Tersenyum aku membaca komen-komen rakan yang rajin menjenguk aku yang kurang sihat ni di dalam entri sebelum ini.
Alhamdulillah..tak ada lah memudaratkan kesihatan..kurang vitamin dan khasiat kot..hik..
Macam-macam bentuk komen. Walaupun tak ada la ramai mana, terima kasih atas keprihatinan anda terhadap kisah akak nora tu.
Kisah ini tidak berhenti di situ saja.
Sebelum itu, ada komen dari rakan blogger yang mengatakan anak itu ada rezeki masing-masing. Jadi kalau ikutkan dia, dia tak berapa suka merancang.
Bak kata member akak nora seorang lagi ni, merancang itu boleh dalam Islam untuk menjarakkan kelahiran anak. Di sarankan 2 tahun. Itulah motifnya menyusukan anak dengan susu badan sekurang-kurangnya 2 tahun.
Kenapa akak nora merancang?
Kalau lelaki...mereka tak rasa apa yang perempuan rasa.
Mereka hanya menyemai benih dan wanitalah bertanggungjawab membesarkan benih itu hingga hasilnya keluar dengan pelbagai keadaan.
Memang semua anak ada rezeki mereka masing-masing. Tapi, pada akak nora rezeki itu tak datang bergolek. Hujung pangkalnya bergantung kepada ibu bapa juga berusaha untuk menambahkan rezeki mereka.
Dari aspek kesihatan, akak nora bukan kategori yang kuat. Tapi, bila dah berlaku kena la kuatkan juga. hehe. Alahan akak melampau, memang kalau orang tengok tak percaya. Mak mertua akak pun fikir akak ngada-ngada..sedih..Bagi kes begini, suami adalah kekuatan bagi seorang isteri. Tapi, bukan semua suami selalu bermuhasabah diri tentang siapa mereka sebagai SUAMI..cukup itu je komennya.
Bagi anak yang masih kecil..dia masih perlukan masa. Inginkan belaian yang khusus..kesian dia masih kecil. Anak akak nora menyusu badan pula tu. Ish...kesian Soleh. Dia baru setahun. Kalau alahan akak nora kuat, pastilah perhatian terhadap Soleh sedikit sebanyak akan terganggu.
Abang akak..isteri dia memang tak merancang. Setiap tahun seorang, dah 6 orang sekarang ni. Kakak ipar akak dah macam jerangkung..penat...kehidupan di rumah tak terurus. Jadi, akak nora rasa..mental dan fizikal perlu di sediakan sebaik mungkin jika mengambil keputusan untuk tidak merancang.
Dan akak nora pun bukannya hebat merancang sampai makan berbelas-belas tahun. Ye lah..umur lagi 2 tahun nak capai 30 tahun. Masa muda ni lah berusaha mana yang mampu. Akak bukannya kilang dik non...
Akak nora suka ramai anak..terbayang-bayang satu jemaah solat yang terdiri dari hubby dan akak serta anak-anak kami..ish..dah bergenang air mata pulak..
Yang penting, bila akak di alam kubur nanti..doa anak-anak soleh peneman akak tanda mereka sentiasa mengingati akak. Moga mampu selamatkan akak dari azab kubur yang entah bagaimana menanti akak. Nauzubillah...
Jadi, bila akak nora berkisahkan tentang merancang-merancang..janganlah fikir akak ni tak nak anak sangat, konon nak jaga badan..? tak ada maknanya...susah nak enjoy? hidup akak abdi buat Allah dan keluarga. Yang pasti akak nora ada alasan sendiri.
Namun, sentiasa bersyukur di atas kurniaan Allah ini.
Kita bukan nak MEMBELA anak saja..tapi kita nak MEMELIHARA dan MENDIDIK mereka menjadi peneraju, pembimbing dan hamba ALLAH yang beriman, berguna di dunia dan akhirat.
bersyukur la ape yg ade...rezeki yg allah bagi
ReplyDeletekak ain mase awal2 peknen pun alahan yg teruk jugak...ade org kate mcm buat2..benciii...
Maaf kak .. kalau komen saya tadi buat kak terasa .. kak .. saya pun merancang .. saya hanya ada tiga je anak .. pas tu sekarang sy n suami rasa cukuplah lagipun yg solong dh drjh 3 , drjah 2 n yg kecik 4 tahun .. walaupun tiga2 perempuan .. kami rasa cukuplah cuma2 kedepan2 nanti tak tau lah kalau dah memang Allah nk bg jugak .. cuma masa skrg kami rasa cukuplah ..
ReplyDeleteSebab .. nak bela anak bukan setakat mental .. DUIT tu paling penting ... semua duit .. start peknen dh memang pakai duit .. kalau mengidam pun duit ... p scan p duit .. apa2 jugak lah duit .. memang anak tu rezeki tp betul kata kak bukan duit nak datang bergolek tapi kita kena cari ..
Nak cari duit camana kalau anak kecik2.. betul tak .. nak buat apa pun susah ... bukan menidakkan rezeki Allah cuma zaman sekarang kita kena cari duit sebab segala2nya mahal...