Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Saturday, January 21, 2012

kasihan abg izzat ibu ni...

Dah kali kedua izzat yusuf beraksi dengan perut boyot ibu yang dah nak cecah 7bulan. Dulu agak kecik2 lagi..kali ni dah lebih berakal. "nanti baby keluar..abg ada adik dengan baby..."


Dalam dua tiga minggu menghadapi dugaan ini...Izzat Yusuf anak sulung ku yang hampir genap umurnya 4 tahun turut terkena tempiasnya. Yelah...mana pergi kami ni..pagi ke tengah malam ke...diikutnya. Pernah sekali dia ngikut abah nya buat kerja kat site...kesian dia. Tapi, satunya kalau dia dapat bersama abahnya dah kira bahagialah tu...


"Hari-hari tengok Irsyad Soleh ..tapi abg yusuf tak dapat tengok pun.." itu la kata-kata anak sulung aku yang begitu banyak mulut sekarang ni. Masa tu soleh dalam icu dan kanak-kanak sepertinya tidak dibenarkan masuk.


Sekarang ni izzat yusuf pula tak sihat. Selsema..sampai serak suara dia. Jadi, semalam kami dapatkan maklumat sebaik baiknya tentang soleh. Bukan apa...ibu pun dah agak longlai..dua tiga menjak terasa agak lemah badan. Ada sekali sakit kepala sampai tak lalu nak bangun. Tak sampai hati tengok soleh..kuatkan juga dengan terketak-ketak.


Nurse kata..soleh akan direhatkan. Jadi..sempat kami balik dan rehat malam tadi di rumah. Pagi tadi emak mertua akak nora singgah rumah dalam perjalanan balik dari masjid. Walau anaknya dah terangkan..dia lebih suka penerangan dari akak nora. Kesyukuran terpancar dari wajah tua itu. Dia kata dia tak duk diam kat rumah..malam tadi pun minta masjid solat hajat dan baca yasin. Kebetulan, malam tadi ramai jemaahnya. Memang rezeki soleh. Alhamdulillah..


Sekarang menanti en.hubby ambil kami di klinik. Izzat yusuf selesai mengambil rawatan di klinik family kami. Dr. Aspalela ni dah lama kenal kami dari tak ada anak sampai sekarang. Dia pun melahirkan rasa kesyukuran dengar berita itu. Risau katanya sebab..kami pun dah lama tak jumpa dia. Yelah..semuanya sihat dan asyik sibukkan hal soleh. Alhamdulillah..selesai hal si izzat. Rehat nampaknya dah pekena set ubat doktor. Dah lama dia tak dapat sakit, ligat budaknya. Dan mungkin berkat susu ibu selama dua stgh tahun umur dia.. Bawa ke hospital selalu pun tak elok untuk kanak-kanak...tapi apa kan daya...


Cepat la en.hubby weh...tak sabar nak ke hospital tengok keadaan soleh hari ini. Lagipun ada ct scan hari ni. Moga semua nya baik...insyaAllah...


Published with Blogger-droid v2.0.2

Friday, January 20, 2012

Lega juga hati ibumu ini...



Alkisahnya...pukul 8.30 pagi tadi, soleh dan akak nora di tolak atas katil ke bilik pembedahan. Dulu, masa masukkan tiub..kat luar je..kali ni akak nora di tolak sampai dalam. Dup dap dup dap...melihat mereka yang berbaju biru sibuk membuat persediaan dan mula soal siasat akak nora. Soleh hanya meniarap merenget atas perut akak. Akak tatap muka dia sambil hembus apa yang mampu akak bacakan..kalau hati dah kabut macam tu..kekadang baca fatihah pun tak betul kan..namun akak nora usahakan. Sehingga soleh lena seketika menunggu pakar-pakarnya.


Mula-mula..pakar bius. Dia ulangi risiko yang dia dah ceritakan semalam. Kemungkinan soleh hilang darah dengan banyak atau tidak sedar selepas dibius. Ini kerana ketumbuhan itu sendiri di saluran darah yang banyak..jadi mungkin soleh akan kehilangan banyak darah melalui ketumbuhan itu sendiri. Akak nora angguk tanda faham. Untuk pengetahuan..akak saje di dalam. En. Hubby di luar bersama Izzat Yusuf.


Hinggalah pakar bedah otak soleh sampai. Dan soleh bertukar tangan..akak nora bergerak ke luar ruangan. Rupanya en.hubby masuk sekejap dan sempat kami bertemu dengan pakar bedah otaknya, dr.kumar.


Dia pun mengingatkan kami tentang risiko yang tinggi ketika operation atau selepasnya...tapi dia sendiri berkata..kita cuba dan berserah. Kami angguk tanda faham juga.


Keluar saja dari bilik itu, mulalah akak nora mulakan doa...hebat macamana doktor itu..Kau juga ya Allah yang menentukan segala-galanya. Mula-mula akak nora duduk jauh je...diam membisu. Mak akak pun tak banyak cakap. Entahlah kali ni memang tertekan sangat...lama akak nora tenteramkan hati. Bila dah ok..akak nora ajak emak ke cafe..kami bersarapan.


Lepas itu, barulah terasa bertenaga dan bermulalah akak nora tak senang duduk. Yasin...zikir...istighfar..itu saja yang meniti di bibir. Termasuk emak akak.


Sehingga hampir ke maghrib, akak nora mula resah. Lama nya...dan tiada apa sedikit berita pun. Tak lama lepas tu, nurse memanggil akak masuk ke icu. Katanya dah masuk wad icu...ohhh...dah selesai rupanya. Nurse kata dr. Hari nak beritahu sesuatu. Dr. Hari tu pakar bius soleh. Muka nurse tu sungguh mencemaskan akak nora. Sambil melangkah masuk...mohon ditenangkan walau apa jua ketentuanNya.


Soleh terbaring kaku. Dr. Hari mula memberi penerangan...sekali lagi akak nora sendirian..en.hubby dalam toilet masa tu.


Dr. Hari menerangkan tentang tanda merah di dada soleh. Dia minta kami jangan risau kerana itu kesan penggunaan selimut panas. Mungkin soleh sensitif atau terbakar sedikit kulitnya. Soleh kehilangan banyak darah sehingga 400ml dan sudah dimasukkan sebanyak 2pine. Soleh dah mula sedar..tapi mereka cuba bagi dia rehat..akak nora pun setuju biar dia rehat. Dan keseluruhannya..semua stabil. Alhamdulillah..kata dr. Hari..dr. Kumar akan datang menerangkan bahagian ketumbuhan itu pula. Mengambil masa yang lama tadi mungkin dr. Kumar telah berusah mengeluarkan lebih dari separuh. Dia nak cakap lebih pun takut salah. Jadi..kami tunggu dr. Kumar pula.


Ketika en.hubby dah masuk dalam wad icu...dr. Kumar pun datang. Dup dap dup dap di hati tak berhenti lagi...


"semuanya berjalan dengan baik...sebelum operation..saya rasa saya hanya boleh keluarkan 30% sahaja. Memang operation ini diluar jangkaan saya.. Sebab, bila saya dah buka saya dah cuba buang apa yang saya nampak dan saya rasa hampir 80% sudah dikeluarkan. Boleh dikatakan operation ini berjaya...."


Ya Allah...bagai melepaskan batu besar didada...syukur tak terhingga akak nora lahirkan. En.hubby dah meleleh airmatanya. Moga objektif ujian Allah ni sampai di benak hatinya.


Cuma sekarang ni..berserah kepada soleh bagaimana diri dia cuba melawan dan menyembuhkan diri dia. Tadi pun ..soleh dah mula bertindak balas...dr kata dia dah nak sedar. Syahdunya...soleh memang kuat. Akak nora kuat kerana dia. Sedangkan dia melawan sakit dia masih lagi kuat..inikan pula ibu yang sepatutnya menyokong dia kan...moga soleh terus.kuat untuk sihat.


Esok..soleh kena jalani.ct scan sekali untuk melihat apa yang tertinggal dan tiubnya berfungsi atau tidak...


Dikesempatan ini..akak nora ucapkan jutaan ribuan terima kasih buat rakan blogger yg baru kenal akak nora..cuma insan-insan yang sudi mendengar luahan akak nora di blog ini. Soleh kuat bersama doa-doa anda juga...moga Allah sediakan yang terbaik buat anda-anda yang prihatin..terima kasih...


Published with Blogger-droid v2.0.2

ya...aku redha dengan ketentuan Mu..

Soleh dah bersedia selepas mandi dengan antiseptic. Berbaju khas..drip di tangan pun da beroperasi. Menanti pihak sepatutnya datang menjemput. InsyaAllah..bermula pukul 8.30 pagi nanti.


Jumaat yang barakah..moga ada hikmah di sebaliknya. Dalam kesulitan yang aku lalui...ada sebenarnya kasih sayang Allah yang Dia salurkan buat aku.


Dah lama aku redha..tapi redha tanpa airmata itu amat payah untuk di dalami. Atau mungkin selama ini aku hanya separuh redha. Terkadang aku merungut juga dengan keadaan sekeliling. Tiada yang sudi mendengar...peti mesej Makbed aku saratkan. Maafkan aku makbed...menyesakkan fikiran mu dengan ketidak redhaan aku. Astagfirullah..


Dan kini...kami menanti Soleh di bawa ke ruang pembedahan. Selepas itu hanya doa saja mampu ibu salurkan. Jumaat adalah hari yang barakah..ibu redha apa jua ketetapan Allah buat mu..kerana Soleh masih suci murni...jika itu berlaku..percayalah nak...kau lebih bahagia di sana...namun jika Allah masih beri peluang...sudah pasti ibu yang paling bahagia.


Mungkin entri kali ini..hanya luahan perasaan kerana selama ini asyik mengkhabarkan keadaan semasa soleh. Hingga dikemuncaknya soleh akan dihantar berjuang. Berjuang melawan penderitaannya...ikut semangat soleh...yang pasti ibu tak menahan mana soleh nak pergi.


Memang bukan aku saja yang di duga begini...mungkin emosi aku sebagai penerima terbawa-bawa lebih dari aspek kesedihan. Tabahkanlah aku..tanpa kesudahannya.


Soleh bukan satu-satunya dugaan akak nora..banyak lagi yang menanti. Tak ape la...tetapkan pegangan..

"jangan mengaku beriman jika tidak diuji.."

Moga dengan cara ini Kau dekatkan aku dengan Kau..


Published with Blogger-droid v2.0.2

Thursday, January 19, 2012

apa kata doktor tadi......

Soleh cuba melenakan diri..akak nora kena menaip guna sebelah tangan sebab bila angkat tangan tu..dia akan tarik letak balik kat dada dia.


Akak nora pun hairan dengan doktor ni.. Hari tu kata berita baik..hari ni lain pula..


"esok adalah operation besar..50% peluang untuk dia selamat dan besar kemungkinan dia tidak akan sedar selepas dibius. Ketumbuhan itu terlalu besar dan tidak boleh dibuang kesemuanya...hanya separuh atau kurang daripada itu. Jika berlaku pendarahan terlalu banyak...operation itu tidak dapt diteruskan. U kena set your mind..budak ini mungkin tak boleh survive. Tapi kalau u tak buat operation...budak ini tak boleh survive sehingga umurnya 2 tahun.."


Itu kata doktor..akak mendengar dengan tenang...menangis...? Tiada genangan air mata...bukan akak nora nak berlagak kuat...sebenarnya...sungguh akak nora da rasa lemah sangat-sangat.


Sekali lagi..akak nora diuji dengan pilihan. Bukan kecil..ini melibatkan nyawa anak akak. Benar..jika akak tak pilih operation..soleh langsung tak menunjukkan potensi dia makin pulih. Sedikit pun usaha kami tak membawa kepada kepulihan dia.


Soleh makin susah menelan makanan..sukar bernafas..mata dah tak boleh dibuka..bergerak sudah lemah sekali. Kesian masa dia nak minum atau menyusu. Kepala pula sudah ibarat tertarik ke belakang...


Emak akak nora yang teman akak ni..berkali-kali kata tak lalu dah nak tengok. Macamana dengan akak? Ibu dia...mak akak gesa buat keputusan...tolong letakkan diri anda ditempat akak nora. Buat salah tak buat pun salah...


Akak nora faham itu semua ketentuan Illahi...jadi, boleh tak sekarang ni...tiba masa akak serahkan segala-galanya...redha dan pasrah pada Dia...sungguh maha dasyat buntu di benak fikiran akak sekarang ni...


Published with Blogger-droid v2.0.2

hari persediaan buat soleh..ikhtiar kemuncak ibu buat soleh...

Akak nora dah selesai subuh di pagi khamis yang hening ni..kembali di wad kanak-kanak di Sime Darby Medical Centre. Setelah beberapa hari asyik singgah macam pergi ke sekolah je..cukup masa pulang dan tidur di rumah. Tapi..bukan itu yang kami buat. Memang kami keluar dan pulang..tapi ada agenda lain sebelum pulang rumah. Termasuk lah semalam...itu pula ikhtiar dari en.hubby. Walau dah di hujung-hujungnya..kami tetap usaha apa termampu.


Hari ini hari terakhir sebelum soleh di bedah esok hari. Mesti macam-macam soleh nak buat kan...yang akak nora asyik diperingatkan ialah ujian darah.


Sebenarnya ada sedikit kisah berkaitan operation ni...doktor ada kesan sedikit berita baik. Mengikut scan terakhir yang kami minta...sebab perawat secara islam yang merawat soleh yakin benda itu dah kecut. Ironinya..memang sampai sekarang doktor tak tunjuk scan terbaru itu. Bermunajat lah kami sebelum menerima laporan scan terbaru itu...tapi yang sampai doktor pakar bedahnya yang dengan yakin menyatakan pembedahan ini pasti boleh buat ...dan kalau pergi mana-mana mesti pakar bedah kata boleh buat.


Bila kami tanyakan tentang filem scan tu..dia kata sama saje di tempat sama..cuma dia dapat kesan ketumbuhan itu berada sedikit jauh dari saraf-saraf otak soleh yang menjadi dia optimistik dengan operation itu. Emmm..yang perawat tradisional tu pun optimistik dengan cara dia...yang mistik, kami di tengah-tengah. Doktor kata kalau kami tak lakukan pembedahan itu..dia kata Soleh ada masa 2,3 bulan sahaja untuk hidup. Hmmmm......


Risiko tetap ada...risiko soleh tidak sedar selepas operation. Akak nora faham...dan en.hubby ragu-ragu nak setuju. Tapi..entah...akak setuju je...akak da buat istikharah berkali-kali minta pentunjuk. Dengan ingatan pada Allah, moga itu pilihan terbaik ya Allah...moga Allah beri keberkatan dengan usaha kami dan semangat kuat soleh yang berjuang ni...


Nenek soleh dah berkali minta pihak masjid buat solat hajat buat soleh. Ye lah..akak nora buat apa yang termampu...itu pun masa soleh tak meragam guling-guling..kadang-kadang tak tidur malam sampai ke pagi. Selebihnya..membaca Al-quran dan berzikir moga soleh tenang dah pulih dengan al quran dan zikrullah.


Kepada yang mengingati akak nora dan mendoakan kesejahteraan Soleh..akak nora yakin Allah sentiasa bersama anda dan merahmati ingatan tulus ikhlas anda itu. Terima kasih.


Published with Blogger-droid v2.0.2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...