Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Friday, January 27, 2012

Walau soleh masih begitu...masih ada berita baik..ALHAMDULILLAH....

Setelah beberapa hari di wad icu, Soleh akhirnya dipindahkan ke wad biasa pada pukul 5 petang pada hari selasa, 24 jan 2012. Tapi, tiub di di hidung tidak boleh di lepaskan lagi kerana soleh belum boleh menghisap puting. Jadi, nurse di sini pula sambung tugasan memberi soleh susu melalui tiub itu mengikut waktu yang telah ditetapkan. Kesian soleh...otot semua dah kecut. Ye lah...dia kan di kategorikan kuat makan..tapi dah seminggu kena minum susu je. Itu pun dietitian kata cukup untuk keperluan badan soleh buat masa ini. Jika badan soleh susut lagi..mungkin jenis susunya akan ditukar kepada kandungan kalori yang lebih untuk membantu menaikkan lagi keperluan soleh.


Buat masa ini, soleh masih begitu. Terlantar hanya gerakkan tangan usik telinga saja. Mata pun masih ke kiri. Doktor kata mata tu mengambil masa yang lama untuk pulih. Tapi..lepas operation besar kan soleh buka mata... Bila kita tegur dia..dia akan merengek menangis. Belum terbit senyuman di bibir soleh sejak operation itu. Dia seakan bingung dalam dunianya sendiri.


Namun...tak terlintas pula nak merungut itu dan ini. Malah ..syukur Alhamdulillah..soleh masih diberi peluang hingga ke hari ini. Allah swt sudah berikan rahmatNya dari berisiko hinggalah pembedahan itu berjaya. Terima kasih ya Allah...dan juga doa dari kalian.


Semalam, khamis..soleh sudah menjalani brain scan sekali lagi. Kalau sebelum ni soleh sampai kena telan ubat tidur dan meronta nak tenangkan dia. Kali ni tak perlu telan atau suntik apa-apa. Malah mengambil masa hanya 10 minit saja untuk proses tersebut. Hanya menanti keputusan dari doktor. Berdebar juga kerana keputusan tisu ketumbuhan itu pun belum diketahui sama ada kanser atau bukan.


Petang itu juga dr.kumar datang membuat lawatan. Soal selidik dijalankan. Dia sarankan soleh diberi menghisap air kosong menggunakan botol susu. Ini untuk melatih semula otot-otot hisapan dan telan dalam mulut soleh. Selama ni pun aku ada bagi air bacaan Al quran..tapi tak la guna kan botol. Cuma titis-titis. Dia telan..setelah di cuba memang soleh masih perlukan latihan. Ye lah..ketumbuhan yang besar itu tumbuh di kawalan pusat aktiviti badan..denyutan jantung, bernafas, mata, pergerakan, perpeluhan, menelan dan macam-macam lagi la. Memang soleh perlukan masa untuk melatih itu semua kembali. Sebelum itu, dr. Siti pun ada sarankan soleh untuk di "cara kerjakan" di bahagian fisioterapi. Tetapi buat masa ini, aku berikan urutan dulu supaya soleh tak terkejut nanti.


Setelah dr. Kumar meneliti fizikal soleh..keputusan scan di lampirkan di hadapan aku.


"ketumbuhan itu sudah dikeluarkan semua..kerana dalam scan ini sudah tidak menunjukkan apa-apa. Keputusan tisu ketumbuhan juga telah dikenal pasti. Ianya jenis A......(aku tak ingat n lupa google tadi). Iaitu jenis ketumbuhan yang baik..dan bukan kanser. Air pun sudah berjalan seperti biasa. Apa yang perlu kita tunggu..dia pulih dengan sendiri.."


Alhamdulillah..setelah berjuang dalam masa terdekat seperti dah tak sempat...Allah telah buktikan..ikhtiar selagi mampu. Kerana ketentuan di tangan Nya. Memang penerangan dari doktor ini meringankan sedikit resah di hati. Walau soleh masih begitu, berita baik itu sedikit melegakan. Doktor juga ada menyatakan yang soleh tak perlukan tiub dalam kepalanya yang terus ke perut itu lerana sudah tiada apa-apa yang blok kitaran air dari otak. Cuma dia nakkan kepastian..mungkin soleh akan di scan sekali lagi selepas seminggu. Isnin depan jahitan kepala soleh akan dibuka.


Diam tak diam, dah nak sebulan aku menginap di hospital. Selama itulah pelbagai ceruk aku dah pergi..pelbagai proses aku dah tengok..pelbagai bilik dah aku duduk. Apa yang perlu diusaha sekarang..memberi sokongan dan membantu pemulihan soleh. Macamana dulu aku beriktiar..rasanya tak kurang seperti sekarang.


Cuma..cabarannya agak "berat" sikit sekarang..ye lah aku yang beratnya..aku dah mula jalan macam penguin. Kaki pun dah pandai kejang. Yang sebelum ni, betis kejang tu..terus menjadi sakit pada kaki...hehe dah rupa penguin tempang. Sabar aje la...mudah mudahan soleh sempat sembuh dan pulih sebaiknya sebelum aku melahirkan. Kalau tak..mesti tak senang hati nak admit wad tunggu bersalin.


Emak aku yang bersama-sama aku setiap masa dan ketika sejak dari mula soleh masuk icu sebelum operation dulu pun dan beransur ke kampung di Perak. Kasihan juga aku nengoknya..tapi bebenor dia adalah kekuatan aku. Aku kuat hadapi semua ini pun kerana dia sentiasa di sisi..walaupun terkadang..ada gak terasa di hati..tapi masing2 berperanan sebagai ibu kan.


InsyaAllah..ahad ni en.hubby akan hantar dia ke kampung. Kalau ikut mak..hantar dia nak keretapi pun boleh..takkan la kejam sangat laki aku tu kan..(ye ke..hehe)...


Emak aku kata..dah selesai sini..nak hadap yang kat kampung pula. Kakak ipar aku yang duduk depan rumah emak aku dah nak cukup masa nak bersalin. Doktor pun dah sahkan mungkin dia kena dibedah...bedah lagi...hehe...sebab nak lahirkan anak kembarnya. Bermasalah kerana hanya satu kepala saja di bawah..satu kepala lagi tidak. Itupun kira rezeki..dia dapat sekali gus dua orang sebab umur akak aku tu dah lanjut dan banyak masalah kesihatan pula. Dalam susah dia nak dapat anak..sempat rezeki dia dapat 3 orang anak campur yang sulung baru berusia 3 tahun. Moga semuanya berjalan dengan lancar.


Ok lah..sempena jumaat yang sentiasa barakah..moga hari kita di dalam kerahmatan Allah..amin..


Published with Blogger-droid v2.0.2

12 comments:

  1. alhamdulillah kak, soleh mmg anak yang kuat :)

    ReplyDelete
  2. syukur alhamdulillah....
    semoga soleh kuat semangat & cepat sembuh ya syg....

    ReplyDelete
  3. soleh mmg kuat.. bertabah ye kak.. insyaAllah soleh akan sembuh sepenuhnya.. doa kami bersama² akak..

    ReplyDelete
  4. Harap2 adik soleh cepat sembuh!!! Akak pun jgn lupa jaga kesihatan...

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..berkat usaha dan pengorbanan akak..Allah permudahkan segalanya..jasa ibu memang xternilai harganya..

    ReplyDelete
  6. akak memang sangat tabah. kalau saya duduk kat tempat akak, tak pasti mcm mane perasaaan saya. masa bby masuk spital 6 hari sbb radang paru2 pon sy dah meroyan menangis sampai 1 spital duk pujuk saya.
    saya doakan soleh cepat sembuh dah aktif mcm kanak2 lain. ini ujian Tuhan, hanya yang terpilih akan terima ujian ni. Untuk rapatkan kita dengan Penciptanya..

    ReplyDelete
  7. alhamdulillh k.nora...lega ati ni ble dpt bce ksah soleh...semoga sumenya sentiasa berada di dalam keadaan yg baik2 je...kami disini pn akn sentiasa mendoakn supaya adik soleh kembali seperti sedia kala...di harap proses pemulihan adik soleh akn bjalan dengan lancar x sabar nk tgok adik soleh aktif kembali...inyallah...

    ReplyDelete
  8. Semoga Soleh cepat sembuh.. dan doa orang tua atas nama anak terkabulkan. jadilah manusia yang soleh.

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah, soleh dah semakin sihat. berkat doa akak sekeluarga soleh semakin pulih :)

    ReplyDelete
  10. salam akak,

    semoga soleh cepat sembuh...soleh kuat orgnya..jaga diri ya akak :)

    ReplyDelete
  11. salam akak,

    semoga soleh cepat sembuh...soleh kuat orgnya..jaga diri ya akak :)

    ReplyDelete
  12. nasib baik bukan ketumbuhan yang bahaye.. alhamdulillah =)

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...