Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Friday, December 31, 2010

Berlabuh juga tirai 2010.

Setiap permulaan pasti ada kesudahannya. Begitu juga bagi tahun 2010. Pelbagai memori..mungkin bagi orang lain. Bagi aku tiada perbezaan...cuma yang indah, tahun 2010 aku di mulai dengan kehamilan anak kedua. Dan yang bencinya, majikan aku bermain permainan hipokritnya dengan aku hingga keluarga mertua aku memandang serong kepada aku.
Benci memang benci bila difikirkan. Zaman sekarang, yang kita fikirkan baik, belum tentu baik di dalamnya. Entah-entah lagi busuk dari yang buruk. Ahh..aku malas nak ungkit, buat sakit hati je...
Tahun baru ini aku perlukan anjakan paradigma..tapi bila difikirkan keadaan aku sekarang, situasi kehidupan aku, pening aku fikirkan. Kalau orang baca mesti hairan dan berkata "hendak seribu daya, tak nak seribu dalih". Betul...aku tak tipu..selama ini pun aku tak mencari alasan. Aku mencari penyelesaian. Tak juga ku temui. Bukan aku tak usaha..namun belum berhasil. Aku tak putus asa... Aku anggap itu ujian yang membuktikan Allah ada perhatikan aku.
Moga tahun baru ini aku berusaha lebih gigih. Untuk keluarga aku dan diri aku. Tingkatkan amal ibadah, moga berusahalah aku ke arah keperibadian yang baik. Moga Allah tetap tabahkan aku seperti sekarang. Sentiasa bersama aku saat aku perlukan tempat mengadu, di saat aku berkongsi kegembiraan, ketika aku kecewa teramat sangat dengan kehidupan dunia. Itu semua belum tentu dapat dipenuhi oleh seseorang bergelar manusia.
Aku terlalu bermonolog dengan perasaan. Hingga aku nak berkongsi masalah dengan seseorang pun aku dah boleh mengagak apa yang akan mereka katakan. Aku sudah dapat pastikan jawapan dari mereka. Di sebabkan ini, aku hanya berdiam. Tersenyum, dan mungkin menahan tangis. Aku malu kerana, aku rasakan masalah aku kecil saja dari manusia yang menghadapi rintangan dan dugaan yang mencabar hanya semata-mata mencari kebahagiaan. Dan aku rasa kasihan orang yang mendengar masalah aku terpaksa menjadi batu tempat aku hamburkan segalanya...aku tak perlukan itu, biarlah aku bersedih sendiri. Aku ingin bergembira bersama mu teman..bercerita berkongsi segalanya..namun bukan kesedihan aku.
Ya Allah...syukur tak terhingga, aku hidup sehingga kini menggalas amanah dari Mu. Bantulah aku jika aku hampir tersungkur. Juga rakan-rakan..aku amat menghargai kehadiran kalian dalam hidupku. Doaku tak putus juga menyertakan "rakan-rakanku" bukti aku ingin kalian sama-sama bahagia bersama ku di dunia dan akhirat.
Mungkin macam-macam acara difikiran kalian pada ambang 2011 ini. Semoga menikmati detik-detik gembira itu bersama yang tersayang. Juga, diharapkan tahun baru ini turut membawa sinar baru yang lebih bermakna buat kita semua.
~ SALAM TAHUN BARU 2011 ~

2 comments:

  1. heheh saya pandai buat kek yg mudah2 je kak

    kalo bun akak tu mudah mmg elok sgt la share resepi ngn saya

    hehhe

    ReplyDelete
  2. ooo..akak tak entri resepi bun lagi..nti akak post. lupa la..memg senang. tgu tau..

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...