Isnin, semalam soleh ditahan dalam wad. Bukan kes besar, cuma dia perlu lakukan scan mri. Doktor nak pantau keadaan terkini dalam kepala soleh. Lama juga. Soleh mula puasa pukul 3.00 petang...sekali kena buat pukul 6 petang. Itu pun kena tunggu soleh tidur dengan bantuan ubat tidur. Lama juga..sebab soleh dah tidur petangnya. Berusaha pekerja imaging tu tutup tv..tutup lampu..tutup pintu..tutup pesakit lain. Khas untuk soleh tidur..hehe..
Proses itu berlarutan dari pukul 7 malam sampai nak dekat pukul 8. Doktor kumar tak datang menjenguk. Hm...nak tak nak ..paksa nurse tanyakan doktor. Aku nak balik tidur kat rumah. Badan tak selesa sungguh. Nak balik juga rehat kat rumah..nak tidur pusing kiri pusing kanan dengan luasnya. Sebab dah tak muat dah ibu nak sekali katil dengan soleh..huhu..lagipun soleh tak sakit.
Akhirnya..kami dapat juga pulang dengan berjanji akan kembali ke hospital pada waktu ditetapkan. Pagi tadi..kami selamat sampai. Soleh pun tak de meragam buat perangai. Tapi..bertambah banyak senyum..gelak...sampai kan dia kentut pun dia boleh tergelak seorang. Dah pandai main..nak pegang itu ini. Alhamdulillah..ada perubahan positif lagi.
Ketika aku menyuap soleh makan tengahari..nurse panggil sebab doktor nak jumpa aku di bilik perbincangan. Kat situ boleh paparkan filem mri tu. Soleh ku tinggalkan bersama nurse. En.hubby tak de..dia berkejar sekejap ke site.
"ketumbuhan tu sudah tiada..tapi air dalam kepala dia tidak berkurangan makin bertambah. Saya cadangkan kita tukar keseluruhan tiub dan tukar tekanan pada valve yang dia guna..persoalannya..bila nak buat opeartion itu?"
Huh...dalam masa terdekat ni soleh nak di bedah lagi. Kalau perasan dalam gambar di kepala soleh terbonjol tu dan ada tiub lalu kat leher dia..benda tu la yang doktor nak tukar. Ini adalah untuk melancarkan pengaliran air di dalam kepalanya. Kalau air banyak tak mengalir dangan baik..itu kira bahaya juga. Jadi..aku setujukan aje. Cuma kena tunggu persetujuan dari en.hubby dan menetapkan tarikhnya.
Doktor nak minggu depan..tapi aku ada cek up mengandung minggu depan. Jadi..takut terkejar kejar kat en.hubby. Dia cadangkan minggu selepas itu. Aku setuju je. Untuk kebaikan soleh juga. Kesian memang kesian. Kita usaha dan tawakal pada Allah swt. Dia Maha Mengetahui...
Allahuakbar..semoga soleh baik² saje..
ReplyDeletesemoga allah permudahkan segalanya..amin ya rabbal alamin
semoga semuanya dalam lindungNYA..Amin
ReplyDeleteakhirnya soleh dah pandai senyum
tabahla nora.. semoga solleh dapat sembuh sepenuhnya..
ReplyDeleteAlhamdulillah... di masa cam ni, masing2 kena bekerjasama seperti wanderpet.
ReplyDeleteAlhamdulillah... Ada perkembangan positif. Yang penting kita usaha dan tawakal... Semoga segala urusan Nora sekeluarga sentiasa dipermudahkan.. Amiinn..
ReplyDeletesemoga yang terbaik utk Soleh... tabahkan diri ya kak
ReplyDeleteAlhamdulillah dah byk perubahan kan akak.. kesian dia... kecik2 byk pmbedahan.. InsyaAllah nati sembuhlah tu.
ReplyDeletesemoga adik soleh kuat.. Ya Allah.. tak terbayang saya betapa akak & adik soleh terpaksa lalui semua ni. Moga akak akan terus kuat utk jd kekuatan pd soleh
ReplyDeleteauntie doakan semoga adik soleh cepat sihat dan boleh kawan ddengan Nuqmans..
ReplyDeleteInsyaAllah.
*semoga terus tabah*
moga soleh selamat...amin
ReplyDeleteciannye kat soleh..tp mujur jugak..lewatkan cket operate ..settlekan hal tuk baby baru dl..ley la bg soleh rehat2 dl be4 operate..sakitnyer die sorg jer tanggung..xp..budak kecik, Allah tolong..moga dipermudahkan..
ReplyDeletesemoga pembedahan tu berjalan lancar nnt..t.care
ReplyDeletewalaupun x kenal...doa tetap ku kirimkan buat Soleh...semoga terus kuat menghadapi hari-hari mendatang...=)
ReplyDeleteish ish.. lepas satu satu operation nye tak sudah2.. kecik2 dah terima dugaan camtu.. sabar r kak.. ujian Tuhan
ReplyDelete