Assalammualaikum.
Syukur kita masih bernyawa di hari Khamis ini.
Alhamdulillah..merangkak-rangkak juga akak nora menjenguk blog yang telah memberi sokongan kepada Soleh, maaf kalau masih ada yang belum akak nora follow tu. Mungkin masih ada yang terlepas pandang. Maaf ye..
Kali terakhir Soleh keluar wad pada 21 september
Namun, berkali-kali doktor ingatkan darah putih soleh masih rendah. Ditambah dengan keadaan Soleh yang tidak berapa sihat lagi. Kemungkinan Soleh akan demam lagi. Itulah risiko-risiko yang kita kena tanggung bila anak kecil sebegini menjalani rawatan kemo. Tambahan SOleh sudah masuk cycle ke 4
Lemah..darah rendah..tapi Soleh semangat juga. Bila bersiap nak balik, lagi la lebar senyumannya.
Sebelum balik, Soleh dibekalkan dengan segala macam ubat-ubatan untuk mengelakkan keadaan soleh yang berada dalam situasi 'fragile' ini.
"Macammana adik Irsyad nak makan ini semua..?" Kata ahli farmasi di situ.
Akak hanya tersenyum..InsyaAllah..ada jalan..tambahan selama ini, Soleh selalu memberi kerjasama.
Alhamdulillah..Allah ringankan sedikit kerja kami. Doktor beri kebenaran bawa balik ubat kemo ini. Selalunya kami akan datang hari-hari ke day care chemo hanya untuk soleh makan ubat ini..nama pendeknya VP16.
Selalunya..nurse akan selang seli dengan air manis untuk elakkan soleh muntah. Difahamkan ubat ni rasa besi..argh..macam mana ek. Tapi leceh..risiko meleleh keluar atau soleh tersedak. Sebab dah masuk ubat kemo tu, belum lagi telan mereka dah pancut air pula. Jadi, teruk juga soleh menelan
Kalau akak nora bagi..ok je..sungguh tenang soleh telan ubat rasa besi tu.
Ubat yang perlu soleh ambil setiap hari. Elak sawan dan bantu paru-paru dia yang mungkin mudah diserang virus pada tahap ini.
Dan juga supplement ini banyak membantu. Dari soleh habis operation.
Isnin 1 oktober - Soleh dimasukkan darah sebab darah dia amat rendah. Memang nampak pucatnya. Tapi, Soleh macam biasa je. Selepas selesai..blood count test menunjukkan darah putih Soleh amat rendah. Kalau diikutkan Soleh dah lama demam. Tapi, dia bertahan..hinggalah awal pagi 2 oktober..soleh batuk muntah-muntah pada pukul 3.30 pagi. Badan juga panas. Cek suhu- 38.9 C. Ok..akak terus bungkus apa patut. Dan kami sampai di ruang kecemasan pukul 4 pagi. Soleh tak turun-turun suhunya.
Dan kami selamat di warded. TApi double bed..sebab selalu minta single room. Single room pula penuh. Bukan apa..senang nak jaga baby kan..nak menyusukan ke apa ke.
"Ye..pasti kami akan cari untuk puan..kami faham.." kata nurse
"Bukan puan selalu kat single room ke?" kata akak housekeeping
"Menu untuk irsyad macam biasa ye..?"panggilan tel dr dapur..
Kita dah jadi salah seorang artis kat wad paed ni soleh..hehe
Soleh dah mula puasa..dalam dia tidur akak nora sumbatkan separuh ayam kfc kul 6 tadi. hehe..lepas tu nurse bagi roti pula, sekeping jugak dia makan dalam tidur. Baguskan kerjasama Soleh..dalam tidur pun dia bersahur..Alhamdulillah.
Oh ye..Soleh mengambil supplement ini. Disebabkan dia kemo..soleh terpaksa ambil 10 biji sehari. Jadi..bayangkan kosnya untuk akak nora.
Tapi..bukan akak nora minta anda belikan atau derma..ye akak faham..orang tak suka sifat minta-minta. Akak nora serahkan rezeki akak nora atas urusan Allah.
Cuma nak kongsikan, supplement ini memang berkesan dan banyak juga membantu soleh dalam melawan sakitnya.
Akak juga sudah lama menjadi agen memandangkan akak banyak membeli untuk guna sendiri.
Ada juga, customer yang mula berpuas hati. Kerana akak takkan biarkan anda beli dan diam begitu saja, akak nora akan bimbing dan selalu berunding dengan anda. Sentiasa follow up anda. Tapi, bila dah ramai mungkin terlepas pandang..jadi anda perlu cuit2 akak sikit..jangan risau. Akak nora sediakan perkhidmatan terbaik untuk anda.
Tiada keuntungan dari apa yang anda beli..tapi ada kelebihan kerana dengan itu anda boleh ringankan masalah kewangan akak nora nak beli supplement ini. Jadi..di sini, akak tekankan..anda guna..anda dapat kesan dan khasiatnya..tambahan pula SNE tergolong dalam makanan terbaik di dunia..dah dalam pada itu anda membantu soleh jika mengambil keputusan membeli dari akak nora.
Akak nora agen SNE Products..
boleh add akak di FB AKAK NORA..
Akhir kata semoga ada berita baik buat mereka kan..
3 permata vakuum akak nora..
kenapa vakuum..tak vakuum tanak keluar..cukup complete ketiga-tiganya..hehe
Alhamdulillah..
Semoga selamat semuanya hari ini.
ReplyDeletealhamdulillah...semoga dipermudahkan semuanya,amin ~
ReplyDeletemoga soleh cepat sembuh.. nmpk berisi ckit soleh..
ReplyDeleteamboi kak, vakuum pulak ye.. ahaha..gelak sy baca
assalamualaikum Nora...moga akan terus pulih yer...:)
ReplyDeletesoleh seorang anak yang kuat..semoga semuanya berjalan dengan baik dan dipermudahkan Nora.
ReplyDeletebanyak ubatnye kak...sy tkot mkn ubat...hehe
ReplyDeletebanyak nya ubat Soleh..semoga jadi insan tabah bila besar nanti..
ReplyDeleteceria muka ketiga2 tu...:) suka tgk soleh senyum :)
ReplyDelete