Macam dah lama sangat akak tak berkisah di sini. Seperti yang telah akak nora nyatakan dalam entri terdesak tu, bukan akak nora tak nak update. Dah buat dah kisahnya..siap bergambar. Tapi, apakan daya..hilang walaupun di simpan.
Masuk hari ini, baru dua hari akak nora di rumah. Sebelum ini, akak nora beraya di wad. Dengan Soleh la siapa lagi kan.
Pagi Raya Ke-4, pukul 6 pagi badan Soleh panas sangat, dan dikhuatiri sawannya menarik-narik sampai Soleh tak boleh bernafas kan. Lagipun..soleh masih menjalani rawatan kemo.
Pagi itu juga, Akak nora bawa soleh ke ruang kecmasan SDMC. Iffat dan Izzat akak nora tinggalkan dengan neneknya.
Tidak kritikal kata doktor memandangkan suhu Soleh masih 37C. Tapi..Doktor Lin bercuti..ngalahkan orang Melayu beraya lak doktor ni. Jadi tumpang doktor onkologi yang incharge masa raya-raya ni. Dr. Chan li li..comel nama dia kan.
Diberi arahan masuk wad, diberi antibiotik, dan ketika itu lah bermula demam soleh naik antara 38 C ke 39 C..turun naik begitu je. Tak tidur malam akak.
Mula-mula..kami dapat bilik 2 katil, tapi ye lah..dah nak setahun kan..nurse semua dah kenal. Akak nora kalau masuk wad mesti dengan baby sekali..dulu boleh la 2 katil. Sebab baby dalam perut lagi..tak lah mengganggu orang sebelah. Sekarang ni, dah 4 bulan..woo..kalau dapat nangis berdua ..tak kuat iman dengan akak2 sekali meraung.
Tunggu giliran nak uji vokal..soleh da mula dah..
Malam je cecah 39C..tak tidur malam akak nora. Makan ubat pun tak kebah..atas nasihat nurse, selimut dengan tuala basah. Kebah la sekejap.
Rutin ni memang kerap hari-hari di wad. Dan rutin ini la yang menakutkan akak nora. Tapi..nurse boleh cakap.." relax je puan handle ye..saya seorang pun dah penin kat rumah tu.."
Ibu..emak..umi..nama pun ada pelbagai jenis. jadi haruslah pelbagai rupa tapi misi tetap satu..berjuang demi anak-anak kan..
Namapun di hari raya..maka akak nora buat WAD TERBUKA..bagus untuk mereka berdiet. Pasal akak nora tak hidangkan apa-apa yang berkalori tinggi..tapi memang tak hidang apa-apa la..hehe.
membe UiTM yang memang sama-sama rapat dulu datang menjenguk dengan family dia. Sweet tengok mereka..sendu je hati ini..kenapa? biarlah rahsia..
Dari berdua..tiba2 akak nora jaga sampai 3, bukan apa..bila confirm kena tinggal lama, akak nora suruh abahnya hantarkan izzat. Biar akak yang jaga, sebab pengalaman yang lepas, bila akak tinggal di wad..izzat di rumah mesti tak kebah-kebah. Tekanan perasaan kot..
selepas itu..err..sambung nanti ek..akak nora siap gambar dulu..rupanya dia taknak terima gambar copy paste..
Tapi sebelum tu..akak nora nak letak iklan sikit...
UNTUK WANITA DI LUAR SANA..
Slm akak.. Patutla.. Rupanya beraya kat wad ye
ReplyDeleteSelamat Hari Raya kak nora..
ReplyDeleteraya di wad ker?? takper pengalaman kan?? moga soleh cpt sembuh ..Amin