Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Tuesday, December 25, 2012

kami dan wad di SDMC

Bulan disember 2012 kian melabuhkan tirainya untuk menyingkap tirai baru Januari 2013. Sudah setahun lebih rutin hidup ku sebahagian besar di SDMC. Temankan Soleh, selebihnya di rumah mak mertua aku memandangkan rumah kami sedang diubahsuai. Maklumlah banjir melanda. Akibat kos, kerja pembaikan asyik tertangguh. Tekanan..aku rasakan hidup aku umbang ambing..sebab ruang untuk diri sendiri tiada. Bukan tak ada..tapi terhad. Ye lah..rumah orang kan. Itupun kira bersyukur, masih juga ada ruang aku menumpang untuk melayan kerenah anak-anak dan menghabiskan tempahan baju kurung.

Berkisah tentang Soleh, kansernya, rawatan kemoterapinya..pastilah tak boleh dipisahkan dengan rumah keduanya di paed ward SDMC, Subang Jaya ni. Memang kerap kami ke sini, menginap hingga seminggu atau lebih sekali masuk, masa soleh teruk akibat baru mengenal kemo, selang seminggu aku di sini bersama anak-anak lain menemani Soleh.

Nak taknak terpaksa buat macam rumah sendiri.

"Awak memang ibu yang bagus..baik..saya pun tak tahu macamana u handle anak sakit, baby kecil, semua anak ada...very strong mother.." aku senyum jek bila dr. Lin menyuarakan apa yang terbuku dihatinya.

Kalau diberi pilihan, siapa yang larat..anda larat ke? anda mahu ke? tiada siapa yang mahu.
Tapi untuk mengeluh..sungguh tidak bersyukur dengan pemberian Illahi ini.

Pejam celik..pejam celik..emak pun dah tiada..sedar-sedar setahun juga aku hadapinya. Cuma sekarang Iffat dah besar sedikit. Ligatnya makin bertambah. Aku di sini, dia dah merayap ke sana. Aku baru nak duduk, dia dah panjat di sana, Bahaya...lalu ku pohon belas kasihan ibu mertua. Alhamdulillah..nampak kesudian dia membantu. itu pun kadang kala ku minta en. hubby bawa mereka ke wad. Biar aku jaga juga, kurang sikit la kepenatan emak tu.

dulu...




sekarang, budak ni tak selembut wajah dia.


 Sementara nak solat kena kepung apa yang boleh, nak elak ida entah hilang ke mana sementara ibu solat. huhuu
 Semalam tidur sini dengan abah sekali. Tapi, dah balik semula paginya. Janji petang ni nak datang semula. Abg Izzat tak suka. Sejuk katanya..hehe..mcm iceland..

Kisah soleh pula...


 Demam soleh tak ada dah dari hari sabtu, tapi macam biasa doktor takut lepaskan dia balik cepat. Tambahan darahnya masih rendah. Tunggu darah dia naik stabil sedikit.

Lepas 3 bulan lebih menjalani kemoterapi, rambut soleh dah mula keluar malu-malu.


 Asyik mamai nak tidur je, ye lah..bukan buat apa-apa pun. Makan dan tidur. Sejuk pulak tu...

Selera dah boleh tahan. satu sandwich subway tu tinggal suku je untuk ibu..huk..huk..tak pe la asalkan cepat gemuk.

Ok nak kejut soleh makan nasi pula. Asyik tidur je..


3 comments:

  1. alhamdulillah..moga ibu makin kuat n anak2 makin sehat hendak nyer..

    ReplyDelete
  2. rindunyer kat soleh..semoga soleh cepat sembuh yer =)

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...