Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Wednesday, February 2, 2011

Bila bergelar ibu...

Bila dah bergelar ibu, macam-macam sifat yang dahulunya lain kini berubah. Mungkin dulunya penggeli tapi, sekarang dah menghadap anak sendiri, nak suruh siapa lagi? Lainlah bagi mereka yang berbibik. Tapi, Alhamdulillah aku bersyukur anak-anak aku masih dalam jagaan aku sepenuhnya.

Aku ni masa remajanya terkenal dengan sifat penggeli. Memang geli. Emak aku takkan lupa satu peristiwa yang berlaku dulu. Ketika itu, aku sedang makan nasi sambil menonton TV. Tiba-tiba siaran betukar ke rancangan National Geographic, kisah tentang ular. Masa tu cantik je ular tengah berusaha nak menelan tikus. Pergh...kembang tekak aku...lari ke tandas keluar balik nasi yang dimakan tadi. Bila bercerita bab geli geleman, citer ni mesti keluar dari mulut emak aku.

Pernah masa kecik dulu, aku geli dengan air liur aku. Bila banyak je dalam mulut, aku ludah. Tapi tak ada la aku tuih-tuih ikut suka aku di mana-mana je. Kang geli pula orang tengok aku..hahaha. Satu hari, kakak kepada kawan aku menegur sikap aku. Aku ni memang bukan jenis melawan. Terus insaf aku ketika itu bila dia kata ‘tak baik ludah-ludah macam tu tau’..Maklumlah sekolah rendah lagi ketika itu.
Bak kata en.hubby, bila seorang wanita bersalin banyak urat terputus, termasuk urat geli nya ..ye ke? Tapi, memang sifat-sifat dulu dah tiada dalam diri ini. Ular makan ular balik pun aku leh makan cekodok lagi. Anak buang air besar tercicir kat rumah pun tiada masalah. Tapi, tahan bau aje lah..tambah-tambah kalau Abang Izzat yang buat...pergh!!!
Lagi satu yang aku buat, dan rupa-rupanya mak aku pun tak berani buat ialah..sedut hidung baby aku yang berhingus. Kisahnya bermula ketika kelahiran anak sulung aku yang suka selsema ketika usia 3,4 bulan. Manalah dia pandai nak hembus hingus lagi. Bila dah penuh kan mereka macam lemas sikit. Aku beli alat untuk sedut hingus yang dijual farmasi. Macam hampeh je..emak aku kata ‘kalau boleh, sedut je’. Aku yang tak sampai hati tengok anak susah bernafas terus la buat..

Gila ke aku nak telan...buang la. Cuma terkadang, agak tertinggal ‘masin-masinnya’. Tu pasal bila anak selsema aku pun selsema. Bila dah 1,2 tahun barulah abang izzat pandai buang sendiri. La ni masa untuk adik Soleh pula. Boleh dia bantai muak susu ikut hidung, menangis la pedih hidung dia. Pergh...rasa muak muntah kat mulut. Nak gi kumur-kumur, adik perlu ditenangkan dulu. Bersabarlah aku...
Itulah secebis kisah aku apabila bergelar ibu. Mungkin diluar sana lebih hebat pengorbanan mereka sebagai ibu. Apapun kita doakan semoga keluarga kita selamat sejahtera di dunia dan akhirat

Adik Soleh dah sihat Alhamdulillah. Gambar ni menunjukkan dia berusaha nak tegakkan leher. hehe...

Tuesday, February 1, 2011

Contest : Akak Nora dan Viva Putih


Wargh..akak nora nak join contest ni. Jumpa kat blog Makbed..(makbed lagi..). Untuk adik penganjur, akak nak gitau ni ..Akak Nora join ni..boleh tambah kawan kan...lagipun akak nora nak sokong usaha adik yang bersemangat ni.
Kalau ada yang berminat, boleh cek di blog beliau dengan klik ke banner di atas ya..
Gambar ini diambil ketika akak nora mengandungkan anak kedua akak tau. Lebih kurang dalm 5 bulan atau 6 bulan usia kandungan akak ketika itu. Silalah tengok
X
X

X
X
X
X
X
Hehe..dah lama nak buat gini
Jeng..je..jeng..

Eh..bukan gambar ni..ni anak-anak akak dengan model kenderaan mereka.

Inilah gambar yang akak nora cakap tu. Seksi tak masa nih...hahaha

Apapun salam perkenalan dari Akak Nora ya

Masa untuk tag

kertas a4 blog

gen2merah

lekat lekit girl

p/s; jgn hampakan akak ya...

Teruskan Menyokong Akak Nora..


Hari ini, angka cantik untuk jumlah follower blog Akak Nora nih. Ada 77 orang. Aku katakan angka cantik ini kerana en.hubby suka sangat nombor 7 ni..hehe. Memang la tak berates apatah lagi nak beribu riban. Namun, aku teruja kerana menunjukkan masih ada yang sudi menjenguk blog Akak Nora yang tak seberapa ini.
Buat kawan-kawan akak nora
terima kasih
kerana menyokong akak nora ya..




Mengimbau kembali masa zaman bermulanya aku berblog. Bermula ketika aku selalu masuk dan baca blog rakan sekelas ketika menuntut di Uitm dulu. Dia bukanlah blog tegar kerana ketika saat ini hanya lah 12 follower dia. Up date blog pun jarang sekali. Tapi, entahlah aku suka membacanya. Mungkin kisah hidup seharian dan mungkin aku baru menjebakkan diri dalam arena blog.

Jadi, terdetik dan terpengaruh nak ada blog sendiri juga. Korang semua jangan tak tahu..berpulun aku nak mencipta akaun blog sendiri. Yang terlintas hanyalah ‘blogspot’. Akak nora siap tengok video tutorial dia dik ooiii...

Perlahan-lahan aku mengikuti langkah-langkahnya. Dengan berhati-hati mengisi form yang disediakan. Hinggalah terbit blog aku nih. Masa tu, guna aje page yang dah sedia ada. Bermulalah aktiviti berblog aku. Tapi, masa tu tiba-tiba saja aku jadi ‘blur’. Nak taip apa..nak cerita apa? Kawan blogger? Memang tak ada langsung..istilah follower , aku cuma faham ‘pengikut’ tapi tak mengerti lagi. Sungguh zero ketika itu. Apa yang aku tau post entri, masukkan gambar pun terkial-kial weh.

Lama juga aku belajar. Bukan tak ade bertanya kat orang. Maklumlah mungkin tersilap tempat bertanya. Semua tak tahu..yang berblog pun kata, diorang punya pun orang lain buatkan. Aduh..merangkak betul aku ketika itu. Bab paling kritikal nak tempekkan iklan dan code html. Masa tu memang tak faham istilah-istilah ni..URL pun aku tak tahu dulu.
Tiba-tiba, blog aku ada follower. Takkan aku lupa follower pertama aku, GreenAppleKu. Sekarang dia dah up sikit dengan domainnya. Dia dah jauh ke depan, dah makin hebat. Aku masih di situ. Entri pun macam tak ada jiwa. Hehe...hinggalah aku di jembut buat pertama kali masuk contest oleh Gen2Merah. Haha..seharian juga aku siapkan contest pertama yang aku join, “gambar candid contest”. Tersenarai top 5 tapi tak menang. Tapi, aku suka. Kerana di sebabkan itu aku belajar macam-macam. Dalam berblog ni aku suka jenguk blog Makbed. Dalam diam aku banyak belajar dari blog dia. Inilah insan-insan yang membantu aku dalam tidak sedar.hehe..terimakasih Akak Nora ucapkan. Terasa diri ini tak keseorangan.
Bila aku dah betul-betul faham, aku mula berjinak-jinak mengenali blogger lain, blogwalking, masuk contest itu dan ini, haa...daftar Nuffnang jugak. Hehe..yang paling membanggakan bila aku jumpa blogger yang sudi mengajar apa-apa yang berkaitan dengan dunia blogging ni, seperti Nur, member baru aku. Sharing is caring...dan dari akak nora, Thanks for everything...
Akhir sekali terus lah menyokong, menyinggah dan menegur Akak Nora dengan komen-komen anda ya.

Dan maafkan diri ini seandainya jemari ini menaipkan ayat-ayat yang kurang menyenangkan di ruangan blog anda. Akak pun manusia, mungkin tak sedar masa tu.

Makassar..?


Masa dalam perjalanan balik ke Subang, en.hubby menyatakan emaknya melancong ke Sulawesi bersama pak cik dan makcik en.hubby yang ke sana atas urusan perniagaan. (Mereka memang kuat bisnes). Semalam, malam emak en.hubby pulang.

Jadi, macam biasa dia datang ke rumah dengan ole-ole.

Baju t'shirt tu untuk en.hubby dan Izzat Yusuf. Baju Akak Nora? ish..akak bukan jenis ambil hati. Dapat coklat tu pun dah sedap sangat. Mungkin terkena dengan mood sekarang nak makan coklat. Waduh..sedap bangat sih..hehe. Kacang telur dia pun boleh tahan.

Yang buat akak tersenyum, bila mak akak cerita tentang harga..."takut mendengar harganya, besar sangat nilai nya.." yalah..kat indon kat guna ratusan ribuan jutaan rupiah. Hehe..

Akak post gambar siap price sekali, memang banyak angka untuk harganya kan. Yang tak tahan lagi tu, baju Izzat yusuf mahal sikit dari baju abahnya. Hehe..

Jadilah..kalau tunggu akak, entah bila nak sampai ke situ kan...

Monolog Hingusan

Menghadap kekabutan dalam habuk berterbangan,
Memerah keringat berjuang dalam kehidupan,
Agar aman hidup ku dalam kebersihan,
Namun aku dihampiri dugaan,
Kepala sakit nan hidung mula berhingusan,
Diserang musuh yang tak pernah meninggalkan,
Itulah dia alergi yang menderitakan.
p/s: Sekarang akak nora nak blogwalking..banyak entri best aaaa...apa pun jangan lupa singgah dan tinggalkan pesanan ya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...