Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Friday, October 21, 2011

Hari ke-25 :: makna disebalik LINK blog anda..

Tiba di hari jumaat juga kita.
Sekarang, masa berlalu semakin pantas.
Orang moden-moden cakap, sebab kita bertambah sibuk dan dunia dah banyak kecanggihan. Itulah sebabnya kita terasa masa berlalu pantas.
Namun, jangan di lupa..salah satu tanda dunia nak berakhir, adalah masa berlalu dengan cepat.
Beringat...

Cabaran akak diteruskan..

Link?

Url akak nora tu la ye kot..

aurajarinora.blogspot.com

Begini kisahnya..

Pada permulaan nak wujudkan blog ini, pasti itu dulu yang kita kena fikirkan kan..

mula-mula..aku buat auranora..senang kan..

tapi dah diguna pakai..

aurora lagi la..

Menung...aku nak link yang bermakna.

Bukan saja-saja.

Apa yang aura pada aku ni sangat..?

Akhir sekali aku terpandangkan..

JARI JEMARI AKU.

Besar amanah dan tanggungjawab jari aku ni.

Dengan jemari di tangan ini la aku menyediakan keperluan suami dan keluarga.
Membesarkan anak-anak.
Menadah tangan memohon keampunan dan rahmat dari Allah.
Mengira butiran tasbih sambil berzikir.
Menjadi penunjuk ketika mengaji Al-Quran.
Menjahit baju kurung.
Mencuba masak resepi baru belajar.

dan...semestinya..

dengan JARI ini juga akan kutaipkan setiap baris kata yang akan kupaparkan dalam halaman blog aku ini.

Ada orang serongkan pandangan dengan soalan..

aura sangat ke? tak de apa pun yang best dalam blog ni..

Maka wujudlah barisan kata mengiringi link itu.

" Jika tidak menggegar dunia,
moga mampu menenangkan jiwa".

Maksudnya, mungkin penulisan aku sekadar luahan perasaan dan mungkin tak mampu melopongkan mulut pembacanya, namun ianya cukup memberi ketenangan kepada jiwaku sendiri.

Follower pun baru 300 bukan 3000 tau..aku sedar diri aku..

Macam ada angin-angin emo lak entri aku ni..ish..bahaya tul aku..tak leh feelin..feelin sikit.


7 comments:

  1. ooo .. saya pulak .. memang dok selalu guna nama halilaibrahim ... nasib baik belum ada yg guna...hehe

    ReplyDelete
  2. ...identiti blogger, sudah semestinya sentiasa memikirkan yang terbaik untuk dikongsi bersama di sebalik m akna yang tersurat mahupun yang tersirat...

    ReplyDelete
  3. link wani pulak sebab manjang berangan diri ni masih deejay lagi...haha

    ReplyDelete
  4. tulis yang baik tu pun satu ibadah jugak kan.. lgpun tulisan akak nora takde sakitkan hati sesapa.. ok la tu

    ReplyDelete
  5. besar betul makna link kita sebab tu saya prefer guna nama sendiri dan setiap entry pun msti bermakna.

    ReplyDelete
  6. Link mar khas utk aleesya. Tapi tatau pe jadi sok2 dapat anak no 2 takkan nama tu jg

    ReplyDelete
  7. saya pulak sebab nama anak2 semuanya bermula dengan sharidz, so, guna jelah sebagai mama sharidz. buat blog sesaje jer, untuk tambah kenalan dan berkongsi apa yang patut dengan blogger lain.

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...