Baru taip tajuk..air mata dah bergenang. Dari semalam aku tahankan...jgn sesekali menangis. Oleh itu aku tak jawab sebarang komen..msg..atau panggilan dari sesiapa. Maaf..aku perlu tenangkan jiwa ini. Mungkin cara aku agak kasar..tapi tolong maafkan aku. Itu saja cara untuk aku tabahkan jiwa yang bila-bila masa terpesong ke arah raungan..aku cuba elakkan..moga lebih bertawakal dalam usaha.
Namun..tidak sekali aku ketepikan segala doa dan harapan kawan-kawan diluar sana. Makbed...terima kasih teramat..kerana sudi buat entri..aku baca..tapi aku tak sampai hati nak komen..aku di.sime darby medical centre subang jaya. Aku hargai keprihatinan mu.
Buat raudah..teman lama aku..tapi dia sumber inspirasi aku. Entahlah..mungkin ada ciri istimewa.pada dia..walau dari jauh berhubung..dia tak putus putus menyokong aku. Terima kasih juga atas ke prihatinan mu mengajak rakan rakan fb mu berdoa buat soleh.
InsyaAllah kawan-kawan...jiwa ini akan tetap tabah walau bengkak rasa hati ini. Namun..pegangan hidup akak..banyak memujuk jiwa ini
"jangan mengaku beriman selagi tidak diuji.." dalam hati aku cuba semat sedalam-dalamnya..aku redha dan usaha selagi boleh dan bertawakal pada Mu ya Allah.
Terkini..soleh baru tidur selepas sejam dia mengamuk meronta tak boleh dipujuk. Runtun hati ini..tapi bersabar ya soleh. Dia kehausan..mungkin juga kelaparan. Dia disuruh berpuasa dari pukul 7.30 pg tadi. Jadi..bayangkanlah keadaan perut dia sekarang. Ibu sentiasa akan beri sokongan buat soleh..
Pukul 1.30 tengah hari nanti..soleh akan menjalani satu pembedahan kecil..walau kecil macamana sekali pun..harap semuanya berjalan dengan baik dan lancar.
Pembedahan itu bertujuan memasukkan satu tiub halus di otaknya untuk menyalurkan bendalir terkumpul diotak tu ke perut. Dengan itu..keadaan soleh akan lebih selamat..kerana pengumpulan bendalir itu boleh.menyebabkan soleh dalam bahaya..mungkin akan lumpuh sistem badan..nauzubillah..ya Allah..
Selepas itu..dia akan menjalani MRI dan pembedahan besar pula akan dijalankan untuk mengeluarkan ketulan ketumbuhan di belakang kepalanya...
Itulah buat setakat ini. Terimakasih kepada yang perihatin..akak nora baca dah hargai semuanya...terima kasih atas doa anda. InsyaAllah..akak nora takkan putus asa..terima kasih
....tabahlah Nora....kuatkan iman ye sayanggg...insya-Allah semuanya akan selamat!
ReplyDeleteNora ~ sabar dan tawakal. sesungguhnya Allah sayangkn Nora dan Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk Nora dan keluarga...sbr yer..insyaAllah...kami doa yang terbaik untuk Soleh...
ReplyDeletesabarlah kak nora.. tersentuh hati baca Ujian Tuhan pada Soleh. Moga di permudahkan segala urusan & soleh sembuh sepenuhnya
ReplyDeletesmga nora terus tabah dan kuat..
ReplyDeleteInsyallah. Soleh masih muda. Dia akan cepat sembuh. Syukurlah tidak terlewat utk kita tau pasal keadaan dia.
ReplyDelete