Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Sunday, September 23, 2012

Sekali lagi Akak Nora perlukan BANTUAN ANDA..

Dulu, akak nora menggegarkan beberapa blogger bukan fenomena ye..di mana akak nora berada dalam situasi yang sungguh sesak hingga tak mampu membeli susu Soleh.

Tapi kini, bukanlah akak nora nak minta bantuan wang. Tapi, kalau orang memberi akak menerima je bagi pihak Soleh.

Soleh akan menjalani ujian MRI pada 4 oktober untuk memastikan sama ada kemo ada kesan ke atas kuman kanser dalam tulang belakang soleh atau pun tidak.

Jadi..akak nora tetap akan berdoa..tak putus...bukan sahaja di tikar sejadah..tapi setiap kali menyentuh..memandang Soleh, akak nora pasti berdoa segala kebaikan dari Allah swt untuk dia.

Namun, akak nora mohon belas kasihan dari semua rakan-rakan yang sentiasa mengikuti kisah Soleh dari dekat atau jauh, doa anda tidak memerlukan wang tapi keihklasan dan ketulusan ingatan buatnya.

Doakan HILANG lah terus benda tu dengan izin Allah atau...berkesan positif nak hilang. Moga ada berita baik buat soleh kan...

6 /10..bulan depan..genap umur soleh 2 tahun dan setahun dia berjuang.

TERIMA KASIH dengan bantuan anda. Moga anda sudi layangkan entri ini untuk meluaskan tentang kisah soleh kerana akak nora tiada page khas buat dia dan tiada masa khusus untuk berkisah tntg dia.


15 comments:

  1. Moga soleh kembali pulih seperti biasa, amin..

    ReplyDelete
  2. aslmkum nora... akk doakan soleh segera sembuh ye.. amin.. insyaallah.. akk tahu nora sangat tabah menghadapinya, begitu jugak soleh .. dah nak 2 th soleh yer..

    ReplyDelete
  3. munna akan sentiasa doakan Soleh dilindungi Allah

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum nora, terima kasih sudi singgah blog akk yg bercuti skrg ni.
    Akak share entry ni di twitter dan bila free akan paparkan diblog pula. Slm sayang utk Soleh.

    ReplyDelete
  5. Semoga Soleh menjadi seorang yang lebih tabah dan kuat dan Nora menjadi ibu yang kuat semangat dalam menempuhi dugaan ini tanpa putus asa untuk terus berdoa dan berdoa lagi...Insyaallah kami juga mendoakan yang terbaik buat soleh!

    ReplyDelete
  6. Salam Nora....http://ummi-ieraakmal.blogspot.com/2012/09/anak-kecil-ini-memerlukan-doa-anda.html

    Saya doakan soleh sihat dan dapat bermain seperti dulu serta di ringgankan bebanan yg nora tanggung sekarang... Allah tu sayang pada kamu berdua :)

    ReplyDelete
  7. insya'Allah...saya doakan..cmner doakan tok ank sndri cmntu ler tok adik soleh..

    ReplyDelete
  8. mohon share kisah soleh diblog.
    terima kasih

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum Teman... Moga trus tabah & sabar menghadapi ujian Allah swt... tetapkan dlm hati yg kita terpilih diuji kerana kasih sayang Allah swt itu ada buat kita.. inshaAllah... Saya doakan adik SOLEH cepat sembuh & diberi kesihatan yg baik dgn izinNya... Aamiin...

    ReplyDelete
  10. OKje hanya mampu berkata...nora memang seorang ibu yg tabah...semoga soleh cepat sembuh!

    ReplyDelete
  11. insyaALLAH akak
    sama2 kita mendoakan utk kesihatan soleh.. amin...

    ReplyDelete
  12. Maaf kak sebab baru terbaca entry ni. Sama2lah kita mendoakan agar Soleh dianugerahkan kesihatan. Yakinlah sesungguhnya tiada yg tidak mungkin dengan izin Allah dan tiada yg mustahil dgn kehendak Allah.

    ReplyDelete
  13. saya doakan soleh sembuh terus dan terhidar dari musibah lain juga. InsyaAllah...Amin

    **anak saya Afiq lahir pada 18/10.. =)
    folower dari blog makbed

    ReplyDelete
  14. Semoga semua nya dipermudahkan untuk adek soleh...amin

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...