Kami pulang juga ke kampung malam itu juga. Kata adik aku, emak merayu juga suruh kami pulang. Katanya, dia lemah..ibarat semangat yang hilang. Kata adik aku..."jom kita balik, nyanyikan lagu Semangat Yang Hilang kat emak..". Bunyi macam lawak bodoh je kan. Tapi, itu cara kami tenangkan hati yang risaukan emak di kampung.
Kami bertolak pukul 10 malam. Boleh tahan juga..kereta banyak melalui lebuh raya utara selatan tu. Maklumlah, mungkin mereka mengambil kesempatan cuti dari hari Khamis hingga Ahad tu kan. Bercuti-cuti Malaysia la tu...
Adik aku ni..kategori minah rempit juga ni...berderum kancil tu dibuatnya. Kami sampai pukul 12 lebih. Sampai dirumah, emak baring di ruang tamu..tempat kami nak melanding nanti. Nampak kusut di wajah emak. Kalau ikutkan..memang aku nak hangin dengan 'masalah' yang menyebabkan emak begitu. Tapi, buat apa menambah kusut dalam jiwa emak kan...
Sepanjang aku di kampung, kami hura-hura..tengah-tengah hari memancing kat lombong depan rumah emak. Yang tak tahan..emak pun ikut turun ke lombong. Bosan..bukan bosan tak dapat ikan...pantang letak umpan..ikan pun sentap. Adik aku bengan..dah 3 joran bersimpul dek anaknya. Ikan pun tak dapat-dapat. Abang Izzat dah lama balik rumah. Panas... Akhirnya, aku serahkan joran aku kepada adik aku. Ha ha ha...memang tak de tuah la ko..ikan pun tak nak.
Bila balik...semua tumbang, muka terbakar..haha..giler memancing tengah hari buta...rasa macam tak ada nafas penatnya memanjat bukit balik rumah.
Alhamdulillah..masa kami di sana emak bertambah sihat. Aku pun tak mampu nak usahakan macam mana lagi. Nak ajak mak duk rumah aku, kempunan la..
Ahad, kami pulang dengan doa dan harapan. Semoga Allah terus memberikan kesihatan yang baik buat emak dan melindunginya walau di mana dia berada.
Seiras tak kami...? Masa ni..raya ke-4..bercuti di Pangkor...
wah bestnya memancing.. apapun kita tlg doakan mak akak nora di beri ketenangan & kesihatan yg baik
ReplyDeleteaslmkum nora.. wah sempt memancing lagik.. smga emak nora dah sembuh.. akk jwb kt sni eh.. kek LB tu rspi akk CP jer..kebetulan ada stok planta yg tak habis2 ..so akk guna jer planta n hasilnya bagi akk dah cukup sedap.. GC tu mmg tak halal.. klau nk guna butter yg sedap gunakan SCS..
ReplyDeleteAlhamdullilah..mak makin sihat..
ReplyDeleteHehehhe..seiras lah...ni betul2 anak mak :P
alhamdulillah...
ReplyDeletememang seiras la...
anak mak kan...