Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Friday, February 4, 2011

GIVE AWAY!!just name ur prizes

Bukan tak ada idea, cuma malas nak berkarya. Perut sakit jek dari tadi..bila dah ok rasa macam nak join apa-apa aje..blog yang paling bagus sebagai rujukan adalah Maira suka CGL.




Memang berlambak contest atau giveaway yang dia join. Jadi, tentulah juga kita boleh join sekaki.



Aku cuba GA ini dulu. Simple dan menarik, boleh pilih hadiah gitu. Due date: 1 march 2011. Tapi, haruslah ada syarat-syarat untuk penyertaan, tak susah la..betul..tak caya? KLIK DI SINI

Adik ni suruh tag semua follower aku. Jadi, akak rasa siapa yang jenguk blog ni dan siapa yang sudi rasa nak join, join lah..sumpah akak nora tak paksa tau.

Akhir sekali, salam kenalan dari Akak Nora.

Hadiah yang akak pilih :

a box of choc + quillings

jgn lupa pos ya...(har..har..har..budget sure dapat konon-konon nih..)

Kesilapan semalam

Baru sekarang aku berpeluang menarikan jemari ku di atas papan kekunci Ms.lappy. Dari pukul 8 sampailah 2.30 petang tadi, en.hubby busy update detail player team bola dia dalam ps2. Memang samapi tertidur-tidur aku menunggu ms.lappy pulang ke pangkuan ku. La ni..en.hubby pula yang tertidur-tidur lepas menyantap daging goreng cicah air asam tadi.





Semalam kami dah beli susu untuk menambahkan khasiat kepada badan kami. Izzat dengan susu untuk budak berumur 3 tahun, en.hubby dengan susu untuk elak reput tulang..hehe..





Aku atau adik soleh punya susu yang nak di beli ni? Akak berfikir semalam..bukan apa, akak rasakan susu badan dan berkurangan. Penat kot..Kesian kat adik kerana dia belum boleh makan lagi. Akak tak berani lah macam setengah orang tu buat. Baby umur 4 bulan pun dah di beri makan. Tapi, nak bagi susu pun adik bukannya nak minum pakai botol. Aduh..lama juga akak nora berfikir di situ. Akhirnya, akak mengambil keputusan untuk mencuba Anmum-Lacta, Khas untuk menambahkah khasiat bagi ibu yang menyusukan bayi. Akak dah pegang kotak besar, tapi takutlah tak terminum. Lemah sikit bab susu-susu ni. Akak ternampak kotak kecilnya dan berperisa coklat pula, ok lah tu.





Bila dah tiba masa, aku pun menjalankan tanggungjawab. Susu izzat sudah dibancuh begitu juga untuk en.hubby. Tibalah untuk diri ku pula. Dah jumpa bekas untuk menyimpan susu, aku pun nak koyakkan kotak....sekali....



Aku terus tengok gambar pempuan usap perut boyot tu. Ni susu untuk makbed n lekat lekit ni..aku dah lepas dah..aduh..macamana leh silap. Tapi, tak salah pun kan. Akak bantai aje..kira berkhasiat la tu. Takpun bersedia untuk akan datang..(bukan dalam masa terdekat tau....). Setel lah masalah kecik tu.




Semalam juga akak nora menghubungi kakak di kampung. Bertanya khabar, kerana masa akak bertolak balik dari kampung, emak masih tidak sihat. Dan akak dapat tahu adik dan abang akak nora dah pula beraya..bercutilah.



Bila talian disambung, Akak nora pun memulakan perbualan.



"Kami kat Lumut ni, tidur kat sini. Semua ikut...esok balik lah.."



Uwaa...ini bermakna akak nora aje tertinggal di sini. Bukan akak nora tak pernah sampai ke Lumut tu. Dah jenuh dah..cuma kan seronok bersama keluarga. Tapi, nak buat macam mana, bukan rezeki akak. Akak nora pun tak terasa apa walaupun kekadang terasa..(apa dah...). Malam tadi, akak nora ajak en.hubby gi order Domino. Jadi, kami ngap-ngap sambil tengok cj7 di TV3.

Thursday, February 3, 2011

Lupa lagi..(mentang-mentanglah tak berjanji.

Wa...Gong Xi Fa Cai la hari ini. Teringat masa aku tinggal di Malim Nawar dulu. Masa tu, keluarga aku saja keluarga Melayu yang tinggal di penempatan itu. Rasa nak menangis bila malam sebelum raya cina. Tepat pukul 12 malam...wargh..!!! bunyi mercun bertalu macam meletup kat tepi telinga je. Aduh...bukan 1 rumah banyak wo...tepi, belakang..nasib baik depan hutan. Kalau tak keliling rumah la jawabnya. Tapi, yang bestnya pulak..tak payah beli limau lau..berkotak-kotak dapat..kah kah..
Hari ini en.hubby ajak gi beli barang rumah. Mana lagi..Tesco Shah Alam la. Jadi, aku ni bangun la awal ( hehe..awal sikit dr en.hubby la kiranya). Nak masak sarapan, memang stok dah tak ada. Buatlah karipap sardin. Buat alas perut. Pasal en.hubby ajak makan luar hari ni.
Dah siap semua, aku jenguk Adik Soleh yang sedang lena tidur lagi. Saja-saja aku seru nama dia, kira kejutkan dia la. Dia buka mata sambil tersenyum...baik kan dia...Buka seluar dan baju, nak mandikan dia.
Emmmhhh..patutla tersengih. Dia dah bagi ‘hadiah’ pagi-pagi lagi. Jadi, adik dah siap. Lepas tu abang Izzat pulat. Siap mandi. Dia minta makan nasi pukul 9 pagi. Jadi, penyelesaiannya...goreng telur berkuahkan kuah lemak udang semalam. Selesai abang pula. En.hubby tak bangun lagi tu. Aku pula pergi mandi bersiap. Siap mandi, en.hubby tak bangun lagi tu. Tik tok tik tok..jam kul 10.30. Adik tidur semula dalam buai.

Apa-apa pun, adik kena ambil ubat untuk mengelakkan dia dapat simptom-simptom macam dulu.


Ketika ini, kami semua dah bersiap. En.hubby sibuk nak mandi. Jam dah pukul 11.30.

Pukul 12.00 baru masuk kereta nak bergerak. Nasib baik mood budak-budak ni ok. Adik tetap menjaga keunggulan muncungnya.

Sampai-sampai...boleh tahan juga Tesco waktu tu. Ye lah..cuti kan. Mereka memanfaatkan cuti yang diberikan. Memang ramai sampai troli pun habis. Nasib baik en.hubby sempat sambar troli siap tempat baby tu. Aku tengok dah stok bawa bakul pun ramai. huhu..


Keluar-keluar je..dah pukul 3 lebih. Wah..perut akak dan dan berbunyi. Perut hubby mesti lagi hebat. Menunggu la dia ngajak makan di mana. Sekali dia kata...


"Balik rumah ni nak masak apa..?"


Serba salah juga aku. Kalau aku berkeras nak makan kat luar kot nanti tak selesa. Yelah..anak dah penat. Sebenarnya, aku pun penat. Kalau ada apa-apa di rumah memang aku masak dulu sebelum keluar. Sebab bila dah balik nanti penat, tambahan nak layan kerenah anak.


Tapi, macam akak cakap dulu. Akak tak reti merungut. Balik aja..akak terus ke dapur. Bersilat, berkungfu...adik dah tertonggeng-tonggeng meniarap atas tikar. En.hubby sibuk punggah barang dari kereta. Abang Izzat dah pengsan dah. Siap semua, akak nora mandikan adik Soleh dan tidurkan dia.


Sekali akak nora tengok semua hero kecundang di medan pertempuran. Ceh!!!



Lauk akak masak dalam oven je...ting!!! masa dah cukup. Tapi, kenapa sejuk je bekas ni, bila akak nora sentuh. Arghhhhh!!!!! Suis tak tekan!!! tunggulah lagi setengah jam..Nasib baik depa tido dengkuq no...

Wednesday, February 2, 2011

Akak Nora Ber'asap'kan dapur..

Semalam, aku proses bersihkan rumah. Habuk seinci. Baru 2 minggu tinggalkan rumah kat en.hubby. Busy jawabnya...jadi, makan pun en.hubby main order je pasal aku dah tak larat nak masak.

Hari ini, bermulalah akak nak berasapkan dapur. Bermula dengan sarapan, donat. Takut jugak nak buat. Pasal, memula buat dulu, buat dengan emak dan kakak aku. Maklumlah, aura bergandingan dengan orang otai di dapur kan. Menjadi..pastu ada sekali aku buat sorang-sorang. Pe lagi..macam biasa, boleh baling kat dinding. Semalam, Izzat dah bising ‘donat...donat..’. Nak senang belilah, tapi nak pergi pagi-pagi tu. Leceh la..adik Soleh dgn Izzat syok tidur lagi masa tu.

Dengan berhati-hati akak cuba ikut 100 peratus resepi yang Akak Nora dah hafal tau dik-non. Langkah demi langkah..tiba bab kena terap acu. Selalu aku acu tempa pakai tangan je. Tapi, Mak mertua aku ada berikan aku satu acu donat, cepatla sikit kerja. Adik Soleh meragam pulak. Menggelupur aku mengecap. Senget benget..lantaklah. Menggoreng pun sambil dukung Adik Soleh. Tapi, Alhamdulillah...menjadi donat aku..sampai malam Izzat ulang alik ke dapur cari donat.

Tinggal kat umah yang agak tak berseni sikit. Yang comel-comel hantar ke rumah mak mertua dan kakak ipar belakang rumah aku ni. Biar selera mereka makan dapat yang comel. Lebih ikhlas kan.. Izzat dan ibunya bukan tengok rupa..hehe..ngap aje.


Emak balas mangkuk aku dengan nasi goreng dia. Kalau tengok biasa je, sayur pun guna kacang botor yang ada ditanamnya. Gelap pasal berkicap. Tapi kan....rasanya aduh..memang tak leh nak kata apa. Sungguh terangkat..pernah aku cuba masak stail dia ketika tinggal di rumahnya. Bahan dah betul tapi rasa tak kena..hebat la emak en.hubby ni.



Tiba masa akak nora korang ni nak masak tengah hari pula tadi. Huhu..akak terjumpa bukti yang akak tak ke dapur dalam masa yang lama. Agak-agak apa?

x

x

x

teka lah weh

x

x

Bawang yang dah berpokok.
psssttt...kalau tanam bleh jadi daun bawang yang guna masa masak tu ke?



Baru hari ni akak nora ber 'heartbeat'..


Tepon...kami datang..

tepon...kami datang...

membantu hewan dalam susahan,

kami tak besar, kami kuat...

eeeeee.....lopek..

samatkan tikus..!!!


Lagu ini dinyanyikan dalam pelat oleh Muhammad Izzat Yusuf. dah penat dia dah tertidur sekarang.


************************************************************************

Akak nora tengok blog sorang-sorang dah ada heartbeat ni. Memula akak buat tak kisah je dik-non. Tapi ada setengah blog ni makin serius pulak..hehe. Tiba-tiba akak dipertemukan dengan blog yang buat tutorial cara nak join affiliate heartbeat ni. Tapi, akak nora pun tak sehebat mana. Baru hari ni nak melangkah terkinja-kinja dengan heartbeat ni.



Alhamdulillah, dapat sudah...ada banner cantik warna pink. Hehe..tentang earning income, akak belum pandai sepenuhnya. Tapi, Akak nora percaya ada yang lebih hebat dari akak. Cubalah bagi sesiapa yang BELUM CUBA tau..



Ataupun boleh singgah blog Deqlis ni. Memang jelas tutorial dia.
Jadi, sesiapa yang singgah blog akak nora boleh la ber 'heartbeat' bersama akak ye..klik saja di banner yang mana sempat..huhu

Akak Nora dan spek baru, Nampak benor dah tua nyer..power kerabunan dah makin bertambah..huhu..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...