Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Friday, January 27, 2012

Walau soleh masih begitu...masih ada berita baik..ALHAMDULILLAH....

Setelah beberapa hari di wad icu, Soleh akhirnya dipindahkan ke wad biasa pada pukul 5 petang pada hari selasa, 24 jan 2012. Tapi, tiub di di hidung tidak boleh di lepaskan lagi kerana soleh belum boleh menghisap puting. Jadi, nurse di sini pula sambung tugasan memberi soleh susu melalui tiub itu mengikut waktu yang telah ditetapkan. Kesian soleh...otot semua dah kecut. Ye lah...dia kan di kategorikan kuat makan..tapi dah seminggu kena minum susu je. Itu pun dietitian kata cukup untuk keperluan badan soleh buat masa ini. Jika badan soleh susut lagi..mungkin jenis susunya akan ditukar kepada kandungan kalori yang lebih untuk membantu menaikkan lagi keperluan soleh.


Buat masa ini, soleh masih begitu. Terlantar hanya gerakkan tangan usik telinga saja. Mata pun masih ke kiri. Doktor kata mata tu mengambil masa yang lama untuk pulih. Tapi..lepas operation besar kan soleh buka mata... Bila kita tegur dia..dia akan merengek menangis. Belum terbit senyuman di bibir soleh sejak operation itu. Dia seakan bingung dalam dunianya sendiri.


Namun...tak terlintas pula nak merungut itu dan ini. Malah ..syukur Alhamdulillah..soleh masih diberi peluang hingga ke hari ini. Allah swt sudah berikan rahmatNya dari berisiko hinggalah pembedahan itu berjaya. Terima kasih ya Allah...dan juga doa dari kalian.


Semalam, khamis..soleh sudah menjalani brain scan sekali lagi. Kalau sebelum ni soleh sampai kena telan ubat tidur dan meronta nak tenangkan dia. Kali ni tak perlu telan atau suntik apa-apa. Malah mengambil masa hanya 10 minit saja untuk proses tersebut. Hanya menanti keputusan dari doktor. Berdebar juga kerana keputusan tisu ketumbuhan itu pun belum diketahui sama ada kanser atau bukan.


Petang itu juga dr.kumar datang membuat lawatan. Soal selidik dijalankan. Dia sarankan soleh diberi menghisap air kosong menggunakan botol susu. Ini untuk melatih semula otot-otot hisapan dan telan dalam mulut soleh. Selama ni pun aku ada bagi air bacaan Al quran..tapi tak la guna kan botol. Cuma titis-titis. Dia telan..setelah di cuba memang soleh masih perlukan latihan. Ye lah..ketumbuhan yang besar itu tumbuh di kawalan pusat aktiviti badan..denyutan jantung, bernafas, mata, pergerakan, perpeluhan, menelan dan macam-macam lagi la. Memang soleh perlukan masa untuk melatih itu semua kembali. Sebelum itu, dr. Siti pun ada sarankan soleh untuk di "cara kerjakan" di bahagian fisioterapi. Tetapi buat masa ini, aku berikan urutan dulu supaya soleh tak terkejut nanti.


Setelah dr. Kumar meneliti fizikal soleh..keputusan scan di lampirkan di hadapan aku.


"ketumbuhan itu sudah dikeluarkan semua..kerana dalam scan ini sudah tidak menunjukkan apa-apa. Keputusan tisu ketumbuhan juga telah dikenal pasti. Ianya jenis A......(aku tak ingat n lupa google tadi). Iaitu jenis ketumbuhan yang baik..dan bukan kanser. Air pun sudah berjalan seperti biasa. Apa yang perlu kita tunggu..dia pulih dengan sendiri.."


Alhamdulillah..setelah berjuang dalam masa terdekat seperti dah tak sempat...Allah telah buktikan..ikhtiar selagi mampu. Kerana ketentuan di tangan Nya. Memang penerangan dari doktor ini meringankan sedikit resah di hati. Walau soleh masih begitu, berita baik itu sedikit melegakan. Doktor juga ada menyatakan yang soleh tak perlukan tiub dalam kepalanya yang terus ke perut itu lerana sudah tiada apa-apa yang blok kitaran air dari otak. Cuma dia nakkan kepastian..mungkin soleh akan di scan sekali lagi selepas seminggu. Isnin depan jahitan kepala soleh akan dibuka.


Diam tak diam, dah nak sebulan aku menginap di hospital. Selama itulah pelbagai ceruk aku dah pergi..pelbagai proses aku dah tengok..pelbagai bilik dah aku duduk. Apa yang perlu diusaha sekarang..memberi sokongan dan membantu pemulihan soleh. Macamana dulu aku beriktiar..rasanya tak kurang seperti sekarang.


Cuma..cabarannya agak "berat" sikit sekarang..ye lah aku yang beratnya..aku dah mula jalan macam penguin. Kaki pun dah pandai kejang. Yang sebelum ni, betis kejang tu..terus menjadi sakit pada kaki...hehe dah rupa penguin tempang. Sabar aje la...mudah mudahan soleh sempat sembuh dan pulih sebaiknya sebelum aku melahirkan. Kalau tak..mesti tak senang hati nak admit wad tunggu bersalin.


Emak aku yang bersama-sama aku setiap masa dan ketika sejak dari mula soleh masuk icu sebelum operation dulu pun dan beransur ke kampung di Perak. Kasihan juga aku nengoknya..tapi bebenor dia adalah kekuatan aku. Aku kuat hadapi semua ini pun kerana dia sentiasa di sisi..walaupun terkadang..ada gak terasa di hati..tapi masing2 berperanan sebagai ibu kan.


InsyaAllah..ahad ni en.hubby akan hantar dia ke kampung. Kalau ikut mak..hantar dia nak keretapi pun boleh..takkan la kejam sangat laki aku tu kan..(ye ke..hehe)...


Emak aku kata..dah selesai sini..nak hadap yang kat kampung pula. Kakak ipar aku yang duduk depan rumah emak aku dah nak cukup masa nak bersalin. Doktor pun dah sahkan mungkin dia kena dibedah...bedah lagi...hehe...sebab nak lahirkan anak kembarnya. Bermasalah kerana hanya satu kepala saja di bawah..satu kepala lagi tidak. Itupun kira rezeki..dia dapat sekali gus dua orang sebab umur akak aku tu dah lanjut dan banyak masalah kesihatan pula. Dalam susah dia nak dapat anak..sempat rezeki dia dapat 3 orang anak campur yang sulung baru berusia 3 tahun. Moga semuanya berjalan dengan lancar.


Ok lah..sempena jumaat yang sentiasa barakah..moga hari kita di dalam kerahmatan Allah..amin..


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tuesday, January 24, 2012

betis tertarik....

Memang pengalaman mengandung dah dua orang anak. Tak pernah kaki kejang walau sejuk mana cuaca. Tambahan masa mula-mula mengandungkan Irsyad Soleh, arwah abah en.hubby ada bawakan aku pergi mengurut dengan seorang imam di Sabak Bernam. Selepas urat aku dibetulkan memang tak pernah kena la simpul mengkarung ke biawak ke walau sesejuk mana pun.


Dah bertahun, mungkin urat tu dah mula nak kena servis balik kot. Sebab pagi tadi memang sejuk semacam..tengah mengeliat nak bangun..tiba-tiba..betis belah kiri menegang dan terus lah tak boleh bengkok..sakit sangat kalau nak diluruskan. Pertama kali dalam hidup aku jadi macam tu. Cuba urut...apa yang nak diurut tak kurang juga...akhirnya..mak juga yang dijerit. Mak tarik kaki tu macam mana entah..aku dah diam je sakit.


Kalau jadi lagi lain kali nak buat macam mana ye...?


Published with Blogger-droid v2.0.2

Monday, January 23, 2012

hari ke -3

Em..tgok balik entri akhir tadi..gambar terbaru mak buyung tak di post ye...


Dan keadaan soleh pada hari ketiga.


Akak nora masih di wad icu..sayu pula nak tinggalkan soleh. Lepas dia di bedah, soleh agak muram. Senyum taknak..apatah lagi nak bebel...dah lama tak dengar dia membebel. Paling tidak pun panggil abah dan ibu...tak dengar lagi..minum susu masih guna tuub hidung sebab tekak soleh penuh kahak. Takut dia muntah..bila muntah..mungkin ini akan memberi tekanan pada kepala..


Sayu tengok dia..tapi biarlah dia pulih perlahan-lahan. Yang penting ..apa yang bahaya sudah tiada. Mana yang kurang tu..nanti kita usaha bila adik dah sembuh ye...


Hm...apa lagi nak melaporkan..itu saje buat hari ini. Akak nora sungguh dah tak lalu ni..tapi hati sayu tengok soleh..aduh...


Published with Blogger-droid v2.0.2

"dah tau hidup tu susah macam tu...jangan la nak beranak lagi...."

Senyuman akak nora setelah Soleh selamat dari risiko yang besar. Orang kata perut akak nora tak padan dengan usia kandungan dah nak 7 bulan. Huh...besar sangat ke tu..?


Berbalik semula kepada tajuk...kepada yang mengikuti kisah-kisah di sebalik kehamilan akak nora kali ketiga ini..pasti dah sedia maklum. Bahawa kehamilan kali ini sangat memberi tanda tanya pada mulanya.


Memandangkan usia soleh yang belum 2 tahun lagi membuatkan aku merancang macam dulu. Makan pil je. Sebab masa zaman dengan izzat dulu..aku berjaya jarakkan untuk dapatkan soleh. Bermakna pil itu serasi. Dan aku terpaksa berhenti dan ambil masa setengah tahun juga untuk dapatkan soleh.


Tapi...kuasa Allah tu tak terlawan...dalam aku merancang, diam-diam ada isi..sedar masa bulan puasa. Alhamdulillah...masa bulan puasa akak nora tak makan sebab..tak 'proses'..jadi kandungan tu kurang diganggu dengan kehadiran pil-pil perancang. Akak puasa penuh woo...bila cek mula-mula ada..scan tak nampak. Bulan raya pun cek..tak ada line pulak..tak payah scan...hingga bulan ketiga...kami dah takut. Entah-entah akak nora ada sakit dalam perut pasal kitaran haid akak tersusun tak pernah masalah. Bila cek..ada dua line..bila scan...haha..anak dah mula bawa jari masuk mulut . Doktor kata mungkin dia dah jadi lebih awal dari bulan puasa...walau terkejut.. Syukur tak terhingga pada Allah...Alhamdulillah Allah tak sabar bagi rezeki. Orang lain berusaha nak..akak merancang tunggu dulu..tapi dapat gak. Syukur sangat-sangat..


Dan sejak itu lah...kami kesan 'sesuatu' pada soleh. Tapi..sesungguhnya..tak pernah pun melabelkan kehadiran anak baru itu sebagai pembawa petanda buruk ke atas abang solehnya...ya Allah..tak pernah..sungguh meyakinkan dia bawa rahmat buat kami sekeluarga.


Bermula usia kandungan aku 4 bulan lebih..aku dah sibukkan hal soleh. Selalu..aku ni lembik mengandung..alahan yang kuat. Tapi..kali ni mengandung..tak sedar yang aku ni mengandung. Makan pun tak banyak kerenah..kudrat pun tak kurang. Alhamdulillah...


Bila dengar soleh baru setahun..mata-mata mula melihat perut besar akak nora. Siap boleh lemparkan...

"dah tau hidup tu susah..kenapa nak beranak lagi.." ini disebabkan..akak nora ada masalah selingan lain selain dari dugaan soleh.


Ya Allah...akak tak ada nak menjawab apa..tapi mereka sedar tak kata-kata mereka itu tak bersandarkan iman langsung. Apa dosa anak yang berjuang nak hidup dalam rahim akak..berjuang nak melihat dunia bersama abang-abang dia. Yang hairan tu..badan akak nora yang menanggung..mereka yang susah hati pula. Tu la kata orang...mulut orang bukan boleh tutup macam tempayan kan...biarlah..yang penat nanti..mulut mereka juga.


Yang pasti baby kali ni sungguh berbeza. Selain dari dia tak ada menimbulkan alah..dia dah ligat dari usia 6 bulan kandungan. Sebab izzat dan soleh dulu..bulan ke 8 &9 baru mereka bergerak..itu pun penuh kesopanan. Kali ini...macam dia shuffle pula dalam perut. Doktor kata itu petanda baby sihat. Alhamdulillah..takut juga kurang penjagaan sebab dari pagi ke malam hari-hari sibuk di luar.


Macam biasa..anak-anak akak nora memang suka sorok..tak suka tunjuk-tunjuk..jadi..tak tau lah jantina apa...jadi macam biasa akak nora siapkan nama ikut naluri akak nora. Hehe..moga-moga le termakbul ya...


Semoga soleh sempat sembuh sebelum akak nora melahirkan...due date pun main agak-agak je ..hehe...


Published with Blogger-droid v2.0.2

Sunday, January 22, 2012

Masih perlukan masa..sabarlah sayang...

Semalam 21 januari 2012, hari pertama Soleh selepas operation. Bila aku dan en.hubby melangkah masuk dalam bilik dia je, dia dah mula merengek. Bukan pasal nampak aku, tapi nampak kelibat abahnya.


Alhamdulillah..dia masih kenal kami. Teringat risiko bedah otak yang diterangkan oleh doktor dulu. Kami takut soleh tak kenal kami..ibu abahnya. Maknanya soleh dah menunjukkan kesan positif seterusnya setelah sedar dari ubat bius.


Masih baru untuk soleh menunjukkan kesan pulih dari pembedahan besar yang memakan masa hampir 7-8 jam itu. Ketara pada mata dia. Ada tindakbalas, tapi buat masa ini mata dia macam "tertarik" kearah kiri sahaja. Doktor kata pembedahan itu lama dan dalam masa itu juga soleh di tiarapkan. Jadi..mungkin ada kesan sikit disitu. Sebab nampak bahagian muka soleh yang agak sembap membengkak.


Soleh pun tak riuh lagi. Belum buka mulut. Mulut dia terkatup je...dia rengek tutup mulut. Tapi yang jelas kelihatan..mata dia dah terbuka besar. Sebelum operation...macam nak terpejam je aku tengok...


Kebetulan semalam, kedua-dua doktor nya ada melawat soleh. Maka..kami diam mendengar mereka berbicara bahasa doktor tentang recovery soleh. Ada yang baik..ada yang tak baik. Sesekali mereka mencelah bercakap dengan kami pula.


Sekarang ni yang mereka risau..tekanan darah soleh tinggi..tapi graf menunjukkan kesan penurunan. Mereka taknak soleh tension dan beri tekanan pada otaknya. Sebelum soleh dibedah..kan dia macam lelah berkahak sikit. Jadi keadaan itu menjadi soleh agak penat sekarang..jadi mereka bantu dengan nebulizer setiap 4 jam.


Sebelum masuk tengok dia dalam icu sejurus lepas.operation, aku bayangkan satu kepalanya berbalut sakan. Ye la..bedah kepala kan..tapi tengok ok je. Rupa-rupa doktor bedah dan korek dari belakang saja..


Semalam mereka tak jadi nak buat ct scan sebab soleh bangun dah terus tangan-tangan dia aktif walau badan dia tak boleh digerakkan sangat. Namun, dr. Kumar ada menyatakan dia tetap akan buat. Aku pun nak suruh dia buat..bukan apa, nak legakan hati..apa keadaan dalam kepala anak kecil itu sekarang.


Yang pasti soleh masih perlukan masa yang lama dalam icu. Tak apa...ibu faham. Tak pernah lekang doa dan harapan moga soleh cepat sembuh dah sepulih sebaik-baiknya. Semoga ibu berjaya membayar nazar ibu. Opah pun sama nazarnya dengan ibu.


Yang akak nora risau...badan akak nora makin goyang. Ye la..kalau diikutkan akak ni lembik masa mengandung. Tapi..Alhamdulillah..kali ni cergasnya sampai lupa aku tengah mengandung..tapi bila nak ke 7 bulan..badan besar tu dah ketara terasa...ya Allah..kuatkan lagi hamba Mu ini..semoga sempat soleh sembuh sepenuhnya.


Published with Blogger-droid v2.0.2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...