Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Wednesday, January 5, 2011

Bloglist Istimewa Untuk Blogger Baru



Jumpa Banner cute ini di Blog Makbed. Nak tahu dengan lebih lanjut klik aje banner tu ya..


Menurut pihak penganjur..peserta mestilah meminati dunia blogging dan tidak sombong. Follower juga mestilah kurang dari 300 orang.


Aku suka blog ( kalo ada masa lah..bz dgn si keciksss..)

tapi, sumpah aku tak sombong. Semua yang follow aku, aku follow balik dan aku suka follow sapa2 yang berkesempatan..tapi aku malu nak ajak follow..(ajak singgah ada lah..).

Aku malu pasal...aku sedar blog aku tak seberapa..huhu(rendah diri yang menjurus kepada kurang keyakinan)

Tapi, yakin boleh...aku usahakan juga.


Apa-apa pun terima kasih kepada pihak penganjur yg sungguh berbesar hati buat bloglist tu..saya sokong sangat-sangat..


Dia suruh tag..aku tag...emmmm..sapa yg kurang..sume hebat-hebat

ko je lah Natasha Aimee..kalo ko minat aaa

Tuesday, January 4, 2011

~ Saatku Milikmu Contest ~

Sedang nyaman berjalan-jalan dari rumah ke rumah blogger. Mata ku terpana dengan seorang sahabat yang menyertai satu contest yang romantik je namanya “ Saatku Milikmu”. Tetiba gatal tangan mengklik untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang contest tersebut. Saja nak mengaktifkan jari berblog dan mencari kenalan untuk bertukar-tukar pandangan, mungkin diperlukan suatu hari nanti. Contest ni aku dapat dari blog Aku Ibu Muda.


Untuk keterangan lanjut, klik aje lah banner di atas ye..

Kisah aku bertemu hubby agak berpusing-pusing nak ringkaskan pun aku naik pusing. Aku cuba mudahkan ye..bermula ketika aklu menuntut di Uitm, Shah Alam. Aku berkawan rapat dengan minah berdua ni (salah seorangnya adalah sepupu kepada hubby ku). Yang seorang ni selalu berlagak yang dia cantik..ye lah aku bukan putih gebu. Yang selalu kena adalah aku..ada lagi ke member gitu?


So, sahabat seorang ni kasihan kat aku dia pun ajak aku berlakon untuk sakitkan hati member berlagak tu. Bermulalah aksi missed call yang dimulai oleh sahabat aku dengan menggunakan hp aku (jenama sagem woo.. time tu). Dia kata itu abang sepupu dia, pernah kecoh nak cari member kat Uitm. Ceh..


Malamnya, abg sepupu nyer tu menelefon aku untuk bertanya nombor siapa, kenapa call dia (eleh..zaman ngayat..maklumlah caller perempuan). Aku ni memang lurus bendul, aku nyatakan je lah yang betul. Termasuklah sepupu dia yang miss call. Jujur bebenor kan..Sejak itu bermulalah aksi sms dan telefon menelefon antara kami selama setahun lebih dalam tahun 2001. Kami tak pernah bersua muka.


Sehinggalah suatu hari, abg nak bertemu adik sepupu di Central Market. Si adik mengajak aku..tergezut la wei..aku paling takut lelaki time tu. So, automatik aku matikan telefon dan pergi ke KL bersama kawan aku yang berlagak tu.


Bila bertemu..alahai ketotnya. Berlagak macho pulak. Memang dia tak pandang aku, dia asyik tenong member putih gebu tu jek. Aku diam aje lah..memang tak banyak cakap. Minah comot lah katakan…Si member siap cakap “tak padan dengan ko lah Sha”. Malu dalam hati Tuhan je tahu..lantak aje lah..

Namun persahabatan di dalam masih di teruskan, kali ini aku terpaksa auta sikit. Bukan apa kesian kat adik sepupunya.


Tup..Tup…Tup..dipendekkan cerita. Masa aku nak daftar masuk sem baru, aku stuck kat depan Central Market..dengan beg besar. Bingungnya aku..tak de sapa nak minta tolong..rasa nak nangis..nekad aku nak menapak cari bas..payah pun payah lah dengan beg besar gedabak tu. Tiba-tiba macam ada kebetulan di situ, si abg menghubungi aku. Saja-saja telefon..yang aku tengah tertekan ni cerita la satu persatu. Rupa-rupanya si abg ada di sekitar situ. Baru habis kelas..


Rupa-rupanya, dia intai aku dari jauh dengan cara menelefon aku dari jauh dan melihat perempuan mana yang angkat tel. So, aku terperangkap dan berjumpa lah kami buat kali pertama. Ayat yang tak boleh aku lupa “Macam pernah jumpa”. Aku diam aje..dia mengajar aku cara-cara naik Komuter manakala dia membantu aku bawak beg besar tu ke Uitm.
Bila dah jumpa, selalu lah dating…tapi belum declare pape memang kami agak menjurus kepada persahabatan. Hinggalah identiti aku terbuka juga..macam mana cerita, memang kelakar kalau ingat balik. Nak cerita pun tak boleh pasal pjg sangat.


Aku declare ngan dia pun pasang aku yang buka mulut dulu..aku kata, aku malas nak kawan lama-lama tapi putus di tengah jalan. Dalam hati ni dah mula rasa sayang, jadi aku nak tau apa dia anggap aku. Pergh..memang berani maut time tu pasal aku dah bosan dengan lelaki sampai menjadikan aku takut dgn lelaki. Rupanya dia malu nak kata apa-apa dengan aku sebab dia rasa dia taklayak dengan aku. Actually, secara tak sengaja aku dah ter..kenal keluarga dia dahulu masa mengikut adiknya ke kenduri saudaranya. Aku terpikat dengan keluarganya jadi aku yakin aku dalam keluarga yang boleh membimbing aku.


Cerita macam senang kan, banyak ranjau yang kami tempuhi..putus berapa kali. Ada dalam 6 kali kot, eksiden patah riuk ada dlm 11 kali kot..memang banyak dugaan. Nak bertunang pun ada juga halnya, sampai mak dia turun dari Shah Alam ke Perak nak tanyakan kat aku nak ke kat anak dia yang dah meroyan tu (masa tu nak putus lagi dah) dalam 5 tahun juga kami berkawan..Tak ade apa yang gempak masa kami nak bernikah kerana dalam nak nikah tu masing-masing kerja lagi. Hehe..Cuma ada sikit sayu..pasal ingatkan tak jauh dah hubungan kami. Rupanya masih ada sinar ..cuma matangkan diri hadapi segala kemungkinan

haha..tulah kata orang JODOH TAK KE MANA..Kami dah dikurniakan 2 orang putera dalam tempoh 4tahun perkahwinan.

Aku bertunang : 17 Sept 2006. Memg budget, semua sendiri..make-up pun sendiri, hantaran pun sendiri gubah..Aku memang simple.

"Diikat" oleh mak mertua aku.

Inilah suamiku tercinta, Mohd Shah Idham.

Selesai dinikahkan pada 17 Mac 2007.

Memang sendirian bhd aje. Aku tak suka lebih-lebih. So letak apa yang patut je..yang pasti Alhamdulillah..selamat sudah..

Yang ni memang lebih sikit..sikit jek..kening pun tak nak cabut tau!!

Doakan kami bahagia ke akhir hayat dunia dan akhirat ye..

Buah hati kami.

Muhammad Izzat Yusuf : 21 Feb 2008

Muhammad Irsyad Soleh : 6 Okt 2010

Memang tak sedar yang aku ni tengah buat entri contest..maaf kan saya kalo berlebih dari yang terlebih..sambil-sambil masuk contest, leh juga kongsi cerita..ye tak..tapi ada jugak keinginan nak menang...fuh!!! mintak2 lah menang..hehehe

Hmm....

Aku baru balik dari Seksyen 15, Bandar Baru Bangi. Sebenarnya, en.Hubby mengajak ke rumah kakaknya yang dah berpindah ke sana. Sebelum ni, mereka sekeluarga duduk serumah dengan emak aku. Lama jugaklah..sampai anak kedua ni berumur setahun lebih. Lalu mereka berjaya juga mendapat sebuah rumah yang diimpikan di sana. Berpindahlah mereka ke sana. Foto-foto tak dapat nak disertakan kerana aku di kelilingi dengan ahli keluarga yang tak suka berfoto. Jadi, usahkan foto kandid, foto curik pun payah..berperamlah kamera yang sentiasa aku bawa dalm beg tangan.

Al-kisahnya, hari Rabu ni, abang ipar aku tu nak ke Paris atas urusan kerja. Bukan sekejap, dalam 2 tahun jugalah kalau tak salah aku. Hmm...berfikir juga aku. Aku yang duk kampung seminggu ni pun dah rasa semacam terfikirkan en.hubby di sana. Hebat betul orang yang bekerja jauh-jauh ni. Tapi, ye lah...nak tak nak, urusan kerja kan..Lagipun kakak ipar aku bukan jenis duk rumah atau suri rumah seperti aku ni. Dia memang tak reti duduk diam. Keluar rumah pagi-pagi dan pulang semula pagi jugak, lebih kurang pukul 1,2 pagi gitu. Itu pun buat aku terfikir...aku nak tinggalkan anak aku sekejap pun sayu..dah makan ke mereka, sunyi tak mereka...ish, memang kalah lah cara hidup begitu dengan aku. Macam mana ni...dulu masa aku bekerja pun, tak terasa sangat pasal bos aku benarkan aku bawak anak ke tadika dengan alasan dia menyusu badan dan waktu kerja pun tak lah lama sangat..jadi aku puas hati juga anak aku masih dalam jagaan aku. Sekaligus dia sama-sama belajar kat tadika dalam usia 2 bulan lagi. Hehe..

Nak seribu daya, tak hendak seribu dalih kan..jadi, walau pun duduk di rumah..aku isikan pelbagai ilmu untuk dimanfaatkan. Janganlah pandang serong kat surirumah seperti aku ni..Aku tau lah aku tak dapat membantu ekonomi keluarga dengan megahnya. Tapi aku berusaha memegang jawatan Menteri Kewangan rumah dengan sebaik-baiknya.

Jadi sesiapa nak tempah baju kurung yang murah..RM22 sepasang..boleh la gitau saya ye..Saya menawarkan perkhidmatan bagi mereka yang tinggal di sekitar rumah saya di Kampung Melayu Subang ni...hehe jauh pun boleh jugak..tapi khidmat pos tak ditanggungjawabkan..ahaks..tetibe je..aku nakletak banner ke iklan ke..tapi masa belum mengizinkan..so, promote dari mulut ke mulut je. Yang rajin promote..mak mertua aku. Heee..tanx la mak..

Kenapa murah..? jawapan aku..saja je..nak jalankan mesin jahit yang aku beli mahal-mahal tu. Biarlah dia berbakti sikit..baju kurung aje tau..kerana aku pencinta baju kurung sampai tak nak jahit baju lain..(Padahal, malas nak susah-susah)...

K lah, mata dah datang kelat-kelat kantuk..jumpa esok ya blog..

Monday, January 3, 2011

Hormon ku tak stabil lagi..

Kacau bilau betul hari ini. Walhal bukan anak aku yang nak pergi sekolah..aku pun dah lama meninggalkan arena perguruan. Hm..memang pagi-pagi lagi sebelah rumah aku ni dah bising dengan pelbagai bunyi kenderaan. Termasuk jugalah lori sampah.
Sebenarnya rumahku terletak di jalan utama menuju Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu Subang. Di sebelah rumah aku ni pulak, sekolah agamanya dan ada sebuah tadika. Huru hara aku tengok pagi ni. Nekad aku bila nak hantar anak aku gi sekolah nanti.."Kita jalan kaki je lah ye.." Aku dah merasa dulu, tersilap jalan ikut jalan sekolah ketika budak sekolah pagi habis waktu persekolah. Perghh..!!! rumah dah hujung hidung je nampak..tapi jem sampai 1/2 jam siap bergesel ngan van sekolah..(masa tu, bawa Waja..baru sgt lagi memandu)nasib baik kat side mirror je tau. Memang haru-biru coklat hijau kelabu taik anjing..bak kata mak aku.
Tapi, itu semua aku tak lalui lagi dalam masa terdekat ini. Kenapa rasa mengong je...malas ke? Aku dah motivate jiwa dan raga supaya rajin hari ni. Cuma badan macam lemau. Mungkin kesan bleeding..ceh ayat..mcm mengandung lagi.
Selepas aku berpantang, aku di datangi bulan mengambang macam biasa..subur sangat ke? Dah tu, makin aku hairan..kerana kedatangan biasa seminggu di ikuti dormal 2,3 hari dan datg semula untuk seminggu dan begitu seterusnya sehingga hari ini dalam masa sebulan ni lah.
Masalah ini telah aku lanjutkan kepada doktor peribadi aku -ceh, mcm ayat org kaya jek..dia kata masalah hormon. So, bilalah hormon nak stabil ye. Jadi lemah gemalai lemau lemauan...apa-apapun hidup mesti diteruskan...

Sunday, January 2, 2011

Apa-apa aje lah..

Sebelum entri ni di tulis...aku termenung memikirkan apa yang nak di ketak-ketukkandi keyboard ini. Hmmmm...menghelakan nafas yang panjang. Saja meluangkan masa. Berehat sebentar sebelum memulakan kerja aku yang terhenti seketika.


Teringat pula aku entri-entri yang banyak aku terlihat ketika BW hari ini. Faizal Yusuf meninggal dunia..?Innalillah..Allah sudah menyeru dia dalam usia yang boleh kita katakan masih muda lagi. Apa-apa pun kita yang hidup masih perlu meneruskan kehidupan ini. Dan kita anggap itu sebagai contoh bahawa belum tentu umur kita panjang hingga ke anak cucu. Bersedialah kita sentiasa menghadapi kematian yang sepatutnya kita rindui.


Ada juga lagi kisah pembuangan bayi yang masih belum surut masalahnya. Aku pun bukanlah insan mulia dan suci. Namun, bila kita dah buat salah, mengapa kita nak teruskan kesalahan itu lagi. Tak salah kalau kita cuba perlahan-lahan kembali ke fitrah kehidupan kita sebagai hamba Allah.


Tak dinafikan bukan senang kita nak jadi baik. Macam-macam godaan dan cubaan yang akan kita hadapi semata-mata ingin merosakkan iman kita yang masih mentah ketika itu. Percayalah kepada Allah..dan kita sematkan di hati ingin berubah ke arah kebaikan..inilah nasihat aku kepada diri aku sendiri.
Kita rasa macam kita ni orang yang baik, tapi percayalah kita juga masih ada kelemahan. Lebih-lebih lagi bila kita mula rasa bongkak dengan apa yang Allah berikan kepada kita. Nauzubillah..

Senjata orang mukmin adalah berdoa. Namun, jangan lupa timba ilmu berkaitan doa. Adab berdoa, apa yang perlu didoakan, apa yang perlu dilakukan jika doa tak dimakbulkan..marah..? tidak..bersabar..kerana Allah menyediakan yang terbaik untuk kita. Dan percaya dan sentiasa percaya kerana percaya itulah tunggak keimanan kita. Teruskan berusaha dan akhirnya kita kembalikan kepadaNya dalam tawakkal kita.

Inilah entri memujuk jiwaku yang letih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...