Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Saturday, January 1, 2011

Roti Naik - Resepi bg tgn yg kuat..hahaha

Kenapa aku katakan begitu? Sebab orang lain buat..semua naik gebu, dan mereka mengatakan bahawa tangan mereka dah naik lenguh menguli...mesti kena uli lama dan kuat ni. Yang aku pula uli ala-ala cukup..so, boleh baling ke dinding la roti aku..hehe..tak puas hati. Lepas ni aku try juga pasal anak aku suka..tapi kesian dia nak gigit pasal keras..
Kepada yang nak mencuba tu..cuba lah..aku pun belajar kat tenet..mcm biasa copy n paste. terima kasih bebanyak sesangat kat SASHA RAHMAT. Dia sungguh baik berkongsikan tips dan resepi beliau..moga murah rezeki beliau..



Ni lah hasil aku..orang lain penuh loyang besar..aku loyang kecik pun tak penuh lagi..hahaha
Bahan A
yis 11 grm
air suam 1/2 cwn
gula 1 sudu besar
tepung 1 sudu besar
***satukan bahan A dan biarkan yis n
Bahan B
2 sudu besar marjerin planta / mentega cair
Bahan C
1 cwn gula dilarutkan dgn 1/2 cwn air panas (gula bole dikurangkan) utk dijadikan sirap gula
Bahan D
3 cwn tpg gandum + 1 cwn tepung gandum
Cara-caranya
1 - Mula-mula buat dulu air sirap coz kita nk gunakan air tu, suhunya suam.
2 - Masukkan 3 cwn tepung ke mangkuk adunan, buatkan lubang ditgh tepung
3 - Campur bahan A,bahan B & C dan uli tepung.
4- Baki tepung yg 1 cwn tadi bole digunakan sedikit demi sedikit semasa mengguli roti..buat hingga adunan x melekat di tngn.
5 - Biarkan adunan naik
6 - Bila adunan dh naik uli ikut suka dan susun di loyang
7 - Susun di dlm loyang dan biarkan roti naik sekali lagi. (lebih kurang 30 to 40 mins)
8 - Bakar suhu 180'c selama 30 mins atau lebih..
9 - Keluarkan drp oven dan sapu marjerin diatas roti
Hehe..kalo jadi tak payah dah nak beli bun kat kedai..malas dan rajin saja..

Semua Sibuk..Aku?

Hari ini, hari pertama dalam tahun 2011. Aku bangun lambat..bukan ngantuk, mata dah celik. Tapi bingung nak buat apa...nak masak. Belum shopping barang dapur? Dasat kali ni..licin..sampai aku tak tau nak masak apa..paling terel aku masak campak pun bleh buntu hari ni. En. Hubby dah keluar g sarapan dan terus beli sarapan untuk aku dan teruna sulungnya. Jadi, kami sambut pagi tahun baru ini dengan menyantap roti canai..hahaha

Aku on tenet sekejap, apa lagi Blog-walking la cadangnya..memang pengaruh kuat tarikh hari ini. Semua update entri untuk tarikh yg mungkin keramat bg mereka. Aku? nak entrikan apa yer..semalam pun bukan ke mana..cukup masa aku berdengkur juga dgn Si Bulat ni..sesekali terkejut dgr meriam sapa entah meletup..

So..tak de apa yang spesel..cuma aku pun saja nak kejar entri tarikh hari ni..hahaha..kelakau la tu..

Friday, December 31, 2010

Berlabuh juga tirai 2010.

Setiap permulaan pasti ada kesudahannya. Begitu juga bagi tahun 2010. Pelbagai memori..mungkin bagi orang lain. Bagi aku tiada perbezaan...cuma yang indah, tahun 2010 aku di mulai dengan kehamilan anak kedua. Dan yang bencinya, majikan aku bermain permainan hipokritnya dengan aku hingga keluarga mertua aku memandang serong kepada aku.
Benci memang benci bila difikirkan. Zaman sekarang, yang kita fikirkan baik, belum tentu baik di dalamnya. Entah-entah lagi busuk dari yang buruk. Ahh..aku malas nak ungkit, buat sakit hati je...
Tahun baru ini aku perlukan anjakan paradigma..tapi bila difikirkan keadaan aku sekarang, situasi kehidupan aku, pening aku fikirkan. Kalau orang baca mesti hairan dan berkata "hendak seribu daya, tak nak seribu dalih". Betul...aku tak tipu..selama ini pun aku tak mencari alasan. Aku mencari penyelesaian. Tak juga ku temui. Bukan aku tak usaha..namun belum berhasil. Aku tak putus asa... Aku anggap itu ujian yang membuktikan Allah ada perhatikan aku.
Moga tahun baru ini aku berusaha lebih gigih. Untuk keluarga aku dan diri aku. Tingkatkan amal ibadah, moga berusahalah aku ke arah keperibadian yang baik. Moga Allah tetap tabahkan aku seperti sekarang. Sentiasa bersama aku saat aku perlukan tempat mengadu, di saat aku berkongsi kegembiraan, ketika aku kecewa teramat sangat dengan kehidupan dunia. Itu semua belum tentu dapat dipenuhi oleh seseorang bergelar manusia.
Aku terlalu bermonolog dengan perasaan. Hingga aku nak berkongsi masalah dengan seseorang pun aku dah boleh mengagak apa yang akan mereka katakan. Aku sudah dapat pastikan jawapan dari mereka. Di sebabkan ini, aku hanya berdiam. Tersenyum, dan mungkin menahan tangis. Aku malu kerana, aku rasakan masalah aku kecil saja dari manusia yang menghadapi rintangan dan dugaan yang mencabar hanya semata-mata mencari kebahagiaan. Dan aku rasa kasihan orang yang mendengar masalah aku terpaksa menjadi batu tempat aku hamburkan segalanya...aku tak perlukan itu, biarlah aku bersedih sendiri. Aku ingin bergembira bersama mu teman..bercerita berkongsi segalanya..namun bukan kesedihan aku.
Ya Allah...syukur tak terhingga, aku hidup sehingga kini menggalas amanah dari Mu. Bantulah aku jika aku hampir tersungkur. Juga rakan-rakan..aku amat menghargai kehadiran kalian dalam hidupku. Doaku tak putus juga menyertakan "rakan-rakanku" bukti aku ingin kalian sama-sama bahagia bersama ku di dunia dan akhirat.
Mungkin macam-macam acara difikiran kalian pada ambang 2011 ini. Semoga menikmati detik-detik gembira itu bersama yang tersayang. Juga, diharapkan tahun baru ini turut membawa sinar baru yang lebih bermakna buat kita semua.
~ SALAM TAHUN BARU 2011 ~

Thursday, December 30, 2010

Terlewat Punch-Card..

Punch-kad? weh..ko membohong yek Nora, ko kan tak keje, duk umah memanjang ngan anak-anak dan makmal ko a.k.a dapur tu...
Selalu kalau aku bangun aku terus tekan suiz cerek air panas. Dah jadi macam punch-kad pulak. Lepas subuh terus aku tekan masak air. Banyak gunanya, buat air atau mandikan Soleh.

Nak jadi cerita, semalam aku tidur lewat. Bukan saja-saja tapi memang aku pun dah naik huyung hayang mengantuknya. Rambut pun dah kusut-masai ..sekejap tidur sekejap bangun..laki aku pun tak selera ngan aku semalam. Agaknya dah macam Hantu Mak Limah Balik Kubur kot..

Kisahnya, semalam Soleh (anak kecil aku) dapat tune nak gelak. Punyalah sakan dia gelak..memang stok berdekah-dekah. Aku tengok jam dah menunjukkan pukul 1.00 pagi. Wahh..dah rasa di awang-awangan. Tapi adik ni tau kalau kita tidur tinggalkan dia sorang-sorang. Mulalah dia membebel..kalau dia membebel aku biarkan aje..tp lama-lama dia akan menjadi tangisan yang mengerikan yang memecah keheningan pagi.

Jadi, aku pun bangun semula mendodoikan. Seperti yang aku jangkakan, bila dah seronok sangat gelak, mulalah susah nak tidur. Masuk buai salah, dukung salah, di riba salah, bagi susu salah..aku pun dah serba salah dengan muka yang bermasalah...sabar...

Dah pukul 2 pagi, Soleh tidur juga akhirnya. Tapi, mcm biasa kalo dah ingke sgt (ckp org Perak)..terbawa-bawa dalam mimpi. Sikit-sikit melalak macam baru lepas kena cubit. Terkejut aku..Pujuk semula dan dia tidur lagi. Begitulah aku sampai aku bangun ke tandas, aku tengok jam dah pukul 4 pg. Patutlah mengong jek rasanya...

Tambah lagi cerita, aku tak solat..MC. Jadi, walaupun rumah sebelah masjid..aku tak dengar azan di masjid..punya tak sedar ketidurannya. Buka-buka mata dah pukul 9 pg..macam charlie caplin lah aku. En.hubby gi kerja pun aku tak sedar.. Anak-anak aku tidur lagi..tak aci..huhu
Cepat-cepat aku buat sarapan pasal anak sulung aku kalau bangun mesti dia mandi dan sarapan. Semua budak macam tu kan. Tambahan pulak memang dah lewat dia bangun hari ni. Jadi uli-menguli..masuk oven..jeng..jeng..jeng..jadi lah roti ban..hehehe

Amacam ok tak...tengah rajin. Jap lagi aku nak berkungfu masak tghari punya..tak susah. Hari ni menu ringan pasal semalam dah makan bersantan.

See ya..

Tuesday, December 28, 2010

Japanese Cheese Cake - Step By Step

Uih..tajuk omputih..Hari Puan Nora terlebih rajin berblog dan menyusun langkah-langkah nak buat kek keju simple yg beliau baru menuntut di Gunung Semanggol...ceh ..darat2 nipu bak kate org Perak.
Apa pun terima kasih bebanyak kepada empunya resepi RMS BENHADRIA - unik kan nama akak ni, tp beliau sungguh baik tak jemu-jemu tolong saya walaupun dalam mesej je..hehe
Jom kita cuba-cuba, saya bukan handal sangat jadi editor..kalo still tak faham tanya-tanyalah saya ye..tak rugi kongsi ilmu..tapi memang senang dan sedap kek ni tau.. Mulakan dengan bahan-bahannya:
4-5 keping cheddar cheese (yg mkn dgn roti tu je sy pakai..)
200ml susu segar (ada org try guna susu coklat, boleh tahan gak..)
4 biji telur (di asingkan kuning dan putih)
70gm gula halus
70gm tepong kek (saya memg suka ayak tepung)
70gm butter (saya pakai planta aje)
Lapik loyang dengan kertas ya

Carik-carikkan ciz kecil ke dalam periuk kecil untuk di masak bersama susu segar.

Api jangan kuat, dan sentiasa kacau sampai sebati.


Bila dah sebati, masukkan butter dan kacau sebati lagi. Tutup api dan biarkan aje.

Meringue telur putih dan gula halus dahulu. Saya letakkan krim of tartar kasi cepat kembang. Pukul kembang betul2 tau sampai tak jatuh dr bekas. Petuanya segala peralatan yg digunakan jgn ada sedikit pun air. Termasuk telur putih tu, jgn terkena air atau telur kuningnya. Mesti cepat kembang!!

Pukul kuning telur sampai kembang. Lagi kembang ye..saya tak sempat tangkap gambar telur yang dah dipukul kembang. Kemudian masukkan adunan ciz tadi. Sekarang saya mula mengguna tangan jek, tak guna mixer. Sebatikan adunan.
Masukkan tepung sedikit demi sedikt dan sebatikan.
Di sini saya dah mula panaskan oven.
Ditapiskan adunan tadi ke dalam putih telur kembang tadi.

Kaup balik untuk proses sebatian. Kasi sebati betul-betul ye..

Letakkan adunan dalam loyang..comot skit aa..sori ye..

Letak loyang dlm bekas yg telah di isi air panas. masukkan ke dalam ketuhar yg telah di panaskan 20min pada suhu 170c selama 20min kemudian rendahkan suhu kepada 140c dan terus membakar selama 40min.

Teknik membakar bain marie atau steam bath sbb cheese sangat lembut dan mudah terbakar.

Tu dah mula naik..saya pun tak hebat lagi. Masih kena cucuk2 untuk pastikan dah masak...

Hasilnya memang gebu geban..rasa pun tak tipu..sedap..kalau sejukkan lagi sedap..anak n en.hubby mesti 2, 3 kali bedal...
Cuba lah...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...