Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Thursday, February 23, 2012

Tanda kekuasaan Allah swt buat Soleh..

Setelah sekian lama tidak memperbaharui kisah akak nora di sini. Bukannya dah membuat keputusan untuk berhenti berkisah, tapi tiada peluang untuk mencelah masa yang ada. Tambahan ms.lappy telah selamat ke tangan tuan baru. Maka terpaksalah aku nantikan penggantinya. Jadi, berkali-kali juga aku cuba untuk menaip entri baru menggunakan mr. S2 ni, bila dah masuk je..mata berpinar nak mengadap kekunci yang serba serbi kecil semuanya ni kan... Mungkin terlalu penat...


Namun begitu, tidak sabar juga untuk mencatatkan kisah yang menjadi sebahagian pengalaman dalam liku-liku kehidupan aku di dunia ini. Juga buat tatapan anak-anak aku yang semakin membesar..InsyaAllah..melalui blog kalian tahu apa yang terselit dan apa yang sanggup ibumu memperjuangkan demi kebahagiaan kalian. Juga buat perkongsian masa dan kenangan bersama rakan-rakan alam maya.


Alkisahnya...selepas Soleh berjaya mengharungi pembedahan yang hampir meragut nyawanya, aku setia menematinya di ICU sehinggalah dia dipindahkan ke wad biasa. Tidak sampai seminggu Soleh di ICU...tidaklah seperti yang doktor gambarkan. Mungkin soleh akan di ICU dalam tempoh yang lama ..lebih dari dua minggu. Doktor gembira dengan perkembangan Soleh itu. Alhamdulillah...mulut ..hati..pemikiran...semua nya ku sujud kesyukuran pada Mu ya Allah..


Namun...Soleh tidak terus berubah menjadi Soleh yang lincah..ceria seperti dulu. Terlalu lain...dia terlalu diam...dan doktor telah menyatakan ada gangguan pada saraf-saraf soleh. Jelas kelihatan pada bahagian kanan badannya. Dari mata, mulut, tangan dan kaki soleh mengalami strok. Takut aku menyebut perkataan itu. Tapi itulah istilah yang pakar neurologi dia berikan. Lemah dan kurang fokus dengan pergerakannya. Malah tiada pergerakan langsung!!


Tiada rungutan atau niat nak menyalahkan itu ini di atas kelemahan itu semua. Sesungguhnya Allah swt telah menunjukkan kekuasaanNya dan keberkatan doa kami dan mereka di luar sana. Soleh selamat walau ia telah berada dalam keadaan nazak dan kritikal. Dengan kasih sayang Nya..soleh masih berada bersama kami. Jadi, tibalah masa untuk kami pula menunaikan janii membantu soleh sehabis mungkin dalam penyembuhannya. Lagipun..iulah tanggungjawab ibu bapa kepada anak-anak mereka kan..jadi, biarlah aku bersabar lebih sedikit. Kusandarkan kehidupan ku pada Nya.


Sepanjang aku di dalam wad, tiada apa melainkan berusaha supaya soleh boleh memberikan interaksi positif.


Disebabkan keadaan soleh begitu, dia turut oleh seorang lagi pakar. Pakar saraf..dr.sofiah namanya. Dr. Sofiah ini juga yang mengambil kes soleh ketika soleh mula-mula dimasukkan ke dalam wad kecemasan kerana lemah untuk bernafas sehingga mendesak mereka memasukkan paip pernafasan. Dan soleh bernafas dibantu dengan mesin pernafasan. Berkali-kali dr.sofiah menyatakan soleh dan kritikal sangat dan mereka akan cuba sedaya upaya tetapi kami tak boleh memberi harapan tinggi sangat. Sebab ketumbuhan soleh ketika itu telah menggagalkan beberapa fungsi badan soleh.


Masih segar dalam ingatan aku sepanjang menantikan soleh dikerjakan oleh mereka di wad kecemasan itu, aku menanti dengan juraian air mata yang tak henti-henti deras mengalir. Bukan saja aku nak tangiskan..puas ku tahan..namun ianya mengalir dengan sendiri. Orang keliling menjeling...bukan saja aku nak menunjuk...tapi berkecamuk jiwa ketika bila fikirkan soleh sedang diduga di sana. Tambahan ketika itu..aku rasa aku tiada sesiapa untuk sandarkan perasaan yang hiba ini. Hanya sendirian...perlahan lahan aku cuba ingat kepada Allah...aku ada Allah..aku ada Allah...itu lah yang berkumat kamit di bibir selain zikir menenangkan jiwa.

Tapi..itu semua pengalaman dan menjadi kenangan yang pasti utuh sepanjang umur aku. Peristiwa itu juga mendekatkan aku dengan ibu bapa yang mengalami masalah lebih kurang seperti aku. Bersabarlah kalian. Aku mohon dari Allah moga keberkatan dan keizinanNya untuk soleh sihat dipanjangkan.


Oopppsss..azan zohor sudah berkumandang.


Published with Blogger-droid v2.0.2

5 comments:

  1. Alhamdullillah, Alhamdullillah, Alhamdullillah syukur
    baru sebentar td melawat sini mencari khabar dan Alhamdullillah sudah khabar.
    terubat seketika kesedihan selepas berita kehilangan adik faris.

    http://sumimie-miau-miau.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. salam kak nora..patut la selalu singgah x de org lg..sy doakan semoga Soleh akan beroleh kekuatan utk meneruskan kehidupan..dan semoga dia akan sembuh spt sediakala...bykkan sabar ye kak..kekuatan dan semangat akk menjadi kekuatan Soleh jgk..insyaallah..

    ReplyDelete
  3. sujud syukur..alhamdulillah kak

    ReplyDelete
  4. Semoga soleh semakin pulih.. dan semoga kak nora sentiasa kuat...

    ReplyDelete
  5. syukurla kak...soleh dah selamat menjalani pembedahan..same2 kita doakn moga soleh kembali lincah spt dulu..hidup nie penuh dugaan kak..sy respect dkat akak sbb akak tabah..akak kuat dan xmudah melatah..bertahanla kak..pasti akan ada mentari di penghujungnya..InsyaAllah..Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang thdap hambanYA..

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...