Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Sunday, November 20, 2011

selesai yang kecil...tunggu yang besar pula..

semalam ...agak berlaku sedikit kekalutan di dalam dewan bedah. rupa-rupa doktor bius sepatutnya tak selesai kerja lagi. mereka terpaksa hubungi pakar bius yang lain..yang entah ke mana. adik soleh..dah macam cacing kepanasan. histeria...yelah..dah nak separuh hari dia berpuasa..baby..tentu la menggelupur kan.


lama juga akak nora bergelut dengan soleh. tak ada siapa boleh menolong sebab dia dah sampai tahap tak boleh dipujuk. hinggalah abahnya sampai pun begitu juga...tapi ada la diam sekejap. bukan apa..dah la lapar..bila banyak menangis lagi la penat kan.


lebih kurang hampir 2 jam..kami yang menunggu di bilik menunggu di kejutkan dengan kehadiran doktor kumar.


"selesai..semuanya ok.." Alhamdulillah..selesai yang pertama. kurang bahayanya sedikit pada soleh.


di dalam icu..ketika aku masuk, rupanya soleh dah bergelut dengan nurse dia..cepat2 aku angkat dia dan bercakap-cakap dengan dia. yela..masih lagi mamai kan..dia ok..


segalanya ok..hinggalah pukul 2 pagi. soleh tak tentu arah. sekali lagi meraung. tangannya sibuk nak tarik wayar-wayar dan jarum-jarum yang ada pada badan dia. bagi susu gak nak..semua tak nak. sebenarnya..akak nora pun dah penat dik..tak dapat rehat lagi. tapi..Alhamdulillah syukur teramat sangat sebab emak akak ada sekali menemani akak. kami minta belas kasihan nak tunggu berdua memandangkan akak mengandung dan kesihatan agak lemah sedikit.


nasib baik emak ada..memang aku taj boleh bergerak..nak kencing pun tak boleh..ni tengah menahan lagi. haha..emaklah yang bantu bancuh susu..betul wayar berselirat dan macam-macam..sungguh besar pengorbanan emak..


keadaan tak selesa bagi soleh itu berlarutan hingga pukul 5 pagi..dan nurse ambil keputusan bagi ubat tahan sakit dan ubat demam. baru soleh boleh bertenang hingga sekarang..sian opah..dia sambung tido kejap..


jadi sekarang..selesai yang kecil. kami menunggu untuk masa dan ketika.doktor nak keluarkan benda tu..aduh..nak sebut apa dia dah ngeri dah...


Published with Blogger-droid v2.0.1

8 comments:

  1. terus berdoa dan tabahkan hati ye Nora...untuk Nora pula jangan lupa jaga kesihatan diri serta yang dalam perut tu dik....insya-Allah yang seterusnya akan lancar.....mudah-mudahan....Amin ya Allah!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dan Insyaallah semoga semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna. Nora kuatkan semangat dan tabahkan hati semoga semuanya dipermudahkan. Harap-harap Soleh sihat dan bertahan sedikit.

    ReplyDelete
  3. kuatkan semangat dan berdoa selalu. Insha-Allah, segala-galanya akan baik-baik sahaja.

    ReplyDelete
  4. semoga segala selamat....
    tak sanggup sy tgok dugaan sebegini...
    sabar ye kak..bykan berdoa padaNYA...
    INSYAALLAH...

    ReplyDelete
  5. semoga adik soleh cepat sembuh...amin

    ReplyDelete
  6. apa2 lagi kak nora update yea... sedih la..kuatkan semangat ye kak ...

    ReplyDelete
  7. aslmkum nora.. apa kbr.. mcm mn perkembgan soleh.. harap sgt soleh semakin sihat yer.. smga nora seisi krga tabah menghadapinya n jgn lupa jaga diri..

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...