Sedar tak sedar kan..dah tiba hari lahir soleh yang ke- 2. Sudah 2 tahun soleh di muka bumi ini. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur Soleh bersama ibu abah dan abang dan adiknya. Syukur atas nikmat Allah yang tidak terhingga.
Kek ini pemberian dari rakan FB akak nora yang buat bisnes kek. Mulanya, teringin sangat nak rasa red velvet dia..terus teringat birthday soleh, boleh la kekonon tulis untuk soleh. hehe..Tapi, sungguh murah hati member ni..dia bagi percuma je. Bukan satu, tapi 2 biji kek untuk soleh dengan iringan doa moga Soleh sihat.
Oh ye..soleh dapat kek ni pada malam dia berbuka puasa setelah seharian berpuasa untuk menjalani ujian MRI otak dan tulang belakang bagi memastikan sama ada rawatan kemo berkesan atau tidak di atas ketumbuhan dalam tulang belakangnya itu.
Doktor ingin menjelaskan apa yang digambarkan di atas filem itu pada hari ini, hari sabtu. Tapi..semalam dia dah bagitahu. Hari jumaat...
"Ada 2 berita baik untuk Irsyad.
Pertama, darah dia sudah naik semula. Tapi, saya plan biar dulu hingga hari Isnin untuk buat ujian darah sekali lagi untuk pastikan darah dia betul-betul stabil.
Kedua..............
kanser dalam tulang belakang sudah tiada..semua sudah clear. Gambar scan yang baru menunjukkan tanda-tanda kanser dulu sudah tiada.."
Itu kata-kata doktor.
Sebenarnya, akak nora dah takut berharap. Tu yang akak nora taknak kata apa-apa. Benar-benar bergantung kepada Allah..berserah apa Allah nak beri kemudian ini. Tapi, bila dengar kata-kata doktor itu. Airmata bergenang mengucapkan syukur. Helaan nafas lega yang teramat sangat.
Namun, begitu..doktor masih memantau keadaan soleh. Dia perlu jalani rawatan kemo dengan lengkap. Sebelum ini dihentikan kerana Soleh perlu menjalani ujian MRI.
Nurse-nurse di paed ward SDMC buat surprise kat soleh tadi. Akak Nora yang suspen..hahaha..mcm aku pula yang birthday girl nya. Suka kan Soleh.
Soleh? Melalak dengan tawaduknya..terharu..atau dia terkejut tengok nurse yang ramai dalam bilik ini dan dia bayangkan setiap seorang ada jarum suntikan untuk suntik dia..haha
Kiranya, dalam setahun ni..soleh membesar bersama mereka. Dah macam rumah kedua kami.
Sejak dengar berita baik itu, nampak soleh lebih gembira lebih berusaha. Ada butiran perbezaan bunyi keluar dari bibirnya, dia mula berkomunikasi cara dia. Ye la..dah 2 tahun kan umur dia. Patutnya macam-macam dah dia boleh buat. Tak pe lah perlahan-lahan ye Soleh. Dan mereka sungguh gembira bila berkumpul bertiga..akak nora? hahaha..susah nak kata..ingat senang ke nak layan 3 hero ligat ni..
Berita itu kami terima di hari jumaat, moga keberkatan di hari jumaat. Semua yang berlaku pada soleh semua di hari jumaat. Termasuk operation tumor dulu..di hari jumaat.
Sempena hari lahirnya yang ke -2 hari ini, 6/10/2012- semoga ini menjadi hadiah istimewa dan berharga , keberkatan dari Allah swt buat Soleh. Moga berita baik itu terus terusan menjadi khabar gembira dan peluang untuk soleh membesar seperti kanak-kanak biasa di samping abang dan adiknya.
Buat anda, rakan-rakan atau sesiapa yang telah selitkan doa buat soleh di hati anda,di FB, twitter, blog dan dimana saja, ucapan terimakasih dari akak nora buat anda semua. Budi baik anda hanya Allah swt yang boleh membalasnya. Akak nora amat menghargainya.
ALHAMDULILLAH...
ALHAMDULILLAH..SEMUANYA SELAMAT..BUAT ADIK SOLEH, SELAMAT HARI LAHIR...SEMOGA SENTIASA DI MURAHKAN REZEKI,DIBERI KESIHATAN YG BAIK,DIPANJANGKAN UMUR..DAN MENJADI ANAK YG SOLEH...
ReplyDeleteSelamat hari lahir soleh syg.... Semoga panjang umur dan sihat sepenuhnya.... Soleh anaknyg kuat kan....
ReplyDeletealhamdulillah, tumpang gembira..
ReplyDeleteAlhamdulillah kak.. Syukur.
ReplyDeletehappynya Solih dpt kek ye..... happy birthday buat solih...semoga makin bertambah sihat ye
ReplyDeletesemoga soleh sembuh sepenohnya...dh nak raya haji ni...
ReplyDeleteassalamualaikum Nora...selamat hari lahir buat Soleh moga disihatkan selalu...:)
ReplyDeleteTahniah utk Nora dan Soleh juga, Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Menguji hambaNya yang di kasihi, terharu akak baca kisah Soleh ni yg belum kenal hidup dan mati. Mudah2an Soleh tabah begitu juga Nora sekeluarga. jgn pernah putus asa ye..
ReplyDeleteSelamat hari jadi soleh..moga menjadi anak yg soleh n leh bahagiakan ibu n ayah soleh...Aunty doakan Soleh cpt sembuh jd leh menjalani kehidupan seperti kanak2 yg sebaya dgn soleh...smile always Soleh)
ReplyDeleteAlhamdullilah.. Semoga adek soleh segera sihat sepenuhnya... Happy besday to adek soleh.
ReplyDeletealhamdulillah... :) semoga adik soleh terus sihat...
ReplyDeleteselamat ulangtahun ke 2 buat soleh.. syukur atas perkembangan positif ini.. smga soleh terus diberi kekuatan menghadapi segala rawatan..mjadi anak yang soleh, bijak pandai...amin
ReplyDeletealhamdulillah..suke sye dgrnyer..harap adik soleh akan trus sihat...adik soleh..ummi nk sikit kek bleh..hihih
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur sangat-sangat di atas berita yg akak khabarkan..... Saya doakan agar Soleh sihat dan menjadi anak yang soleh dan boleh berbakti kepada akak, ayah, abang dan adiknya...ameen
ReplyDeleteselamat hari lahir buat soleh..petanda soleh kuat hingga kini masih terus berjuang dgn ujian dariNYA..terus berjuang soleh..keep the strong!!
ReplyDeleteSalam Akak Nora..
ReplyDeleteUmmi doakan Soleh bertambah sihat dan sentiasa menggembirakan mamanya..aminn
Slmt hari lahir buat soleh. Moga Allah menganugerahkan kesihatan kpdnya. Sama2lh kita mendoakannya.
ReplyDeleteYa Allah....syukur alhamdulillah... sukaaa sgt2 dgr keadaan Soleh semakin stabil... mudah2an betul la kata dr tu... harap2 kanser dia dah tak de kan... suka sy baca entry k.nora yg ni... rasa seronok...mudah2an soleh terus sihat dan sihat...aminnn....
ReplyDelete*teringat si bujang aniq, sebaya dgn soleh...cuma tua tiga bulan je dari soleh :)
Sanah helwah wahai anak yang Soleh... alhamdulillah..semoga soleh dipinjamkan kesihatan yang baik ye.....:)
ReplyDeletehappy belated birthday soleh...semoga soleh cepat sembuh, membesar dgn sehat & jadi anak yg soleh kebanggaan hati ibu &ayahnya :)
ReplyDeletesemoga Allah memberi soleh semangat yang kuat dan kesihatan yang lebih baik..amin..
ReplyDeletesmoga Allah memberikan semangat yang kuat dan kesihatan yang lebih baik buat Soleh..amin..
ReplyDeletesemoga Allah memberi soleh semangat yang kuat dan kesihatan yang lebih baik..amin..
ReplyDelete