Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Saturday, June 25, 2011

umpama semua ibu orang islam mandul...

Akak mendengar ceramah ustaz roslan yang selalu keluar al-kuliyyah dan al-hidayah di tv tu. Malam ni ada sambutan sempena israk mikraj di masjid rumah akak ni.

Sedang mendengar tentang israk mikraj, tentang akhlak abu bakar as siddiq, tiba-tiba timbul kenyataan...

"semua ibu orang islam umpama mandul kerana tidak melahirkan abu bakar yang kedua..."

Jangan nak kata ustaz tu main sedap mulut je. Cuba kita fahami apa kata ustaz ni, penerangan dia cukup telus dan tulus.

Mengandung dan melahirkan anak memang ramai. Namun, melahirkan anak dengan sebaik-baik aqidah dan akhlak seperti Abu Bakar terlalu sukar. Itulah maksudnya, dalam teguran juga pesanan supaya kita sentiasa memberi penekanan dalam mendidik anak.

Akak nora bukan lah ibu yang hebat walau anak dah dua. Sentiasa belajar dan terus belajar. Banyak dan besar dugaannya. Allah je tahu, kadang-kadang mengeluh dan merungut juga. Astagfirullah...berdosanya aku...belum lagi bab akak marah-marah anak kan...

Namun, begitu akak sentiasa berusaha dan berdoa moga anak-anak akak menjadi pembela dan hamba Allah yang sejati di dunia dan akhirat. Walau bukan ibu yang hebat di mata dunia, moga masih mampu menjadi ibu yang hebat di mata anak-anak.

No comments:

Post a Comment

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...