Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Saturday, December 10, 2011

kisah soleh

Terlalu lama tak up date blog. Apatah lagi dengan kisah terbaru Soleh. Kejadian yg ditetapkan untuk akak nora ni..benar-benar mengubah jadual hidup aku setiap hari. Bukan tak mahu kongsi kisah..tapi masa tak mengizinkan..bila dah ada masa terluang...badan yg makin membesar minta berehat. Jadi..bersawang la ms lappy aku atas meja nun..paling kerap pun aku jengahkan diri di alam facebook. Tu pun pasal ada teknologi moden ni haa...jadi, sebelum pejam mata penat ke..tidurkan soleh ke..boleh le aku on kejap kan. Ingatkan nak berblog guna laptop..jadi boleh la buat kisah bergambar. Tapi..kalau tunggukan juga saat dan ketika itu..alamatnya...masuk tahun depan pun gitu aje la blog aku...mungkin tak ada orang kisah, tapi..ada juga insan-insan berhati mulia masih mengambil berat kisah aku. Terima kasih..

Panjang betul muqadimah ye..maklumlah dah lama tak menaip..akhir sekali guna hp juga la ek...


Selepas..pembedahan masukkan shunt atau tiub untuk salurkan air dari otak ke perut soleh..sikap soleh berubah mendadak. Ye lah...mungkin sakit yang dia saja tanggung dan tambah pula dengan fobia. Nasib baik..mak aku ada sekali. Atas desakan en hubby..nurse benarkan emak aku temankan aku menunggu soleh. Mujur ada emak..bila soleh mengamuk..aku tak boleh gerak..perap je dengan dia atas katil. Emak la ke hulu ke hilir buat susu atau bantu apa yang boleh. Aku..nak ke tandas pun rasa macam nak menyelinap lari dari rumah...memang dugaan. Setiap malam...tidur tak menentu..pastilah kasihan lagi pada soleh..mungkin sakit..bila tersedar tengah malam dia menangis meraung berguling-guling hampir 3 jam. Nurse pun tak tahu nak buat apa..ini kan pula aku. Apa yang mampu..bacalah apa  yang boleh..bila aku pun penat..aku sambung dengan bacaan mp3. Menangis dalam hati aku melihat anak kecil aku begitu..tapi..aku tak nak mak susah hati. Ye lah..aku kena kuat..tambahan aku bawa nyawa lagi dalam perut aku.


16h nov..sabtu..esoknya..sekali lagi soleh berpuasa untuk menjalani MRI sekali lagi. Dugaan juga tu..ingat senang ke anak kecil itu menahan lapar dan dahaga...berkali kali aku bisikkan surah Al kauthar..moga hilang dahaga dia. Selepas bertarung..Soleh di bawa juga ke bilik MRI. Selepas di beri ubat tidur..pemeriksaan dalam gelung pun dijalankan. Lama juga..hampir 2 jam...hingga sempat aku jenguk di cermin tu soleh dah terjaga dalam gelung tu. Apa dalam hati..Allah je tau...


Malamnya...pakar bedah otak atau Dr.Kumar namanya berjumpa kami di wad soleh. En hubby pun ada masa tu...aku takkan lupa detik itu..sekali lagi aku tak mampu membendung tangisan aku....


Published with Blogger-droid v2.0.1

6 comments:

  1. kesian akak Nora.. semoga semuanya d permudahkan yaa.. harap adik Soleh cept2 sembuh hendaknya.. Insya Allah.. redha dengan ketentuan Nya

    ReplyDelete
  2. As'kum ..

    Semoga kaknora dan keluarga tabah menghadapi ujian ini dan mudah-mudahan adik Soleh kembali pulih dan sihat kembali..aminn

    ReplyDelete
  3. kuatkan semangat kak
    insyaAllah dalam setiap kesusahan adanya kemudahan

    ReplyDelete
  4. Assalam Nora,
    syukurlah...Nora memang sentiasa tabah, dan akan lebih tabah selepas peristiwa ini, sentiasa tenang dan insya-Allah segalanya berjalan lancar, ingat yang satu lagi di dalam tu, jaga kesihatan ye Nora sayangggg....

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...