Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Sunday, January 22, 2012

Masih perlukan masa..sabarlah sayang...

Semalam 21 januari 2012, hari pertama Soleh selepas operation. Bila aku dan en.hubby melangkah masuk dalam bilik dia je, dia dah mula merengek. Bukan pasal nampak aku, tapi nampak kelibat abahnya.


Alhamdulillah..dia masih kenal kami. Teringat risiko bedah otak yang diterangkan oleh doktor dulu. Kami takut soleh tak kenal kami..ibu abahnya. Maknanya soleh dah menunjukkan kesan positif seterusnya setelah sedar dari ubat bius.


Masih baru untuk soleh menunjukkan kesan pulih dari pembedahan besar yang memakan masa hampir 7-8 jam itu. Ketara pada mata dia. Ada tindakbalas, tapi buat masa ini mata dia macam "tertarik" kearah kiri sahaja. Doktor kata pembedahan itu lama dan dalam masa itu juga soleh di tiarapkan. Jadi..mungkin ada kesan sikit disitu. Sebab nampak bahagian muka soleh yang agak sembap membengkak.


Soleh pun tak riuh lagi. Belum buka mulut. Mulut dia terkatup je...dia rengek tutup mulut. Tapi yang jelas kelihatan..mata dia dah terbuka besar. Sebelum operation...macam nak terpejam je aku tengok...


Kebetulan semalam, kedua-dua doktor nya ada melawat soleh. Maka..kami diam mendengar mereka berbicara bahasa doktor tentang recovery soleh. Ada yang baik..ada yang tak baik. Sesekali mereka mencelah bercakap dengan kami pula.


Sekarang ni yang mereka risau..tekanan darah soleh tinggi..tapi graf menunjukkan kesan penurunan. Mereka taknak soleh tension dan beri tekanan pada otaknya. Sebelum soleh dibedah..kan dia macam lelah berkahak sikit. Jadi keadaan itu menjadi soleh agak penat sekarang..jadi mereka bantu dengan nebulizer setiap 4 jam.


Sebelum masuk tengok dia dalam icu sejurus lepas.operation, aku bayangkan satu kepalanya berbalut sakan. Ye la..bedah kepala kan..tapi tengok ok je. Rupa-rupa doktor bedah dan korek dari belakang saja..


Semalam mereka tak jadi nak buat ct scan sebab soleh bangun dah terus tangan-tangan dia aktif walau badan dia tak boleh digerakkan sangat. Namun, dr. Kumar ada menyatakan dia tetap akan buat. Aku pun nak suruh dia buat..bukan apa, nak legakan hati..apa keadaan dalam kepala anak kecil itu sekarang.


Yang pasti soleh masih perlukan masa yang lama dalam icu. Tak apa...ibu faham. Tak pernah lekang doa dan harapan moga soleh cepat sembuh dah sepulih sebaik-baiknya. Semoga ibu berjaya membayar nazar ibu. Opah pun sama nazarnya dengan ibu.


Yang akak nora risau...badan akak nora makin goyang. Ye la..kalau diikutkan akak ni lembik masa mengandung. Tapi..Alhamdulillah..kali ni cergasnya sampai lupa aku tengah mengandung..tapi bila nak ke 7 bulan..badan besar tu dah ketara terasa...ya Allah..kuatkan lagi hamba Mu ini..semoga sempat soleh sembuh sepenuhnya.


Published with Blogger-droid v2.0.2

9 comments:

  1. Alhamdulillah, bersama kesusahan itu ada yang dipermudahkan, moga Soleh sembuh seperti sediakala, Nora sihat dan baby dalam kandungan pun sihat walafiat. Amin.

    ReplyDelete
  2. Kuatkan semangat ye kak... sesungguhnya akak wanita tabah yg allah pilih untuk ujian ini..memang tak tertanggung kalau difikirkan...sy akan doakan akak dan soleh sihat dan terus sihat...

    ReplyDelete
  3. inyaallh...kami di sini pn x henti2 mendoakn yg tbaik tuk adik soleh....semoga k.nora n family sentiasa tabah dan kuat...tuk adik soleh kami bharap semoga dia akn jdi jauh lebih baik dri skg ni...inyaallah...soleh yg kuat...

    ReplyDelete
  4. syukurla soleh dh selamat dibeddah..arap2 pasni da ag perkembangan positif yg ditunjukkan..pelan2 pon xp..cukup tuk legakan ati akak sekeluarga..akak pon kna jaga kesihatan diri taw,..baby dlm kandungan tue perlukan perhatian jugak..akak kna rehat jugak..xley penat2 sgt..sy doakan yg terbaek tuk akak sekeluarga..amin..

    ReplyDelete
  5. Salam Nora,
    Syukur ah Soleh dah menunjukan perkembangan yang positif. Dalam susah Dan senang, cintailah DIA.

    Kakya doakan Soleh segera sembuh Dan boleh meneruskan hidup seperti kanak-kanak yang lain. Nora juga jaga kesihatan.

    ReplyDelete
  6. Salam nora,
    ko pekaba?
    hope evrything goes well..
    aku doakan juga smoga Soleh cepat sembuh..
    insyaAllah,smua akan menjadi baik..
    teruskan berdoa ye..doa seorg ibu pasti Allah akan makbulkan..
    ko pun jaga diri ye..meklum laa mngandung..
    smoga sglnya dipermudahkan oleh-Nya insyaAllah..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Semoga anak akak cepat sembuh ye, jadi anak yang soleh insyaAllah. =)

    ReplyDelete
  8. semoga segalanya d permudahkan ya kak...

    ReplyDelete
  9. InsyaAllah dipermudahkan segalanya buat akak Nora dan keluarga.

    Myra pasti akak kuat, sebab setiap dugaan adalah untuk menguji kita.

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...