Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Wednesday, April 4, 2012

Dah pindah wad biasa...

Alhamdulillah..setelah 3 minggu di icu, semalam..bersamaan dengan 3 April 2012..Soleh telah dipindahkan ke wad biasa. Semalam..memang aku agak lemah dalam ertikata sebenarnya. Sebab selama ni..aku tak larat juga..tapi aku gagahkan juga. Tapi yang semalam..memang aku tahap ternganga di kerusi ruang menunggu. Orangnya pula boleh tahan ramainya. Nasib baik la air liur tak meleleh weh..memang dah tahap ada aku kesah..buka je mata rasa berpusing dan nak muntah. Serius lembik...

Jadi..mak aku la yang pikul tanggungjawab menjenguk soleh dalam icu. Cuma..bab memberi makan, nurse yang bagi. Selama ni aku yang suapkan. Tapi..aku dah angkat bendera putih kan..nurse la yang ambil alih. Mengikut kata nurse..soleh tak selera makan. Aku katakan dengan emak..bukan soleh tak ada selera. Dia dah dalam tekanan lama sangat baring atas katil icu tu. Maklumlah..walau soleh ada masalah penyakit..tapi dia ligat. Pastilah dia bosan suda...

Jadi, makan tengahhari semalam..nurse order mashed potato. Mengikut kata emak aku..soleh makan sampai habis. Hati aku tak sedap...sebab dia cuma makan tu dengan aiskrim. Nasi langsung tak ada...

Emak aku kata..semua nurse dalam tu peluk cium soleh. Ye lah...dah lama mereka bersama soleh..dari kes kecemasan tak boleh bernafas tahun lepas...soleh menderita berguling-guling ketika tumornya sudah diperingkat kritikal..mereka bersama soleh ketika bersabung nyawa kembali pulih dari operation. Juga saat-saat soleh mula mabuk tak sedarkan diri bila tekanan air dalam kepalanya meningkat. Dari soleh tak ada rupa orang..sampailah soleh dan tembam semangat sekarang ni. Memang la itu kerja mereka..mereka di bayar gaji untuk itu. Tapi..nampak keikhlasan mereka melayan kerenah soleh. Dari melayu..cina..hinggalah nurse berbangsa india..semua dah rapat dengan soleh. Dari soleh terlantar tak bergerak..hingga lah soleh dah boleh tunjuk minta macam-macam dengan mereka. Syukur...sekurang-kurangnya..masa dia di icu..aku boleh balik tidur berehat di rumah sementara menanti pagi.




Ketika 10 hari lebih selepas pembedahan buang tumor dia. Mula diperkenalkan dengan fisioterapi. Tangan kanan langsung tak bergerak..perlu di rangsangkan dengan aliran elektrik sedikit membantu merangsang pengecutan otot tangan dia.





Gambar ni soleh klik sendiri. Ketika di icu baru-baru ni. Kira wajah terbaru dia. Nampak semangat sikit..




Soleh dah mula pakai kasut spesel ni...kata doktor neuro dia..kalau ada rezeki soleh berjalan..insyaAllah..kaki dia tak terjengkek jengkek ketika berjalan.

Jadi..semalam juga dapatlah soleh tidur dengan ibu. Tapi..mula pukul 10 malam..perut soleh kembung sampai berkilat. Aku agak mesti kentang tadi dah bertindak balas. Nasib baik doktor datang melawat waktu malam..dia pun terkejut dan berfikiran macam aku fikir. Ubat diberikan.

Bermulala...perjuangan meriam sahut sahutan. Soleh kentut memanjang..sekali dengan cirit yang cair berkerim..hahaha..memang tak boleh tidur lena. Memang tidak melenakan diri juga. Sebab soleh perlu dikejutkan dalam tempoh masa tertentu. Sebab takut dia tak sedarkan diri dalam tidur.

Di saat beginilah..sekali lagi imanku di duga..bayangkan ketika sarat menanti hari melahirkan, kena bangkit bingkas bergerak. Namun...Alhamdulillah...emak sentiasa ada di sisi membantu. Jauhkan lah aku dari menjadi insan yang tidak bersyukur..ya Allah..

Cuma yang sangat aku minta...janganlah tetiba nak beranak kat sini. Memang boleh..tapi moga dapat juga aku nak pergi hospital yang dirancang itu.

Risau juga..sebab nampak seperti lama lagi kat hospital ni. Ada lagi kisah lain tentang soleh...memang terkejut. Tapi...aku serahkan pada Allah..

Nanti akak nora update lagi ya..rindu nak jenguk blog kawan-sementara masa tengah lapang boleh berehat ni..Alhamdulillah..

posted from Bloggeroid

13 comments:

  1. akak nora..syukur alhamdulillah..lebly tumpang gembira..

    ReplyDelete
  2. Sedih la kak nora, sy baca cerita ni...huhuu

    Wish everything go smooth....akak pon take care tau sarat2 tu...

    ReplyDelete
  3. Assalam..
    Syukur Alhamdulillah..dah ada perkembangan yg baik..semoga Soleh cepat sembuh sepenuhnya..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...
    jue baca blog kak nora selepas baca post FB sepupu jue...wani (dj shaz)...
    jue baca dari mula soleh kena sampai akhir dengan linanagan air mata...
    Ya ALLAH sungguh tabah hati hambamu ini Menghadapi dugaan yang telah ALLAH tentukan kepadanya...
    jue hanya mampu doakan yang terbaik buat soleh dan moga akak selamat bersalin.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah.. soleh dah tukar wad biasa.. moga soleh cepat sembuh.. kak nora take care ok!

    ReplyDelete
  6. Banyak btul dugaan k.nora n family ye...soleh bertuah sb d kurnikan ibu n juga family yg tabah n kuat....inyallah..soleh kuat dia mest akn sembuh ngan cepat...selg dia ada ibu cm knora soleh pasti akn mkin kuat...inyallah..

    ReplyDelete
  7. sabar yer kak..
    saya sentiasa mendoakan tuk anak akak dan baby dlam perut..
    semua semuanya selamat....

    ReplyDelete
  8. Speechless..Mudah-mudahan kekuatan dan ketabahan tetap menjadi milik Adik Soleh dan Kak Nora..amin

    ReplyDelete
  9. alaaa..kesiannyer kat soleh..semoge akak tabah yer..dan soleh cepat sembuh...aminn...

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah adik Soleh dah beransur sihat... semiga soleh makin kuat yerr.. dan akak nora juga.. semoga segalanya berjalan dgn lncar. InsyaAllah...

    ReplyDelete
  11. saya harap akak tabah menghadapi segala ujian dr NYa ...

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...