Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Friday, February 24, 2012

soleh berusaha...

Alhamdulillah...adik Faris selamat disemadikan. Aku baru sangat mengetahui kisah anak kecil tu. Maklumlah aku pun sibuk dengan masalah aku. Tapi..bila aku mengikuti kisah dia dah semakin nazak di hospital sama dengan soleh dulu...SDMC..sungguh sebak rasanya. Doa buatnya selalu. Apakan daya..kisahnya terhenti di situ. Allah telah menjemputnya ke tempat yang pasti indah buat kanak-kanak yang suci tanpa dosa itu. Sungguh besar dugaan ini buat ibu bapanya. Namun, Allah Maha Mengasihani...Dia pujuk hati mereka dengan kehadiran zuriat baru yang berusia 2 bulan dalam kandungan. Alhamdulillah...semoga kehidupan ini terus dihadapi dengan rahmat dari Nya. Al fatihah buat adik faris...tak dapat nak buat entri khas...kekurangan teknikal.


Kisah soleh di teruskan...


Soleh berubah sedikit demi sedikit. Doktor tak bagi dia minum melalui mulut. Tapi..aku titiskan juga air bacaan al quran atau yasin ke mulutnya. Dengan niat moga dia kuat dan tenang dengan ayat-ayat Allah. Tambahan aku sedih sangat tengok bibirnya yang kering hingga merekah berdarah.


Hinggalah, doktor benarkan soleh dilatih menghisap susu dengan menggunakan botol susu. Masa ni pun aku kena bersabar. Terlalu payah soleh nak menelan susu yang dihisapnya. Pembedahan yang mengambil masa 10 jam itu telah menyebabkan lidah soleh terjelir keluar dan kesukaran untuk menelan. Cuba juga perlahan-lahan sebab aku lihat kesungguhan soleh menghisap. Kasihan dia..dah terlalu lama mulut dan tekaknya tak dilalukan susu..makanan jauh sekali. Alhamdulillah, makin lama semakin soleh boleh menerima susu itu walaupun banyak yang meleleh keluar dari mulut.


Akhirnya tiub hidung soleh dilepaskan. Dan doktor memberi kebenaran untuk soleh cuba makan bubur pula. Menitis air mata ini menyuap bubur ke mulut soleh setelah sekian lama.

"masih berpeluang lagi ibu suapkan bubur untuk soleh"..

Memang sukar....tapi sabar aku menyuapkannya. Pertama kali..hanya 10 sudu sahaja bubur nasi yang sudah di kisar itu masuk ke perut soleh.

Begitulah kehidupan soleh seterusnya di dalam wad itu. Aku pula makin terasa sengal di sana dan di sini. Teman sebelah katil dah macam penyakit...semuanya datang dan pergi. Sempat mereka berbual dengan aku. Soalan yang biasa aku dengar...

"tak penat ke..mengandung..tidur tak selesa..nak jaga anak lagi.."

Kalau di tanya..pasti jawapannya dah tak mampu. Tapi...bila wajah anak yang ditatap..jauh terlontar rasa penat tu.


Pada suatu hari, jadual soleh terlalu padat. Pagi-pagi lagi soleh dah di ambil sampel darahnya. Kesian..darah susah nak keluar. Ye lah..dia pun kurus tak bermaya lagi. Kemudian aku dan soleh di sorong ke bangunan sebelah. Nak buat ECG untuk menilai fungsi otak soleh. Sebenarnya..itu adalah kali pertama soleh duduk diatas kerusi roda selepas operation. Entah bengong apa tukang tolak tu..dia tolak ke bahagian xray. Masa menunggu tu lah..soleh muntah-muntah berkali. Mungkin dia pening sebab dah lama asyik baring. Tapi..hospital swasta kan...nurse yang terlihat kejadian itu, dengan pantas membantu memberi tisu dan menukarkan gaun soleh. Dia kata aku ke tempat yang soleh. Sekali lagi aku ditolak ke ruangan yang betul.

Apa ECG tu...tak sempat nak tanya banyak-banyak sebab aku dah penat sebenarnya. Yang aku diberitahu..soleh akan diletakkan sebanyak 23 wayar di bahagian kepalanya. Aktiviti otaknya akan dinilai ketika dia tidur..berjaga..dan bila melihat lampu berkedip-kedip. Kalau dia tidur..ujian itu berjalan dengan baik. Kalau tidak mengkin sampai 3 jam. Aku bernasib baik...soleh tidur dengan lena. Tapi masalahnya..masa berjaga pun dia bantai tidur. Orang tu bagi la mainan bear ketuk-ketuk dram, nak bagi bising jangan bagi soleh tidur. Tak ada maknanya..usaha juga lah jangan bagi tidur. Setelah 2 jam lebih. Selesai...


Kami naik ke wad. Di wad..soleh di datangi cikgu cikgi fisionya. Tangan dan kepala cikgunya melayu, mulut pula berbangsa cina manakala bahgian kaki pula cikgu berbangsa india. 1 Malaysia kan..


Seorang demi seorang datang menjenguk soleh dan melihat keadaan soleh. Mereka kata otot soleh terlalu lemah dan kecut. Mereka menunjukkan senaman-senaman yang perlu aku lakukan sekerap mungkin ke atas soleh untuk menggalakkan ototnya bekerja. 3 orang punya kerja ...aku seorang kena ingat

Oh ye..semua prosedurnya selepas soleh selesai menjalani pembedahan kecil di perut untuk menguji sama ada shuntnya berfungsi atau tidak.


Begitulah kehidupan soleh sepanjang di wad.


Hm..esok sabtu...tiada entri...aku nak blogwalking. Dah lama tak baca kisah orang.


Published with Blogger-droid v2.0.2

11 comments:

  1. Alhamdulillah... Soleh kuat. Sekuat ibunya. Syukur kepada Allah.

    ReplyDelete
  2. smga soleh bertambah kuat semangatnya... bgitu jugak akk nora.. take care sis..

    ReplyDelete
  3. Salam akak,

    Alhamdulillah soleh da byk improve, semoga soleh semakin sihat..Akak pun jaga kesihatan ya :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, semoga Allah menyembuhkan penyakit Soleh! amin!~

    ReplyDelete
  5. akak nora: sorry kalo salah. xsilap saya..
    ECG = electro cardio graph..yg itu nk check jantung. kalo otak, EEG = electroecephalogram, utk check brain waves (www.emedicinehealth.com )

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum Nora...semoga adik Soleh cpt2 sembuh yer dan sihat seperti biasa...semuanya akan sentiasa mendoakn kesihatan soleh...:)

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah nora..semoga solleh trs sembuh seperti sediakala. Ameen

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah berkat doa seorg ibu, soleh berusaha nak sembuh. sy doakan soleh cpt2 sembuh kak :)

    ReplyDelete
  9. Al Fatihaha buat adik faris. InsyaAllah berkat doa semua soleh pulih nanti kak. :)Amin

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah..

    Semoga Soleh cepat sembuh sepenuhnya..

    ReplyDelete
  11. Salam kak nora.

    Alfatihah buat adi kFaris, saya juga ada terbaca kisahnya yg ditulis oleh bebrpa org blogger. Syukurlah rakan2 blogger perihati nsmeuanya.

    Saya doakan semoga Soleh cepat sembuh dan nampaknya Soleh sudah beransur-ansur sembuh.

    Cerita ttg sakit dan hospital ni, hati sy berdebar jugak. apa tidaknya sudah hampir 3 bulan ayah saya terlantar di wad HUSM(start masuk 13.12.2011)

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...