Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Thursday, November 17, 2011

kita ingatkan kerana jatuh..tapi kerana itulah soleh kerap jatuh..

Sambil memaparkan report scan Soleh..doktor memulakan penerangan.


"memang ada keadaan abnormal di otak anak. Otak kita memang ada kawasan untuk kitaran bendalir dari otak ke tulang belakang contohnya.

Sekarang ni..cecair yg terkumpul di otak anak tak dapat dialirkan. Terkumpul di otak dan ini menyebabkan gangguan pada sistem saraf..itu yang kita nampak dia dah mula macam tak stabil.."


Penerangan pertama tu dah cukup...membuatkan aku terkedu tak berkata-kata. Hubby turut terdiam..pasti dia pun terkedu. Yg riuh hanya izzat..yang tak mengerti apa-apa.


Doktor menyambung..


"apa yang menyebabkan keadaan ini berlaku..ada sesuatu yang menyekat laluan air ini. Dan kami suspect ada KETUMBUHAN di kepala anak."


Apa perasaan anda...pastilah lemah longlai lutut aku mendengarnya..aku kuat..kuat...aku taknak mudah lemah..penerangan harus di dengar selanjutnya. Aku berjaya..tahan segala-galanya...air mata nak bergenang pun aku tak benarkan.


"mengikut saiz dan keadaannya..kami percaya benda ni dah lama ada..cuma baru sekarang ia menunjukkan kesan. Mungkin kesan-kesan ini kita ingat disebabkan dia kerap jatuh dulu. Tapi..sebenarnya inilah yang menyebabkan dia kerap jatuh...dia tak boleh stabil.."


"yang pasti kita kena buat sesuatu..dan saya dah rujuk Pakar bedah otak..mungkin dia boleh memberi jalan penyelesaiannya.."


Aku balik ke wad sambil memeluk erat soleh. Di bilik kami terdiam. Hubby dah mula merenung soleh. Kebetulan bubur pun dah sampai..aku mula menyejukkan bubur untuk soleh. Di kala itu...apa yang aku tahan di bilik penerangan tadi tak dapat aku bendung...


Hubby menenangkan aku..aku bukan meraung...cuma air mata tak nak berhenti..tapi sekali lagi aku kena kuat..kuat..kuat..sebab soleh turut sama menangis tengok aku macam tu..macam mana dia nak makan..kan...


Kami menanti....


Published with Blogger-droid v2.0.1

10 comments:

  1. tabahlah kak..moga Allah melindungi Soleh dari segala kesusahan & kesukaran..moga pembedahan Soleh berjaya...moga Soleh panjang umur

    ReplyDelete
  2. sayu nya hati akk membaca kisah soleh..smga soleh cepat sembuh dan nora skrga terus tabah mengharungi dugaan ini.. berat mata memandang tentu lebih berat bahu yg memikul.. smga Allah mempermudahkan segala urusan.. amin

    ReplyDelete
  3. Salam Sya...terkejut sungguh akak bila baca ni...Allah sedang menguji hamba2 nya...Dan Allah tahu Sya antara yg kuat coz menerima ujian sebegini...I know u are strong...Akak doakan yg terbaik buat Soleh.. Kuat kan semangat yer Sya

    ReplyDelete
  4. Sabar ye nora...sedihnye kak ain bace n3 ni...
    Kalau kak ain dah lame asyik nangis jer...nora mesti kuat tau dan semoga allah permudahkan segala-galanye...ini semua dugaan dari allah pada hambanye...

    Semoga soleh akan sihat seperti biasa...

    ReplyDelete
  5. Ya Allah.. apa yg aku harapkan agar si ibu bertabahlah. Jangan sesekali patah semangat. Doa ibu yg melahirkan dan menyusukan itulah yg mustajab. Bersabarlah wahai sahabat. Seperti mana ko sabarkan aku dgn komen berjela-jela dulu ketika aku dlm kerunsingan, camtu jgak la aku akan buat ngan ko skang.

    Kami sahabat-sahabat blog mu akan sentiasa menyokong. Err..admit spital mana ek?

    ReplyDelete
  6. Sabar yea .. kak nora .. saat ni kita sama2 kena kuat semangat ... kalau apa2 kak tulis je kat blog insyaallah ramai yg akan membantu .. sekurang2nya kalau ramai berdoa .. pun dah kira membantu jugak kan ...

    ReplyDelete
  7. sabar ye...berat mata memandang berat lg bahu yg memikul. insyaallah mudah2an semuanya dipermudahkan

    ReplyDelete
  8. Nora,
    kita semua faham dan cuba menyelami apa yang Nora alami...apa yang mampu kita lakukan Nora...Nora dan suami sudah cukup berusaha, bertikhtiar, pihak hospital cuba sedaya upaya...insya-Allah, Dia Maha Pengasih dan Penyayang...didengari setiap doa hamba-Nya, mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan Nora, suami dan soleh...

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. I thu Hati Seorang Ibu,kesabaran menjadikan kita kuat

      Delete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...