Hari ini...masuk malam ke - 4 soleh dalam icu. Beruta baiknya..soleh dah dilepaskan dari mesin pernafasan. Doktor kata mesin itu hanya membantu soleh sedikit je. Maknanya soleh tiada masalah pernafasan. Cuma sekarang soleh ada jangkitan kuman di paru-paru akibat kemasukan makanan dan air dalam paru-parunya ketika dia tersedak. Shunt pun tiada menunjukkan masalah..tandanya tiada air yang banyak terperangkap dalam otaknya.
Doktor memberi penjelasan tentang ketidakselesaannya...
Itu mungkin berita buruknya. Jika dalam masa seminggu soleh menunjukkan kesan guling-guling atau seperti tekanan rasa sakit...doktor cuma ada satu jalan.
Iaitu mengambil risiko membuat pembedahan kepada soleh yang masih bayi lagi. Kenapa di katakan mengambil risiko? Sebab soleh tak sesuai menjalani pembedahan itu...berbahaya...
Akak nora faham maksud doktor itu. Dan percayalah...akak nora dah tak berdaya nak menangis...pertama kali dalam hidup..akak tak mampu nak mengalirkan air mata dah. Mengalir dengan sendiri pun dah tiada...mungkin hati ini sudah mula faham..atau adakah itu yang dimaksudkan dengan "redha"?
Niat akak..jika diberi peluang lagi..akak sentiasa berusaha untuk yang terbaik. Jika itu takdirnya....akak nora redha...sebab akak nora percaya soleh ada tempat teristimewa di sisi Allah..tambahan dia tiada dosa apa dengan akak nora terlalu suci...murni. Terima kasih kepada seorang pembaca kisah akak yang tanpa nama..membaca komennya sebegitu...terasa sungguh sejuk. Mungkin dalam kekalutan..benda yang besar tu pun akak nora tak nampak. Juga buat yang lain...doa anda..hanya Allah saja mampu balaskan.
Apa yang terfikir sekarang...isthikarah..mencari pemilihan yang terbaik buat soleh...Ya Allah...pada Mu ku letakkan pengharapanku..
InsyaAllah kak, sy doakan yg terbaik buat akak dan soleh. kalau jd apa2 dekat soleh nanti, insyaAllah dia tunggu akak di pintu syurga kelak.
ReplyDeletesedih lak nak baca.. semoga akan sentiasa tabah ye...
ReplyDeletesemoga akak tabah.. sy doakan soleh kuat.. sabar ye kak..
ReplyDeletekuatkan diri kak, untuk keluarga kakak, dan yang paling penting untuk anak dalam kandungan...
ReplyDeleteSaya doakan yang terbaik untuk Soleh...
ReplyDeleteAllah lebih mengetahui nya... Tabah nya kakak, saya kagum... Saya menaip komen ini pun dengan airmata yang berjuraian...
akak sabar yea..saya mendoakan yang terbaik untuk akak..sebagai seorang ibu saya faham apa yang akak rasa..
ReplyDeletesaya doakan anak akak akak sihat..baby saya pon dalam wad nicu..masalah pernafasan..masuk wad sejak di lahirkan 30.12.2011...saya paham perasaan akak..
ReplyDeletesemoga sesuatu yang baik akan muncul.semoga tabah ye kak.
ReplyDeletememang Nora tabah.... sangat tabah! sudah banyak usaha dan ikhtiar untuk dik Soleh... teruskan usaha, teruskan lagi ikhtiar, dan teruskan doa & tawakal...!
ReplyDeletesama-sama kita doakan supaya dia cepat sembuh..
ReplyDeleteAkak..Soleh anak yang hebat.. moga dia kuat.. dan utk akak sekeluarga... tabah dan kautkan semangat.. Allah syg akak n family.. diduga keimanan dan kesabaran... semoga adik Soleh akan sembuh...
ReplyDeleteMoga adik Soleh kuat dan cekal, insyaAllah kak..
ReplyDeleteTabahlah wahai Ibu..
tabahkan hati sha...semoga soleh makin sihat dan kuat semangat senantiasa...
ReplyDelete