Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Thursday, January 12, 2012

Sedikit kekuatan untuk meneruskan kisah Soleh..

Selasa, 10 jan 2012...aku ke hospital seperti biasa. Aku tak tunggu di wad memandangkan kesihatan yang tak mengizinkan. Lagipun aku percaya pada nurse yang menjaganya. Sebab Soleh hanya tidur pada waktu malam.


Agak hairan ketika aku menjenguk dia di katil icu tu. Selalunya..soleh dah mula bangun dan merengek bila nampak aku. Tapi..kali ini Soleh longlai. Kebetulan doktor sedang memeriksa. Rupa nurse dan doktor tu macam tak menyenangkan hati aku. Tidaklah aku mencelah tiba-tiba. Hinggalah mereka seperti dah selesai dengan tugas mereka, barulah aku bertanya mengapa soleh agak perlahan pagi tu..kiranya dah nak tengahhari dah...


Nurse itu menyatakan malamnya dia tak tidur dan meronta. Aku katakan aku tinggalkan dia dah lena tidur dan agak lambat aku gerak balik..dalam pukul 12 tengah malam. Nurse kata...selepas itu yang dia bangun. Dan dalam pukul 3 pagi..dia seperti dah tak sedar apa-apa..di angkat..di cuit-cuit..terlalu diam dalam tidurnya. Aku bertanya, jika dia masih di bawah pengaruh ubat penenang...kata mereka tidak. Terakhir adalah ketika pukul 6 ptg selasa. Ye..aku pun ada masa tu..sebab soleh dah mula tak tentu arah..tambahan dia tak rehat dari pagi hari selasa tu sampai la ke petangnya.


Nampak benar soleh lemah ketika itu. Kata doktor..mereka sedang pantau sama ada kesan ubat atau kesan dari dia sendiri.


Di situlah..doktor menerangkan bahawa kondisi bahagian badan nya tidak lah menunjukkan masalah yang besar. Mengikut ct scan soleh yang terbaru..ada menunjukkan tumor di brainstem itu sudah menunjukkan pembesaran. Pastilah itu dalam keadaan bahaya kerana kedudukan tumor itu sendiri pun memang di bahagian yang bahaya.


Pakar neurologi dia pun, sudah memberi kata putus. Hanya ada satu jalan yang "mungkin" boleh menyelamatkan Soleh. Iaitu mengambil risiko menjalani pembedahan dan buang sebanyak yang boleh. Aku faham bila dikatakan risiko..sebab dulu doktor dah kata agak merbahaya jika Soleh menjalani pembedahan. Sebenarnya dah lama doktor suarakan cadangan itu. Berhari juga aku fikirkan. Bila aku suarakan dengan suami..belah mentua...belah keluarga aku..semua tak kata apa..macam berbalik semula kepada aku.


Al kisahnya..selasa..pada malamnya itu..aku minta nak balik. Sebab risau baju dah menimbun. Risau tak ada baju nak pakai nanti.


Selesai semua kerja..aku bersihkan diri dan tunaikan solat isyak. Dalam kepayahan itu..aku cuba kerjakan apa yang boleh..aku mulakan dengan solat hajat..isthikarah dak penutupnya witir. Mohon ampun aku.kepada Allah..bukan bila dah susah je baru nak buat semua tu..tapi sungguh itu baru aku terluang masa menghadap Mu. Sesungguhnya Kau maha lebih mengetahui. Aku sedar..aku baru sekali buat..memang pasti sukar untuk aku dapt petunjuk yang mana perlu aku buat..operate atau tidak. Namun..munajat aku sesungguhnya pada Allah...aku hanya ada Mu..susah senang ku..hanya pada Mu aku sandarkan hidup aku. Sampailah aku nak tidur tak putus aku mohon ampun..dan kasihanilah aku yang sungguh-sungguh buntu ini.


Dan masa di wad icu pada esoknya...entah..kenapa..macam-macam cerita aku dengar pasal operation..doktor pun bersungguh terangkan pada aku..dan dengan nama Allah..aku memilih jalan itu. Aku setuju...selamat atau tidak...itu kerja Allah...ini adalah sehabis-habis ikhtiar dari ibu untuk Soleh. Itu yang aku fikir..


Cuma..persetujuan aku tak laku. Perlukan persetujuan ayahnya juga. Dan pagi itu..ada "sesuatu" berlaku...hingga aku tak mampu nak beritahu abahnya dwngab sendiri. Aku nak bgtau emak mentua untuk minta pendapat pun..aku rasa tak boleh nak cakap. Mungkin rasa tersekat kerongkong ini. Aku terangkan kepada emak..dan minta emak sampaikan kepada emak mertua aku. Mula-mula ok..sekejap je aku tinggalkan emak..emak dah menangis sungguh2..kata emak..emak di subang sedih menangis-nangis juga tambahan mendengar keadaan soleh yang sungguh lemah. Aku? Bukan aku tak sayu..tapi sudah ku katakan bukan hati ini sudah batu...sedih..namun aku campak jauh-jauh...kalau diikutkan kesedihan takkan habis. Selagi Soleh ada umur..ibu ada dan berdoa pada Allah..dan pasti akan usaha selagi boleh.


Hinggalah petangnya..abahnya datang...agak sebak suaranya tengok soleh masih tak bangun. Bila dah agak tenang..aku suarakan cadangan doktor. Aku memberi pendapat aku...aku setuju..jauh sekali niat aku nak membunuh dia..tapi aku percaya..apa-pa yang berlaku..itu kehendak Allah. Yang penting Allah nak tengok sejauh mana kesabaran dan keimanan kita. Memang risiko dan dugaan yang menanti sudah berderet-deret tu..bayangkan..aku cuma ada 3 bulan saje sebelum melahirkan anak yang baru ini. Kadang-kadang rasa batu yang amat besar atas rusuk aku ni...


Akhirnya..suami aku pun setuju. Dan kami difahamkan doktor dah booking 20 januari ini sebagai tarikh operation besar berisiko itu...


Sambung kemudian..


Published with Blogger-droid v2.0.2

11 comments:

  1. semoga sentiasa diberikan petunjuk olehNYA dan sentiasa tabah ye Nora. Kami doakan yang baik-baik buat soleh.

    ReplyDelete
  2. tabah ya kak.. Doa kami semoga kesihatan soleh akan beransur pulih sepenuhnya..

    ReplyDelete
  3. anak kena ruam pun sy mengelabah cr ubat itu ini.. tak dpt bayangkan kalau dugaan akak ni sy yg pikul.. moga Allah permudahkan segalanya. Moga Allah memberi apa yg terbaik untuk adik Soleh. Moga Allah tabahkan hati akak nora.. Moga Allah berikan kebahagian dlm keluarga akak nora

    ReplyDelete
  4. rasa kerdil sangat kesusahan yg berlaku pd diri ini jika dibandingkan dugaan yg menimpa kak nora...
    insyaallah,apa jua yg tersurat&tersirat dlm ketentuan Allah ini,punya 1001 hikmah...
    sama2 kita panjatkan doa agar Soleh sembuh dan membesar seperti anak2 lain..amin

    ReplyDelete
  5. Salam akak.. kami semua mendoakan dan menyokong segala keputusan akak.. Insha Allah..
    Berserah padaNya..

    ReplyDelete
  6. Moga semuanya selamat kak.. saya dah baca semua entry kakak. Amin Ya Allah.. Selamatkan Soleh..

    ReplyDelete
  7. semoga semuanya dipermudahkan Allah untuk Soleh dan moga nora terus cekal dan tabah...

    ReplyDelete
  8. Salam Nora..

    Kakya turut mendoakan adik Soleh dapat melalui saat2 itu dengan penuh kekuatan. Anda juga harus kuat menerima ujian ini. InsyaAllah. Amin.

    ReplyDelete
  9. kak nora , minta maaf lama x dtg blog kak ... kak .. sungguh berat ujian pada akak .. tp insyaallah .. hanya Allah yg ada kuncinya .. tawakal n terus berdoa yea.. kak ..saya akan bersama akak .. :))

    ReplyDelete
  10. As'kum..kaknora,tabahlah.

    InshaAllah utk usaha kaknora dari segi pemakanan akak cuba lah biji aprikot utk adik,inshaAllah dapat mengecilkan tumor..InshaAllah,itu semua kerjaNya,kita hanya mampu berusaha..
    Kalau nak jenguk, klik sini

    http://b17nitrilosides.blogspot.com/2008/09/kenapa-kita-harus-makan-apricot-kernels.html

    Akak, Allah sangat sayang hambaNYA..sayang sangat-sangat..

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...