Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Thursday, December 15, 2011

Soleh...soleh...

Sambung sikit kisah soleh.


Doktor menyatakan ketumbuhan dalam kepala Soleh boleh dikatakan besar hingga ke puncak otak. Sungguh bahaya nak dibuang dan mustahil untuk dibuang keseluruhannya. Jika pembedahan tetap dilakukan Soleh mungkin bukan soleh lg selepas ini.


Aduh...kalau tak kuatkan hati dan pasti aku meraung depan doktor.


Doktor meninggalkan kami dengan pilihan sama ada nak buat biopsi atau tidak. Mereka nak ambil sample tisu nak tau kanser atau bukan. Yang buat aku lama terfikir..cara mereka ambil tisu itu dah cukup berbahaya. Mereka terpaksa belah otak soleh untuk sampai ke kawasan ketumbuhan itu. Risiko selepas itu..soleh mungkin tak ingat siapa ibu bapa dia. Ibarat tersepit di mana mana...lepas doktor pergi.


Aku lama termenung..dan akhirnya...aku kalah juga...tersenguk aku dibuatnya...mak aku turut sedih. En.hubby tak sudah2 minta aku bersabar. Mungkin badan yang penat bercampur dengan tekanan perasaan. Akhirnya..aku kuatkan juga semangat bila mata soleh tepat memandang aku. Selepas pembedahan buang air di kepala tu..soleh kembali ceria walau terkadang dalam rengekan.


Malam itu...aku terduduk di sejadah. Sungguh aku buntu. Soleh dan emak dah tertidur. Malam itu en.hubby dan izzat ada sekali di wad. Aku minta..aku tak cakap aku takut aku lemah semangat.


Di dalam diam ku..zikir tak putus mohon keampunan. Adakah Allah balas melalui anak aku..tapi anak aku tak berdosa...Astaghfirullah..apa aku fikir ni. ALLAH bukan kejam...cuma dia menguji aku. Mungkin aku leka dalam kehidupan aku.


Akhirnya dalam sendu aku bulatkan hatiku..


"Aku redha atas pemberian Mu...Kau Maha Besar..Kau berkuasa atas segalanya. Namun..aku pohon kekuatan dan ketabahan untuk ku hadapi segala ini...Ya Allah..hidup dan matiku hanya buat mu...walau dia anak ku...Kau lebih berhak ke atas dia. Namun..jika masih ada peluang aku bersama dia..akan aku ikhitiar selagi mampu dan memohon keizinan dan keberkatan dari Mu..."


Pastilah air mata menderu menemani aku di malam hening di dalam wad itu. Selepas selesai ...ada satu kelegaan dan kelapangan di hati yang berat itu. Mungkin aku dah sandarkan sebahagiannya kepada Dia. Terima kasih ya Allah...dan malam itu hingga ke pagi..satu keputusan dalam hati aku.


PENANGGUHAN DAN IKHTIAR.


Published with Blogger-droid v2.0.2

9 comments:

  1. Subhanallah, kuatkan semangat ye akak. InsyaAllah Soleh akan selamat :)

    ReplyDelete
  2. akak nora, bederu air mata lela bace entry mgenai adik soleh nie.. smoga akak terus tabah ye.. smoga adik soleh akan sembuh satu hari nnt. kami diluar ni sentiasa mendoakan yang terbaik untuk adik soleh..Amin... ~LelaYusri~

    ReplyDelete
  3. Akak Nora, kalau boleh, sudi tak berkongsi dgn saya 'apa diagnosis' yang doktor2 agak? Saya cuba tolong yang mana saya mampu..

    ReplyDelete
  4. Assalam Nora,
    kumasih setia mengikut rentetan kisah seterusnya...

    ReplyDelete
  5. smga dpt membuat keputusan yg terbaik buat solleh..

    ReplyDelete
  6. sabar ya kak... sedih plak nak baca sampai abis.. tak sampai hati nak selami perasaan sorang ibu yang melalui saat ujian spt ini..

    semoga segalanya dipermudahkan ya..

    ReplyDelete
  7. As'kum wrh..

    Doa ummi akak nora akan terus tabah dan kuat menghadapi ujian ini.Sayang kaknora dan Adik Soleh, semoga Allah sentiasa memayungi Adik dgn limpahan rahmat dan kasihsayangNYA..aminn..

    ReplyDelete
  8. Ya Allah...saya baru sibuk2 jenggah sini...tak perasan soleh hadapi kesukaran...Semoga semuanya dipermudahkan...saya sangat terharu...

    ReplyDelete
  9. Moga Nora tabah..ada hikmah disebalik ujian Allah ini..
    Moga adik soleh akan sembuh..Insyaallah.

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...