Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Wednesday, September 14, 2011

"Abang accident tadi.."

Sedang aku menyuap makan dua mulut kecil ni, kedengaran pintu rumah di pulas-pulas dengan kuncinya. En.hubby balik. Awal...

Salam diberikan sambil tersengih kambing depan muka pintu.

"Yang..tadi abang accident.." kata dia sambil sengih-sengih kambing sefamily..

Apa reaksi yang perlu aku tunjukkan?

"Macamana accident pulak.." itu yang terpacul dari mulut aku.

"Eh..boleh tanya macam tu pulak ke?" balasnya.

Aku pun beri kata dua..tak boleh bebel. Nanti dia ingat aku tak ambil berat pula.

Tapi, sebenarnya memang aku tak minat cara dia bawa kereta. Selalu aku katakan nak tau dia ok ke tidak memandu, cuba bawa pesakit jantung. Tengok sama ada dia sampai dalam keadaan tenang atau tidak.

Kalau malam-malam, serius ngantuk macam mana aku tak boleh tidur. Tekanan perasaan ooo...paling aku manyampah orang bawak kereta ikut belakang kereta hadapan tu serapat yang boleh. Berkali aku katakan, bahaya kalau dibuatnya orang depan tu brek mengejut. Lagi satu, kalau dah nampak orang depan brek, kenapa masih tekan minyak lagi..bersedia lah untuk kita pula membrek.

Dia selalu kutuk perempuan bawak kereta. Aku kata, itu perempuan yang dia kata tu..

aku perempuan lain..aku tak suka bawa menggelupur. Nak laju tengok tempat la. Jangan macam nak terberak sangat. VIVA tu dah lunyai semua angkara dia. Kalau ngutuk aku tak kemas kereta hebat tul...at least aku ta calar balarkan atau remuk redamkan kereta tu.

Huh...emo tul aku. Pasalnya aku selalu nasihatkan dia. Tapi, tak ambil endah. Pernah masa Izzat baby lagi, dia duduk dalam bekas baby tu di belakang. teguh tu. Tapi, dasyat tak dasyat nya org ni membelok sampai tertonggeng terbalik bekas baby tu.. izzat yang sungguh lembut badannya ketika baby terperosok masuk bawah kerusi pemandu. Adik Soleh pun dapat sekali kejadian macam tu. Tapi, badan dia keras..dia tak jatuh teruk sangat sebab dia imbangkan diri dia dan berdiri berpaut di kerusi belakang tu.

Tu, en.hubby ke kedai nak ganti bumper. Tahun lepas kes bumper belakang..ni bumper depan pula. Nauzubillah...dah bebel bebel kan....syukur Alhamdulillah tak jadi apa-apa pada abah Izzat dan Soleh ni.

Berhati-hati lah di jalan raya. Jangan sampai hantu raya pun takut dengan anda.

6 comments:

  1. nasib baik tak de kecederaan fizikal....huhuu

    ReplyDelete
  2. huih..ganaih nya laki ang bawak keta. berbahaya nih. sila insuranskan anak-anak anda segere.. *promot. HAHAHHA..

    ReplyDelete
  3. huhu sabar sabar kak nanti kereta tu plak terbakar..
    memang bahaya memandu rapat2 ni..
    bumper lah yg kena dulu..
    semoga pasni dapat bawa dengan cermat..

    ReplyDelete
  4. Myra pun kalau tengok orang bawak keta nyucuk rapat jadi risau, nanti takut tak sempat kan..

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...