Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Tuesday, January 17, 2012

sungguh...tak mampu menyusun kata...

Rindukan wajah manis mereka berdua...


Dalam seminggu dua ni..terlalu banyak peekara berlaku. Semuanya memang menduga keimanan. Hati dan jantung ni rasa macam tak henti-henti berdetak. Setiap hari terasa resah...namun..tersimpan rapi jauh di lubuk hati. Mulut terkunci tak kata apa....


Sungguh keliru nak susun kata..atau mungkin sedikit pun aku takut nak cuit hati aku yang membatu ini..risau cair mengalir tersedu. Jadi...biarlah tersimpan tersemat.


Jumaat hampir tiba...


Moga agungnya hari itu...membawa keberkatan pada kemuncak ikhtiar kami.


Teruskanlah 'membatu' hati ini..kerana itu punca kekuatan jiwa ini ya Allah....


Published with Blogger-droid v2.0.2

Thursday, January 12, 2012

Sedikit kekuatan untuk meneruskan kisah Soleh..

Selasa, 10 jan 2012...aku ke hospital seperti biasa. Aku tak tunggu di wad memandangkan kesihatan yang tak mengizinkan. Lagipun aku percaya pada nurse yang menjaganya. Sebab Soleh hanya tidur pada waktu malam.


Agak hairan ketika aku menjenguk dia di katil icu tu. Selalunya..soleh dah mula bangun dan merengek bila nampak aku. Tapi..kali ini Soleh longlai. Kebetulan doktor sedang memeriksa. Rupa nurse dan doktor tu macam tak menyenangkan hati aku. Tidaklah aku mencelah tiba-tiba. Hinggalah mereka seperti dah selesai dengan tugas mereka, barulah aku bertanya mengapa soleh agak perlahan pagi tu..kiranya dah nak tengahhari dah...


Nurse itu menyatakan malamnya dia tak tidur dan meronta. Aku katakan aku tinggalkan dia dah lena tidur dan agak lambat aku gerak balik..dalam pukul 12 tengah malam. Nurse kata...selepas itu yang dia bangun. Dan dalam pukul 3 pagi..dia seperti dah tak sedar apa-apa..di angkat..di cuit-cuit..terlalu diam dalam tidurnya. Aku bertanya, jika dia masih di bawah pengaruh ubat penenang...kata mereka tidak. Terakhir adalah ketika pukul 6 ptg selasa. Ye..aku pun ada masa tu..sebab soleh dah mula tak tentu arah..tambahan dia tak rehat dari pagi hari selasa tu sampai la ke petangnya.


Nampak benar soleh lemah ketika itu. Kata doktor..mereka sedang pantau sama ada kesan ubat atau kesan dari dia sendiri.


Di situlah..doktor menerangkan bahawa kondisi bahagian badan nya tidak lah menunjukkan masalah yang besar. Mengikut ct scan soleh yang terbaru..ada menunjukkan tumor di brainstem itu sudah menunjukkan pembesaran. Pastilah itu dalam keadaan bahaya kerana kedudukan tumor itu sendiri pun memang di bahagian yang bahaya.


Pakar neurologi dia pun, sudah memberi kata putus. Hanya ada satu jalan yang "mungkin" boleh menyelamatkan Soleh. Iaitu mengambil risiko menjalani pembedahan dan buang sebanyak yang boleh. Aku faham bila dikatakan risiko..sebab dulu doktor dah kata agak merbahaya jika Soleh menjalani pembedahan. Sebenarnya dah lama doktor suarakan cadangan itu. Berhari juga aku fikirkan. Bila aku suarakan dengan suami..belah mentua...belah keluarga aku..semua tak kata apa..macam berbalik semula kepada aku.


Al kisahnya..selasa..pada malamnya itu..aku minta nak balik. Sebab risau baju dah menimbun. Risau tak ada baju nak pakai nanti.


Selesai semua kerja..aku bersihkan diri dan tunaikan solat isyak. Dalam kepayahan itu..aku cuba kerjakan apa yang boleh..aku mulakan dengan solat hajat..isthikarah dak penutupnya witir. Mohon ampun aku.kepada Allah..bukan bila dah susah je baru nak buat semua tu..tapi sungguh itu baru aku terluang masa menghadap Mu. Sesungguhnya Kau maha lebih mengetahui. Aku sedar..aku baru sekali buat..memang pasti sukar untuk aku dapt petunjuk yang mana perlu aku buat..operate atau tidak. Namun..munajat aku sesungguhnya pada Allah...aku hanya ada Mu..susah senang ku..hanya pada Mu aku sandarkan hidup aku. Sampailah aku nak tidur tak putus aku mohon ampun..dan kasihanilah aku yang sungguh-sungguh buntu ini.


Dan masa di wad icu pada esoknya...entah..kenapa..macam-macam cerita aku dengar pasal operation..doktor pun bersungguh terangkan pada aku..dan dengan nama Allah..aku memilih jalan itu. Aku setuju...selamat atau tidak...itu kerja Allah...ini adalah sehabis-habis ikhtiar dari ibu untuk Soleh. Itu yang aku fikir..


Cuma..persetujuan aku tak laku. Perlukan persetujuan ayahnya juga. Dan pagi itu..ada "sesuatu" berlaku...hingga aku tak mampu nak beritahu abahnya dwngab sendiri. Aku nak bgtau emak mentua untuk minta pendapat pun..aku rasa tak boleh nak cakap. Mungkin rasa tersekat kerongkong ini. Aku terangkan kepada emak..dan minta emak sampaikan kepada emak mertua aku. Mula-mula ok..sekejap je aku tinggalkan emak..emak dah menangis sungguh2..kata emak..emak di subang sedih menangis-nangis juga tambahan mendengar keadaan soleh yang sungguh lemah. Aku? Bukan aku tak sayu..tapi sudah ku katakan bukan hati ini sudah batu...sedih..namun aku campak jauh-jauh...kalau diikutkan kesedihan takkan habis. Selagi Soleh ada umur..ibu ada dan berdoa pada Allah..dan pasti akan usaha selagi boleh.


Hinggalah petangnya..abahnya datang...agak sebak suaranya tengok soleh masih tak bangun. Bila dah agak tenang..aku suarakan cadangan doktor. Aku memberi pendapat aku...aku setuju..jauh sekali niat aku nak membunuh dia..tapi aku percaya..apa-pa yang berlaku..itu kehendak Allah. Yang penting Allah nak tengok sejauh mana kesabaran dan keimanan kita. Memang risiko dan dugaan yang menanti sudah berderet-deret tu..bayangkan..aku cuma ada 3 bulan saje sebelum melahirkan anak yang baru ini. Kadang-kadang rasa batu yang amat besar atas rusuk aku ni...


Akhirnya..suami aku pun setuju. Dan kami difahamkan doktor dah booking 20 januari ini sebagai tarikh operation besar berisiko itu...


Sambung kemudian..


Published with Blogger-droid v2.0.2

Wednesday, January 11, 2012

Rabu yang membisu - Soleh yang sayu..

Tiada kata...atau tak mampu berkata..


Published with Blogger-droid v2.0.2

Monday, January 9, 2012

Pertama kali..tak lalu dah nak menangis...

Hari ini...masuk malam ke - 4 soleh dalam icu. Beruta baiknya..soleh dah dilepaskan dari mesin pernafasan. Doktor kata mesin itu hanya membantu soleh sedikit je. Maknanya soleh tiada masalah pernafasan. Cuma sekarang soleh ada jangkitan kuman di paru-paru akibat kemasukan makanan dan air dalam paru-parunya ketika dia tersedak. Shunt pun tiada menunjukkan masalah..tandanya tiada air yang banyak terperangkap dalam otaknya.


Doktor memberi penjelasan tentang ketidakselesaannya...


Itu mungkin berita buruknya. Jika dalam masa seminggu soleh menunjukkan kesan guling-guling atau seperti tekanan rasa sakit...doktor cuma ada satu jalan.


Iaitu mengambil risiko membuat pembedahan kepada soleh yang masih bayi lagi. Kenapa di katakan mengambil risiko? Sebab soleh tak sesuai menjalani pembedahan itu...berbahaya...


Akak nora faham maksud doktor itu. Dan percayalah...akak nora dah tak berdaya nak menangis...pertama kali dalam hidup..akak tak mampu nak mengalirkan air mata dah. Mengalir dengan sendiri pun dah tiada...mungkin hati ini sudah mula faham..atau adakah itu yang dimaksudkan dengan "redha"?


Niat akak..jika diberi peluang lagi..akak sentiasa berusaha untuk yang terbaik. Jika itu takdirnya....akak nora redha...sebab akak nora percaya soleh ada tempat teristimewa di sisi Allah..tambahan dia tiada dosa apa dengan akak nora terlalu suci...murni. Terima kasih kepada seorang pembaca kisah akak yang tanpa nama..membaca komennya sebegitu...terasa sungguh sejuk. Mungkin dalam kekalutan..benda yang besar tu pun akak nora tak nampak. Juga buat yang lain...doa anda..hanya Allah saja mampu balaskan.


Apa yang terfikir sekarang...isthikarah..mencari pemilihan yang terbaik buat soleh...Ya Allah...pada Mu ku letakkan pengharapanku..


Published with Blogger-droid v2.0.2

Sunday, January 8, 2012

Soleh masih di icu....

Masih ingat lagi entri akak nora mengatakan Muhammad Irsyad Soleh asyik meragam je. Berguling-guling hingga mencederakan kepalanya. Dia suka campak-campakkan badannya ke lantai. Jadi, untuk mengelakkan perkara lebih buruk berlaku, akak nora akak peluk dan pegang sedaya upaya..kuat kudrat dia. Calar balar akak di cakarkan. Lebam-lebam akak dicubit atau dicengkamnya. Tapi...tabahkan juga. Kesian..kita tak tahu apa yang dia rasa.


Akibat asyik menangis..soleh suka tersedak bila minum. Lama-lama dada dia akan berbunyi. Risau juga..sebab soleh kan penghidap asma. Tapi, dia tak selsema, batuk, jauh sekali demam.


Hari rabu yang lepas ni, soleh ada temujanji dengan pakar neurologi dia. Kami laporkan keadaan soleh. Dia kata mungkin keadaan soleh bertambah buruk. Soleh juga dah kurang makan dan suka tersedak bila minum. Kalau siapa pernah tengok tembamnya soleh dulu..pasti terkejut dengan tubuh yg ibarat tinggal tulang je tu. Doktor suspek ketumbuhan itu sudah membesar. Nauzubillah..pasti la susah akak nora nak fikir sebab untuk bayi sebesar itu..tiada apa mampu mereka lakukan. Kami pulang selepas soleh diambil ujian darah. Dan akak rujuk semula selepas 2 minggu.


Ada hamba Allah berborak dengan akak nora ketika menanti nurse itu menyediakan apa yang patut. Dia suggest tempat rawatan islam yg berjaya memulihkan anak nya dari koma..Alhamdulillah..memang nekad akak nora nak cuba.


Namun...apa daya hari jumaat tu..keadaan soleh terlalu buruk. Ibarat susah nak bernafas. Lekuk lehernya. Akak nora takut dia di serang asma dan tunggu enhubby dan bawa dia dengan segera ke klinik berhampiran. Seperti dijangka..perlu refer ke hospital sebab bukan petanda asma..seperti ada sesuatu berlaku dalam peparunya. Ya Allah..nampak saje akak nora tenang..tapi sebenarnya hati akak sedang disiang-siang..dirobek robek...di cungkil cungkil dengan faktor alam sekeliling...akak sabar...ingat Allah.


Akak nora sabar..sesabar sabarnya...hinggalah "ada juga perkara" yg membuatkan akak nora hilang kawalan. Masa tu akak sedang telefon mengadu dengan mak akak di kampung. Apa perkara itu..tak perlu akak cerita terperinci kan...tak sesuai. Mungkin apa yang akak pendam..dengan badan yang sungguh lemah..dengan keadaan diri akak nora yang dah 6 bulan sendat ini menjadikan akak seperti sampai di puncak. Telefon dicampakkan dan emak juga abang dikampung hanya mendengar apa yg berlaku. Akak ingat Allah..akak istighfar..tapi benda itu meluncur je dari bibir akak. Akak nora sedar itu bukan perkara baik..namun terima kasih ya Allah..kejadian itu menjadi akak tenang..ringan dan bertambah tabah menghadapi segalanya. Jangan anda ingat aku diam membatu..selamanya...


Akhirnya barulah kami ke hospital dengan jayanya. Peritkan hidup akak nora..anak dah separuh mati perlu ke hospital..tapi perlu bergelut dulu..baru akak nora berjaya membawanya. Kalau ikutkan memang akak nora nak gerak sendiri..tapi keadaan soleh tak mengizinkan. Jadi..perlu bantuan siapa di sekeliling..terasa hina anak aku tu. Dah lah cerita yang itu...


Sampao di hospital..doktor bahagian kecemasan 2,3 orang datang membantu. Soleh dengan rontaan dia. Akak nora di suruh keluar..sempat juga menjeling. Ya Allah..tak terkata..


Hingga dokyor yang bertanggungjawab, dr.sofiah menjelaskan soleh sukar bernafas dan mereka suspek banyak perkara. Mereka bantu dengan mesin pernafasan. Apa yang mereka takutkan..jika perkara buruk itu berlaku..soleh bergantung dengan mesin itu. Dan jika dilepaskan...tak perlu la akak nora panjangkan cerita.


Ketika menanti di ruang menunggu. Memang akak nora berdoa..bersabar..jangan menangis..tapi bak kata makbed kawan blogger akak nora..anak demam batuk pun dah risau. Inikan dalam keadaan itu..bukan akak saja menanhis..air mata itu mengalir keluar laju...


Didalam icu..nurse kata segala-galanya ok. Kahak dia banyak sangat dalam paru2. Itulah perkembangan yang akak nora harap ok sangat...biar disebabkan paru2..bila dah keluar kahak nya..dia bertambah sihat. Moga akak nora masih diberi kesempatan berusaha untuk soleh. Bukan akak nora tak redha..selagi ada masa dan cara untuk usaha. Rupa-rupanya..mak..abg..kakak akak datang dari kampung lepas mereka terdengar di telefon tadi. Semua ada..terkenangkan keluarga belah sana..kami berumah sua2 hidung..kelompok2..dekat2..tapi seorang pun tak risau. Biarlah mereka...merekalah yang temankan akak nora yang dah agak lemah di icu.


Semalam soleh kena ct scan lagi. Dan perlu dengar penjelasan dr doktor ..apa selanjutnya. Dalam waktu itu..soleh masih ditidurkan di wad icu Sime Darby Medical Centre, Subang Jaya.


Terimakasih siapa yang mendoakan soleh...akak nora hargainya sungguh2..tapi maaf akak nora mungkin banyak tak melayan pertanyaan anda..bila nak menjawab mulalah sebak..cukup la di hospital..kalau 10 org jumpa 10 x juga akak nora ditanya...sungguh tak larat dah..


Sekarang kami ke hospital semula..menanti selanjutnya..doa kan ya...


Published with Blogger-droid v2.0.2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...