Semalam, Ahad barulah Soleh menunjukkan kesan positif. Demamnya tak naik-naik lagi. Sudah berada di tahap yang normal. Tetapi, doktor sahkan Soleh ada jangkitan di dada. Mungkin kerana itu dia sering batuk dan bertambah teruk batuknya. Soleh juga di beri rawatan nebulizer 3 kali sehari.
Memang nampak Soleh penat. Akak Nora tak biarkan begitu saja. Tetap membantu apa yang patut.
Walau susah payah..penat..dia mesti senyum..hehe
Lega juga hati Akak Nora, sebab sekarang soleh dah tak susah bagi makan. Malah pandai minta makan.
Hidup dalam wad ni, tak jauh beza dengan kehidupan di rumah. Ye lah..anak-anak yang lain turut di jaga, di suap makan, di mandikan dan jangan tak tahu akak basuh kain juga di sini. Bukan apa runsing bila minta en.hubby carikan baju. Macam minta cek no kod gelang emas satu persatu.
Bila dah basuh, try sidai je dalam bilik air tu..mungkin haba dari lampu dan aircond dari luar, lama kelamaan baju kering. Betapa berdikarinya akak..kalau boleh masak pun akak nak masak..tak de lah sampai tengah-tengah malam baru makan. Ye la tunggu en.hubby balik dari kerja.
Budak kecik ni ada je dengan akak nora. Kadang-kadang, rasa nak tidur lena sekejap tanpa dia. Nak pos suruh nenek dia jaga dalam 2, 3 jam ke. Malam nanti..ambil la semula.
Tapi, bila tengok muka dia begini,,,hishh,,tak sampai hati. Susah-susah, akak nora jaga juga kedua-duanya. Abg Izzat je kadang-kadang balik ikut abahnya.
Soleh tak perlu nak cari urat di tangan, kaki atau mana-mana untuk dripping ubat. Sebab soleh dah ada chemo port di dada. MUdah dan senang. Tapi, risiko lain pula. Ia boleh tersumbat. Bila tersumbat, mengganggu dripping air dan antibiotik yang soleh ambil.
Esok ambil darah untuk analisa jumlah darah soleh..ada peningkatan atau tidak.
Mungkin lusa dapat balik kot..doakan kami ya..
p/s: yang produk tu..nanti akak nora buat entri ya..hehe
alhamdulillah..ada peningkatan..keadaan soleh baik dari sebelumnyer..senyuman soleh ttp maintain..kuatnyer soleh..
ReplyDeleteAduhh ...tak boleh tgk la anak kecil macam soleh kena cucuk2 kat perut camtu.
ReplyDeleteyay, soleh dh senyum² dh.. baby pun makin montel...
ReplyDeleteKita hanya usahakan mana yang jumpa kan...
ReplyDeletealhamdulillah nampak mcm dah ada perubahan positif... :)
ReplyDeletecomelnye yg kecik tu kak...hehe
ReplyDeleteyeay Soleh dah suka makan...:) semoga Soleh cepat² sihat ye...
ReplyDelete