dari usia kandungan 4 bulan hinggalah ke 7 bulan. Aku redha, dan tak nak fikir sangat. Tapi, rupa-rupanya selagi tekak ni tak dapat apa yang dihajatkan...rasa macam tak sedap je apa yang ditelan...ni lah dikatakan MENGADA-NGADA. Kalau aku boleh cari sendiri, memang aku rayap segenap alam mencarinya..tapi, apa nak buat tak larat..
Sehinggalah, aku ke pekan KAMPAR, mata ku tertumpu di suatu kedai yang tak berapa glamor....
Melihatkan kepada pembungkusannya pun dah nampak tak glamor kan. Tapi, bak kata perut aku, AKU PEDULIK APA!! Seronok tak terkira, senang rupanya nak cari kat kampung aku sendiri. Tak payah nak harap orang. Akhirnya, perut aku dah tak de rasa nak kepingin dah...selesai...Alhamdulillah...
Salam ziarah kembali..yer ker still dalam pantang. Take a rest sebab lepas ni dah tak der peluang nak rehat dah. Cerita nora tentang mengidam tu..saya lak ngidam nak baca novel. Seminggu mesti nak kena ada 1 novel baru. Sebulan 4 novel. Nasib baik tempoh mengidam saya 3 bulan jer. If not mau pokai arwah suami tercinta. Sharing is caring.
ReplyDeleteSalam bertemu kembali. Maksud Nora, blog nora tu dalam pantang lagi. Maklum insan yang tak pernah menceburi bidang memblog ni. Unik, mengidam membaca novel tu.saya suka baca novel tapi, tak suka beli novel sebab tak suka baca banyak2 kali. kalau nak beli juga saya suka beli tebal-tebal. nanti lambat nak habis.
ReplyDeleteTernampak perkataan 'arwah', maaf kalau tersentuh...sekarang ni, masih bersendiri ke..?