Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Sunday, January 8, 2012

Soleh masih di icu....

Masih ingat lagi entri akak nora mengatakan Muhammad Irsyad Soleh asyik meragam je. Berguling-guling hingga mencederakan kepalanya. Dia suka campak-campakkan badannya ke lantai. Jadi, untuk mengelakkan perkara lebih buruk berlaku, akak nora akak peluk dan pegang sedaya upaya..kuat kudrat dia. Calar balar akak di cakarkan. Lebam-lebam akak dicubit atau dicengkamnya. Tapi...tabahkan juga. Kesian..kita tak tahu apa yang dia rasa.


Akibat asyik menangis..soleh suka tersedak bila minum. Lama-lama dada dia akan berbunyi. Risau juga..sebab soleh kan penghidap asma. Tapi, dia tak selsema, batuk, jauh sekali demam.


Hari rabu yang lepas ni, soleh ada temujanji dengan pakar neurologi dia. Kami laporkan keadaan soleh. Dia kata mungkin keadaan soleh bertambah buruk. Soleh juga dah kurang makan dan suka tersedak bila minum. Kalau siapa pernah tengok tembamnya soleh dulu..pasti terkejut dengan tubuh yg ibarat tinggal tulang je tu. Doktor suspek ketumbuhan itu sudah membesar. Nauzubillah..pasti la susah akak nora nak fikir sebab untuk bayi sebesar itu..tiada apa mampu mereka lakukan. Kami pulang selepas soleh diambil ujian darah. Dan akak rujuk semula selepas 2 minggu.


Ada hamba Allah berborak dengan akak nora ketika menanti nurse itu menyediakan apa yang patut. Dia suggest tempat rawatan islam yg berjaya memulihkan anak nya dari koma..Alhamdulillah..memang nekad akak nora nak cuba.


Namun...apa daya hari jumaat tu..keadaan soleh terlalu buruk. Ibarat susah nak bernafas. Lekuk lehernya. Akak nora takut dia di serang asma dan tunggu enhubby dan bawa dia dengan segera ke klinik berhampiran. Seperti dijangka..perlu refer ke hospital sebab bukan petanda asma..seperti ada sesuatu berlaku dalam peparunya. Ya Allah..nampak saje akak nora tenang..tapi sebenarnya hati akak sedang disiang-siang..dirobek robek...di cungkil cungkil dengan faktor alam sekeliling...akak sabar...ingat Allah.


Akak nora sabar..sesabar sabarnya...hinggalah "ada juga perkara" yg membuatkan akak nora hilang kawalan. Masa tu akak sedang telefon mengadu dengan mak akak di kampung. Apa perkara itu..tak perlu akak cerita terperinci kan...tak sesuai. Mungkin apa yang akak pendam..dengan badan yang sungguh lemah..dengan keadaan diri akak nora yang dah 6 bulan sendat ini menjadikan akak seperti sampai di puncak. Telefon dicampakkan dan emak juga abang dikampung hanya mendengar apa yg berlaku. Akak ingat Allah..akak istighfar..tapi benda itu meluncur je dari bibir akak. Akak nora sedar itu bukan perkara baik..namun terima kasih ya Allah..kejadian itu menjadi akak tenang..ringan dan bertambah tabah menghadapi segalanya. Jangan anda ingat aku diam membatu..selamanya...


Akhirnya barulah kami ke hospital dengan jayanya. Peritkan hidup akak nora..anak dah separuh mati perlu ke hospital..tapi perlu bergelut dulu..baru akak nora berjaya membawanya. Kalau ikutkan memang akak nora nak gerak sendiri..tapi keadaan soleh tak mengizinkan. Jadi..perlu bantuan siapa di sekeliling..terasa hina anak aku tu. Dah lah cerita yang itu...


Sampao di hospital..doktor bahagian kecemasan 2,3 orang datang membantu. Soleh dengan rontaan dia. Akak nora di suruh keluar..sempat juga menjeling. Ya Allah..tak terkata..


Hingga dokyor yang bertanggungjawab, dr.sofiah menjelaskan soleh sukar bernafas dan mereka suspek banyak perkara. Mereka bantu dengan mesin pernafasan. Apa yang mereka takutkan..jika perkara buruk itu berlaku..soleh bergantung dengan mesin itu. Dan jika dilepaskan...tak perlu la akak nora panjangkan cerita.


Ketika menanti di ruang menunggu. Memang akak nora berdoa..bersabar..jangan menangis..tapi bak kata makbed kawan blogger akak nora..anak demam batuk pun dah risau. Inikan dalam keadaan itu..bukan akak saja menanhis..air mata itu mengalir keluar laju...


Didalam icu..nurse kata segala-galanya ok. Kahak dia banyak sangat dalam paru2. Itulah perkembangan yang akak nora harap ok sangat...biar disebabkan paru2..bila dah keluar kahak nya..dia bertambah sihat. Moga akak nora masih diberi kesempatan berusaha untuk soleh. Bukan akak nora tak redha..selagi ada masa dan cara untuk usaha. Rupa-rupanya..mak..abg..kakak akak datang dari kampung lepas mereka terdengar di telefon tadi. Semua ada..terkenangkan keluarga belah sana..kami berumah sua2 hidung..kelompok2..dekat2..tapi seorang pun tak risau. Biarlah mereka...merekalah yang temankan akak nora yang dah agak lemah di icu.


Semalam soleh kena ct scan lagi. Dan perlu dengar penjelasan dr doktor ..apa selanjutnya. Dalam waktu itu..soleh masih ditidurkan di wad icu Sime Darby Medical Centre, Subang Jaya.


Terimakasih siapa yang mendoakan soleh...akak nora hargainya sungguh2..tapi maaf akak nora mungkin banyak tak melayan pertanyaan anda..bila nak menjawab mulalah sebak..cukup la di hospital..kalau 10 org jumpa 10 x juga akak nora ditanya...sungguh tak larat dah..


Sekarang kami ke hospital semula..menanti selanjutnya..doa kan ya...


Published with Blogger-droid v2.0.2

10 comments:

  1. semoga Soleh cepat baik. Sabar ye kak...

    ReplyDelete
  2. betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, terus tabah ye dik Nora... kalau doa yang dipinta, kita sama-sama berdoa kepada-Nya.

    ReplyDelete
  3. speechless, beratnyer dugaan akak kali ni..
    sabar ye kak, sy doakan adik soleh cpt2 sembuh,
    kluo dr wad..

    tatau la sy kl sy duk ditempat akak..
    mintak2 dijauhkan dugaan maha berat ni..

    ReplyDelete
  4. tak tau nak cakap apa kak nora.. bersimpati & tahu perasaan & keadaan akak nora skrg ni. cuma tabahlah demi soleh

    ReplyDelete
  5. Ya Allah selamatkan soleh.. kuatkan lah semgat ahli krganya menempuh dugaan ini.. amin

    ReplyDelete
  6. Kalau lah aku boleh berada di sana... ko tak cakap ngan aku pun takpe. aku paham .... aku paham seisi tulisan yang ko sampaikan ni..

    sabar ye sahabat. ramai di sini mendoakan ko dan adik soleh. kami nak tengok ko senyum semula... nak tgk soleh sihat semula..

    ReplyDelete
  7. GWS....

    moga tabah menghadapinya..

    ReplyDelete
  8. besar sungguh dugaan akak ni...sy doa kan adik soleh sihat ya...and akak,kena jg diri now that akak berbadan dua...Allah tk kan letak ujian lebih dr apa kita mampu...so,akak n family akan dpt lalui dgn tabah ya...and adik Soleh...anything that might happen,sy pecaya,tpt dia sgt istimewa di sisi Allah...in time,everything is going to be fine,for you...take care sis!

    ReplyDelete
  9. Akak kagum dengan Nora sebab Nora berjaya mengharungi dugaan Allah hingga ke tahap ini. Dugaan datang dari segenap sudut... Bertahanlah sayang... Insyaallah rahmat Allah tidak terbanding dengan segala keperitan hari ini... Allah sayangkan Nora, diujinya Nora agar lebih dekat padaNya...

    Akak doakan adik Soleh diberikan Allah yang terbaik untuknya...

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...