Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Thursday, December 19, 2013

Pertambahan umur bukan alasan BADAN SEMAKIN TUA.


BETUL..UMUR SEKADAR ANGKA...

Jika khasiat diberikan mengikut permintaan badan...

Tiada masalah dengan pertambahan umur.

Yang penting, anda sihat.

Amalkan kapsul SNE.
Kerana ia membekalkan khasiat padat yg tak mampu anda sediakan setiap hari utk keperluan badan anda.

Kapsul SNE mengandungi hampir 200 vitamin..minerak dan khasiat2 utama yang diperlukan oleh badan.

Produk SNE tiada mengandungi kimia, kolagen mahupun hormon. Ia hanya makanan yang padat dengan khasiat yang diperlukan oleh badan kita utk beroperasi dengan baik walaupun umur semakin bertambah 

Perunding SNE anda..

016 304 5373 nora



Friday, December 13, 2013

Apakah KAPSUL SNE?

Assalamualaikum.
Akak nora ada blog.
Tapi asyik sunyi.

Dari sunyi, meh akak nora share kan apa dia 
MAKANAN BERNUTRISI TINGGI
yang diberi nama SNE
atau nama penuhnya
SUPER NUTRIENT ESSENCE.

Bahan utama ialah dari biji buah SEABUCKTHORN.
Buah ini hanya ada di Mongolia.
Ditanam?
Tidak..tumbuh meliar di penara..iaitu 
Kawasan yang tinggi dari aras laut.
Jadi..bahan asasnya 100% selamat tanpa KIMIA PERTANIAN.
Kerana buah seabuckthorn buah yang tahan lasak, tahan panas dan tahan cuaca sejuk.

Ada kisahnya bagaimana buah ini ditemui. Nanti kita kongsi kemudian ye..



Sesetengah produk organik tidak sepenuhnya organik.
Kerana menggunakan kapsul dari unsur haiwan.

Tetapi kapsul SNE 100% organik tumbuh-tumbuhan kerana kapsulnya juga dari ekstrak sayuran dan cendawan.

Ia juga mempunyai nilai khasiat yg membantu membersihkan darah dan membantu dalam stabilkan kelikatan darah.


Mungkin dah biasa dengar tetapi
..macam risau je..macam tak yakin je...
Tak pe..itu lah pentingnya..ILMU..

Kapsul SNE adalah makanan berkhasiat tinggi
dan padat dengan 200 vitamin dan mineral didalamnya.
Makanan terbaik utk sel2 anda menjana tenaga menjalankan sistem badan dengan lebih baik lagi.

Secara tak langsung membantu badan anda pulih dari kesakitan yang di alami.

Anda boleh dapatkan nasihat dan penerangan
Dgn akak nora ya.
Pm 016 304 5373

Makanan hebat
Kesihatan meningkat
Kesakitan terubat.

Jumpa lagi nanti..

Wednesday, October 9, 2013

Akak Nora menaip kembali [diam-diam BERISI..hehehe..]


Assalammualaikum pembuka bicara.
Setelah sekian lama, jari jemari tidak mengetuk papan kekunci ini membentuk cerita-cerita sehari atau perkongsian apa-apa.

Tarikh terakhir coretan aku pada 13 Mac. Fuh..terlalu lama dah. Kalau rumah ditinggalkan, habuk dan sawang dah tebal dah. Alhamdulillah, setelah berbagai dugaan dan ujian termasuklah kekangan masa dan keadaan, bersyukur..berjaya memberi nafas semula. Itupun tak taulah berapa lama dan koma semula. Semoga semakin kerap dan boleh berceloteh lagi di sini.



 
Kisah pertama, mesti ramai nak tahu tentang kesihatan Soleh. Alhamdulillah, buat masa ini Soleh sihat walafiat. Cuma dia masih tidak berjalan, duduk, dan perkembangan terbaru..badannya semakin gagah boleh merangkak. Tapi, macam biasa dia malas dan tak boleh dipaksa.

Gambar ini di ambil untuk testimoni minyak zaitun tulen dari Palestin tu. Soleh amalkan makan dan diurut satu badan. Nampak Soleh ceria kan. Tapi, bukan setiap masa mood dia ok nak bergambar ceria begitu.



6 oktober 2013 yang lepas ni, Soleh selamat menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 3. Syukur Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang kepada akak nora dan keluarga bersama-sama Soleh lagi. Walau tidak di ketahui sampai bila dan ketika hayatnya di kandung badan, selagi itulah kami akan berusaha yang terbaik utk Soleh. Akak Nora tahu, ramai yang mengikuti perkembangan Soleh. Maaf, akak nora tak sempat update. Kalau di facebook tu masih boleh la update kisahnya.

Kek masih tajaan member baik di facebook.
Indulgence Choc Cake dia memang mabeles.
Dapat je...hampir separuh la 3 beradik ni makan.


Soleh masih perlu menjalani rawatan kemoterapinya macam biasa. Namun, awal ramadhan lepas akak nora hentikan. Ada alasannya, akak nora berserah namun bukan kosong. Usaha juga dengan ikhtiar lain. Cuma kasihan dia dikemoterapi dan doctor mula membincangkan pembedahan yang lain. Yang..mereka sendiri tak pasti…

Sehingga kini, belum lagi menghubungi doctor. Tapi, memang akak nora akan ke SDMC juga nanti utk susulan. Cuma kesian juga dengan soleh yang semakin sihat dan kuat. Bila kemo bermula semula, habis kembali lemah dia..doakan yang terbaik buat Soleh ya..


Dalam blog akak nora ni berehat, berbagai jugalah kisah-kisah berlaku dalam diari seharian akak nora. Menarik atau tidak itu lah pengalaman yang mematangkan akak nora.

Dan yang penting dan JANGAN terkejut…akak nora sempat menghasilkan..bukan album terbaru mahupun novel terbaru…tetapi..ADIK BARU UNTUK SOLEH…ngeh..ngeh..ngeh..sempat ko nora…
 


 Ni baru sejam selepas seharian berjuang...

Dilahirkan pada 30 Ogos 2013..tak sempat tunggu 31 ogos.
Beratnya 2.8 kg. Sejarah baby paling comel akak nora lahirkan.
Tapi, tetap kena sedut dengan vakum..huhu


 Esoknya dibenarkan pulang.
Kesan tumpah darah yang agak banyak, sungguh pucat wajah akak nora tu kan.

 Jadi..secara rasmi Iffat Yunus dah jadi abang di usia 1 tahun setengah.

 Perkenalkan...
Namanya Muhammad Imdad Nuh.

Kalau perasan, kali ni setahun seorang tu. Tahun lepas, melahirkan iffat, tahun ni imdad pula. Kesnya,  rezeki Allah nak bagi dalam akak merancang.

Ini kali pertama akak nora berpantang tanpa bantuan emak.
Syahdu juga bila terkenangkan arwah emak.

Nekad, akak nora minta izin nak berpantang di rumah kakak di Kampar, Perak.
Bukan lama pun..akak nora minta seminggu..sebab seminggu lepas kelahiran ni la agak derita sikit kan..

Syukur Alhamdulillah, hari ke 2 akak nora boleh handle sendiri diri akak nora. Baby mandikan sendiri, anak2 lain akak nora handle kan. Akak nora masak untuk diri sendiri memandangkan emak mertua akak nora masak kekeringan, kering tekak akak. 

Bukan salah dia, akak masak sendiri.
Siap semua, akak nora bako tungku.
Tapi, teringat barang2 baby di rumah akak nora yang hanya berdepan sikit dengan rumah mertua ni. Alhamdulillah..akak angkat semuanya.

Bukan tunjuk berani tak takut BENTAN.,,
dah tak ada orang boleh harapkan. Suami sibuk dengan masalah kerjanya.
Berbekalkan kapsul SNE dan BEUTSKIN ESSENCE,
produk wajib akak nora ketika berpantang memang akak nora tak makan jamu dah...
 syukur sakit pun boleh tahan memandangkan akak nora tak boleh makan ubat tahan sakit yang dibekalkan doktor..alergi..tak sanggup tahan muka bengkak.
 

Ketika ini dah beberapa hari juga di rumah kakak.
Rutin berpantang menjadi mudah kerana akak nora cergas boleh handle anak-anak.
Cuma minta belas kasihan kakak, masak dan beri mereka makan. kadang-kadang je, kalau baby tak buat hal akak nora tiada masalah.

Seminggu di sana, jahitan pun dah baik sepenuhnya, Buasir tak teruk sangat kerana baby kali ni kecil dan doktor vakum pun sekadar nak dapatkan kepalanya yang tersekat.. jadi akak nora pulih sepenuhnya. Makan pun tiada masalah, pergerakan pun cergas. Ya Allah bersyukur sangat, walau derita sepanjang kehamilan, KAU berikan nikmat kemudahan dalam berpantang.

Dan ini kali ke 2 akak nora berpantang mengamalkan SNE dan BEutSKIN Essence. Tiada supplement lain. Mak mertua pun hairan akak nora tak ada makan jamu atau akar2 kayu. Memang dari anak pertama akak tak makan sebab kesiankan baby kepanasan. Dan kesannya sungguh mengecewakan di mana kesakitan bahagian ari-ari. Ini adalah kesan kemalangan yang menyebabkan rahim akak nora cedera sikit, retak tulang punggung dan peranakkan turun.

Kini akak nora bebas dari masalah itu.

016 304 5373 kalau nak cerita lanjut ya..

kita sambung cerita lagi..

Dan macam biasa...
Soleh sangat gembira dengan kehadiran adik barunya.
semoga dengan kehadiran Imdad, menaikkan semangat Soleh untuk lebih kuat..belajar berdiri ke..berjalan..bercakap..


Jangan risau rupa Imdad,
anak-anak akak nora memang jauh sikit masa dalam pantang.



Akak Nora?
Sihat Alhamdulillah.
Ni ketika baru 2 minggu berpantang.
Bawa Imdad ke hospital cek jaundis. Masa mula-mula cek di Kampar, perak. Doktor kata akan naik lagi. Akak nora kata akak sambung cek di Shah Alam.

Tapi, lepas balik..hampir seminggu juga.
Baru kesempatan nak cek.

Mula-mula doktor suruh cek darah.
Tapi bila melihat badan Imdad dah mula merah, cuma kuning di wajah sahaja, di tambah pula G6PD Imdad normal..doktor kata tak perlu. Ia akan hilang sedikit demi sedikit.

Anak-anak akak nora semua potensi kuning. 
Sebab akak nora berdarah jenis O.
Anak sulung dan ke 2 memang tinggi.
Tak ada petua yang tak buat tetap tinggi.

Masuk ke 3 dan ke 4 ni..malas nak layan petua2 dah.
bagi je nyonyot kapsul Sne seyiap hari.
memang kesannya tidak mengecewakan selain membantu bayi kuat, tidak mudah demam, selsema, batuk ketika umur bayinya.

haa..Imdad dah sebulan dah ni.
dah ada pattern 'anak akak nora' kan..
macam la korang kenal semua anak2 aku ek..
hahaha..


Dengan rasminya..
tukang kemas rumah dah semakin ramai...
Alhamdulillah..

Dah lama tak mengetuk laptop..sedar tak sedar dah meleret akak nora membebel..teruja beb...apa2 post ni dulu.

tak sabar nak tengok post baru di lembaran blog ku ini..

InsyaAllah..kita jumpa dan sharing2 lagi ya...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...