Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Saturday, May 14, 2011

Sedetik menjadi guru...

"Cikgu jahat...cikgu jahat,." itulah perkataan yang paling aku tak boleh lupa sepanjang karier aku menjadi Guru Tadika. Kejadian awal tahun. Maklumlah, budak yang tak pernah datang sekolah. Murin perempuan berumur 5 tahun, melalak bila kakinya mencecah lantai tadika. Bila emak atau ayah dia pusing nak balik. Lagi la mengilai...

Yang aku tak tahan tu..bila aku pujuk..dia kata aku jahat. "berkenalan pun belum lagi..macam mana awak tahu cikgu ni jahat..ishhh..."

2, 3 hari jugak dia buat hal macam tu. Dia lain dari yang lain. Tegar tangisan nya tak boleh dipujuk. Langkah terbaik...aku kurungkan dalam bilik. Nak keluar kena diam dulu.

Ada juga bagusnya murid ni..dia faham dan mengambil tindakan yang bagus. dia diam dan keluar dai bilik kurungan. Memang aku tak suka memukul..walupun hanya acah-acah. Sebab..tangan aku ada 2 biji tahi lalat. Depan dan belakang tangan. Orang kata kalau kena..mesti bisa pada orang yang terkena tu...Ha..sudah, akak nora bawak fahaman mengarut. Tu orang yang kata, tapi..memang aku tak suka menggunakan istilah memukul. Biar mereka nampak aku garang.

Masa berlalu, dan murid bernama Aisyah tu makin terkawal. Dia murin bawah pengawasan aku kerana aku mengajar murid berumur 5 tahun. Dari yang aku kaji, dia ini lemah. Agak lambat menerima pelajaran. Tapi, aku puji dia..semangat dia kuat. Bila bagi kerja, tekun dia buat. Baguskan..kalau anak-anak kita begini. Atas ketekunan dia tu, dia makin maju. Mak dia selalu bertanyakan aku tentang kemajuan anak dia. Jadi, aku khabarkan yang sejujurnya. Emak dia pun mengiyakan. Di rumah, sungguh-sungguh dia buat kerja rumah dan membaca. Nama aku sentiasa di mulut dia.

Dialah murid yang selalu bawak kek coklat untuk aku...sampai muak wo...tapi, memang sedap. Dia kata ibu dia masak.

Tahun sebelumnya, ada seorang murin perempuan..jangan terkejut. Nama dia Aisyah juga. Pendiam sangat..terseksa nak dengar suara dia. Kalau buat latihan membaca, macam nak letak microfon kat mulut dia.

Dia anak tunggal. Bila sampai birthday dia..ha..meriah betul mak dia buat. Kek besarnya..mcD untuk bebudak tu apa nama nya..tetibe lupa..ha dapat sekotak sorang..paling tak tahan aku pun dapat, izzat pun dapat woo..ye lah masa tu aku mengajar sambil mengasuh izzat. Tu pasal izzat 2 bulan dah masuk tadika huhu..

Aisyah yang ini terlalu mengenang jasa. Dia dah darjah 2 pun dia singgah tadika untuk hantarkan hadiah untuk hari guru kat kami. Siap kek sebiji tu.

Itulah kenangan aku menjadi guru dan menyambut hari guru. Sungguh mulia kerja sebai guru..memang rindu nak mengajar..tp, masa ni aku menjadi guru kepada 2 teruna ni..

Kepada para guru diluar sana...SELAMAT HARI GURU..sesungguhnya jasa mu sentiasa di kenang..

3 comments:

  1. dalam banyak2 cikgu bg sy cikgu tadika la paling berjasa & mencabar kerjayanya.. Yelah disitu bermulanya seorang kanak2 berkenalan dengan guru & sekolah. Ragam budak2 tadika ni memang menuntut kesabaran yang tinggi. Apapun selamat hari guru. Guru akan tetap di panggil guru sampai akhir hayatnya. Itulah anugerah seorang guru

    ReplyDelete
  2. Sonok jadi cikgu ni kan kak, banyak pengalaman manis pahit ngajaq budak2..

    Apapun Selamat Hari Guru, org akan ttp kenang kita sbg cikgu walau kitA bukan lg guru :)

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...