Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Sunday, February 26, 2012

Tika soleh dibenarkan pulang ke rumah..

Soleh meneruskan hari-hari seterusnya di wad. Sesekali melihat soleh, terkenang zaman dia lincah dan ceria..juga masa dia comel muk-muk dulu..namun, apakan daya...itu semua dugaan Allah dan kita sebagai hamba perlu menerimanya dengan redha. Yang paling penting..soleh masih diberi peluang..Alhamdulillah.


Soleh ibarat dalam dunia dia. Muka dia tiada respon..menangis ke...apa ke...senyum ke...gelak jauh sekali. Dia menung entah ke mana.


Untuk hari berikutnya..setiap hari aku dan soleh ditolak (maklumlah ibu mengandung)..ke bilik fision yang boleh tahan juga jauhnya kalau berjalan. Soleh di ajak bersenam..menggerakkan otot-ototnya dengan cara yang betul. Sebab otot soleh semua lembik dan tak boleh digerakkan sesuka hati..takut lain jadinya. Memang betul..aku nak dukung dia pun takut sebenarnya..tapi apakan daya..aku kena buat...abahnya memg tak berani.


Aku pun kena belajar apa yang cikgu-cikgu dia ajar tu. Sebab aku kena sambung buat sekerap yang mungkin. Bertambah kerap bertambah bagus untuk.stimulate saraf dia semula. Hinggakan aku dibekalkan dengan dua biji bola tajam-tajam tu..untuk di golek dia setiap inci tubuh soleh untuk.merangsang pengaliran darah dalam badannya.


Memang aku buat. Setiap langkah aku buat. Niat nak tengok soleh sembuh. Nurse pula heran..sebab aku minta contton bud nak jolok-jolok dalam mulut soleh untuk stimulate otot-otot mulutnya dan kembalikan lidahnya ke tempat asal untuk memudahkan soleh menelan. Huhu...


Seminggu lebih juga aktiviti itu diteruskan. Ada sedikit pergerakan. Mata soleh mula bergerak..tangan pun ada pergerakan tapi belah kiri je aktif..begitu juga kaki kiri. Masih lemah di bahagian kanan. Lidah nya masih terjulur..tak pe...benda masih baru kan. Biarlah soleh usaha perlahan-lahan..ibu sedia di sisi soleh selalu..


Sebenarnya masa tu..aku dah tinggal berdua. En.hubby dah sibuk kursus..kesian juga dia..banyak keje dah tertangguh..mak aku pun dah balik kg. Aku yang merelakan mereka pergi sebab lepas operation soleh tenang..tidak memberontak. Aku boleh kawal keadaan lagi. Tapi yang sedihnya bab makan..memang payah...masa soleh tak makan..aku yang dapat makan. Bila soleh dah boleh makan..aku punya dan dibatalkan. Kekadang kawan adik aku yang singgah hantar..berkali la juga...tak makan sebab tak de sapa boleh tolong termasuk nurse..kalau ada stroller masa tu aku gagahkan juga..tapi tak ada masa tu..nak dukung..oh tidak..soleh terlalu lemah. Jadi..sabar kan aje..hingga esoknya..petang baru dapat makan...dugaan..tak pe la...moga anak ibu di dalam kuat kesabarannya..


Pada suatu malam...tinggal aku dan soleh je. Aku rasa masa tu aku tengok megamovie..ye..jumaat malam. Badan pun dah letih seharian. Katil sebelah dah kosong. Aku tutup lampu dan set air cond seselesa mungkin. Nanti malas nak bangun2 lagi...jam dah pukul 11.30 malam. Entah macam mana sambil aku tonton tv tu ..aku boleh terlena.


Bila tersedar..dalam samar-samar cahaya tv tu..ada sesusuk tubuh tinggi lampai..


"ooo...mak ko.." ceh...itu ucapan yg keluar kat bibir aku ni. Langsung tak ingat nak ngucap.


Tak lama lepas tu lampu dinyalakan. Nurse yang buka. Dr. Kumar dah tercegat depan katil aku. Nasib baik aku belum buka tudung. Dah pukul 11.45 malam..memang terkejut doktor jenguk malam-malam gitu. Dia tanya tantang keadaan soleh...aku khabarkanlah semua perubahan soleh. Dia gembira dan jelaskan mungkin soleh dah boleh balik. Tapi..kena tunggu doktor yang lain tengok dan beri keputusan mereka pula. Syukur...sungguh rasa lega dapat pulang...mana-mana yang duk sebelah katil tu dulu..semua kata aku da buat wad tu macam rumah sendiri..haha..

Esoknya..aku suruh en.hubby datang..punya tak sabar nak balik..doktor siti kata tunggu dr.kumar pula..aduh..main pas pas pula. Akhirnya..tak jadi balik sebab dr.kumar tak datang-datang. Frust...


En.hubby pun sampai lewat petang. Dia bawak stroller..jadi kami jalan-jalan turun ke bawah bawa soleh.


Sabtu malam tu..aku mandi agak lewat. Cari mood punya pasal. Pastu syampu rambut pasal dah lama tak syampu..rimas. Memandangkan en.hubby ada tengokkan soleh..aku pun mandi seselesa yang mungkin. Dengan berkain batik..kepala masih berbalut tuala..aku bersedia nak solat isyak. Jamdah menunjukkan pukul 11.30 malam.


"macam ni la..dr.kumar datang semalam.." kata aku kepada en.hubby.


Aku nak salin seluar..dan tiba-tiba dr.kumar masuk. Aduh...


"sorry..." kata dia..


Aku cuma kepit seluar yang dah separuh pakai dalam kain batik tu..kepala masih berbalut tuala. Lantak ko la...


Dr kata soleh boleh balik. Tapi sebelum tu kena buat brain scan dulu. Dia nak puaskan hati dia sebelum lepaskan soleh balik. Esok juga nak buatnya iaitu pada hari ahad 5 feb.


Kemudian, dr.kumar minta en.hubby mendukung soleh..dan dia tunjukkan aku cara-cara nak pam shunt soleh. Dia bawakan telunjuk aku ke bahagian sepatutnya dan tekan.


"batal air sembahyang aku.." rungut aku dalam hati.


Aku kena pam pagi..petang dan malam..sebab sekarang ni..tanda tanya pada shunt itu. Mereka memberi masa untuk memantau keadaan itu.


Esoknya..soleh buat brainscan. Dan petangnya doktor maklumkan isnin esoknya kami boleh bawak.soleh pulang ke rumah dan datang ke hospital mengikut tarikh temujanji yang telah di tetapkan.


Isnin..6 FEB...kami bersedia nak pulang. Tak sabar nak soleh menjalani kehidupannya di rumah. Moga dia bertambah selesa dalam proses pemulihannya.


Bila selesaikan bil..terteralah jumlah bil sebulan kat.hospital. Angka yang sungguh menyedihkan kalau tiada persediaan awal. Tapi..aku dapat rasakan Allah dah permudahkan urusan kami. Terima kasih ya Allah..syukur Alhamdulillah...


Published with Blogger-droid v2.0.2

13 comments:

  1. Selesaike bil? Banyak gila!!! Huuuuuhuuuuhuuu... *pening lalat.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...dalam kesukaran, Dia selitkan kesenangan...=)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...semoga soleh diberikan kesihatan yg baik..:)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah, syukurlah Soleh dan kembali pulih seperti sedia kala... Seoga Allah sentiasa mempermudahkan urusan akak ya..

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum Nora, maaf kalau akk sering tertinggal cite Soleh, sampai dah nk balik. Doakan yg terbaik utk Soleh. Duit nombor 2, yg penting dia sihat.

    ReplyDelete
  6. Semoga kuat menempuh dugaan...Setiap yg berlaku ada hikmahnya...

    ReplyDelete
  7. semoga adik Soleh lebih kuat ye.... aduh kak...takut tgk bil tu.... semoga semuanya dipermudahkan buat adik Soleh

    ReplyDelete
  8. Semoga akak nora tabah hadapi ujian daripada-NYA n aik soleh akan sembuh sepenuhnya.amin.

    ReplyDelete
  9. as salam kak nora, sy dah membaca semua entry tentang soleh..alhamdulillah soleh dah semakin pulih..semoga ALLAH permudahkan segalanya.. untuk soleh untie doakan soleh sihat sepenuhnya..amin..

    kak nora, duk kat kg melayu subang kat ner tu? sy duk subang jugak..

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum Nora...semoga Soleh cpt2 sembuh yer...:)

    ReplyDelete
  11. Salam... dh lama nk komen kat sini tapi baru hr ini berkesempatan kerana kat ofis ni blog sy hanya ada 2 jam 1/2 utk di login dan boleh mengomen.

    Sy amat bersimpati dgn kamu dan soleh... 9 tahun yg lalu anak sy pernah terlantar 2 minggu di hspital besar, nyaris2 diambil air tulang belakangnya dan pernah masuk dlm alat di gambar ke 7 tu..x silap sy namanya MRP..mungkin... dh lupa dah.

    Sebagai ibu ujian ini menguatkan lagi semangat dan kasih kita kepada anak kita.. kalau kita sendiri lemah bagaimana pula anak yg menghadapai dugaan sakitnya itu... kita kena lebih kuat dari mereka agar mereka juga kuat semangat.

    Semoga ketabahan dan kesabaran kamu ini akan di balas dengan imbuhan yg cukup besar di akhirat nanti.

    Suatu hari nanti Sy ingin mendengar lagi cerita kamu tentang kelincahan soleh seperti dia sihat dulu...sama2lah kita berdoa agar soleh sihat dan lincah seperti dulu.

    ReplyDelete
  12. syukur.. SOLEH dah ada perubahan positif pada diri dia..besarnye pengorbanan sorang ibu..semuga dipermudahkan segalanya kak..

    ReplyDelete
  13. terasa hiba bila melihat wajah soleh.. smga dipermudahkan segalanya..

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...