Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Saturday, October 15, 2011

Akak nora kisahkan gelora misteri di hati ini...

Kisah ini bermula ketika bulan puasa sudah. Sudah aku kisahkan yang aku hampir berpuasa penuh tahun ini. Terfikirkan bab 'terlekat', mungkin mustahil. Sebab aku telan ubat 'perancang' setiap hari. Bukan nak menolak rezeki. Tapi, kan adik Soleh masih kecil sangat lagi. Jadi..Memang perlu beri masa lagi. Lagipun, aku ni memang kategori alahan kuat. Ish..cuba bayangkan kalau 'mengena'..aduh..

Rupa-rupanya, suami aku pun tak sedap hati. Bukan..dia risau 'lekat' atau tidak. Aku bukan jenis bermasalah dalam datang haid. Setiap bulan normal.

Pernah masa dalam pantang anak sulung, emak aku cakap..lepas tu haid susah nak datang. Kalau ikut emak aku, 6 bulan baru datang balik. Emak Mertua aku lagi best..2 tahun tak datang. Kakak ipar aku pun setahun tak datang bulan. Ish..takut pulak aku.

Aku, habis pantang..haid aku mengikut kitaran semula. Aku pun bukan ada masalah senggugut ke apa ke. Datang berlebih-lebih pun tak pernah..normal le katakan..Alhamdulillah.

Oleh kerana En.hubby, risau..untuk langkah permulaan, dia belikan pregnancy test tu. Aku pun cuba aje la...punya percayakan kat 'pil perancang' tu kan...




Nak gugur sekejap jantung aku melihat ada 2 garis di situ. Itu tandanya aku MENGANDUNG..APAKAH?....

Memang tertanya-tanya dan..sungguh menghairankan. Sebab tak ada tanda alahan-alahan.

Kebetulan, esoknya kami ke klinik ASPALELA untuk rawatan sakit kulit adik. Teruslah aku cerita kisah aku. Doktor Aspalela terus ucapkan tahniah tanpa buat 'test' kat aku. Dia cuba buat pengiraan berapa lama dah..susah lah..sebab last period aku dulu pun aku tak ingat tarikh.

Maklumlah aku tak fikir nak hamil lagi, jadi aku malas nak ambil kira tarikh-tarikh datang bulan ni. Mungkin dah nak sebulan katanya. Jadi, Doktor Aspalela nasihatkan aku scan dengan Doktor Radziah esoknya. Dan aku pulang dengan di bekalkan asid folic. Dah hamil le katakan.

Esoknya kami ke klinik sekali lagi untuk scan, nak tahu berapa minggu agaknya.

Terkejut....

Bila doktor kata..tak ada apa-apa dalam rahim aku.

Dia pun tak buat 'test'. Cuma dia tanya, jelas tak garisan tu. Aku katalah ianya sungguh jelas.

Doktor kata kalau dah nak hampir datang bulan pun ia akan memberi kesan positif pada alat uji itu.

Dia minta aku datang selepas sebulan lagi. Kalau dah datang bulan, tak perlu lah datang.

Akak nora pulang dik dengan seribu tanda tanya..kalau anda yang hadapi..tak tau la akak nora anda fikir apa pulak. Tapi, memang akak jadi bingung. Bila solat, akak nora cuba rasa naluri akak, berdoa...kalau benar rezeki untuk aku..aku terima. Kalau tak...aku redha.

Besarkan impak mengandung ni pada seorang ibu. Walaupun akak nora merancang tak nak hamil dulu, tapi bila dah terasa-rasa macam dia ada 'bertapak' dalam rahim tu, lain rasanya. Bila doktor kata tak de..derut juga hati ni terasa..ye la..rasa kehilangan anak macam mana? Tu belum jadi lagi..
yang mereka, dah nampak mata anak tapi sanggup campak ikut suka hati..Ya Allah..memang menitis juga airmata akak tengok kisah-kisah bayi malang itu.

Kembali kepada kisah aku tadi, akhirnya aku berpuasa penuh. Pada hari raya pertama, en.hubby tak sabar-sabar nak bagi tau emak dia. Keluarga dia sambut dengan kalimah syukur. Tapi, pasti ke dia ada ni...berserah la..

Hujung bulan depannya, hujung bulan 9 aku balik ke kampung dengan adik. Ingat tak masa ada masalah besar mengakibatkan emak aku tumbang tak sihat. Pada masa itu, haid aku tak datang-datang juga. Kuat juga perasaan ini mengatakan aku ni dah mengandung. Namun, biarkan aje ia. Keluarga aku pun dah tau. Tapi, lain penerimaan mereka. Mereka marah..cakap menyusahkan badan. Aku nangis dalam hati. Rezeki Allah nak bagi...walau aku berusaha nak merancang..tapi Dia nak bagi. Orang lain yang memang nak..tak dapat-dapat lagi..kan rezeki anugerah Allah nak beri pada aku. Aku malas nak layan. Sebenarnya..mulut kakak aku je aku tak tahan.

Sebelum pulang ke Subang, aku berjumpa dengan tukang urut yang memang boleh dipercayai. Kalau kita hamil, kita tak boleh urut dengan sesuka hati tau. Dengan Wan Cu ni memang aku percaya, dia urut perut naikkan peranakan pun sedap wooo..memang selesa. Belum pernah jumpa sesiapa lagi la yang boleh urut macam tu.

Sebelum dia urut, aku ceritakan lah kisah aku. Dia pun terus mengurut dan mengatakan bahawa tak ada apa dalam perut aku tu. Dia usik satu urat di bahagian ari-ari tu, kalau mengandung ..mesti urat ni tegang.

Aku balik dengan tanda tanya juga.

Balik rumah, aku cek sekali lagi.

Satu line...negatif..tak mengandung...tapi..haid tak datang juga.

Frust juga mula-mula..mungkin susah anda nak rasa apa aku rasa. Dah lama baru aku redha dengan apa-apa yang mungkin berlaku.

Aku terlepas masa untuk scan.

Rasa tak ada semangat nak ke klinik.

Namun, kena juga jumpa doktor sebab...mungkin aku sakit, tak sihat sebab kitaran haid aku tak pernah macam ni. Badan pun rasa tak betul...


8 comments:

  1. nanti kalau saya dah beristeri, mesti saya akan rasa apa yang akak dan suami alami sekarang ni kan... merancang, mengandung, melahirkan, dan menjaga anak segala..

    besarnya tanggungjawab nanti.. Buat kak Nora, semoga apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.. banyakkan bersabar dengan ujian

    ReplyDelete
  2. be positif.... buat masa ini jaga kesihatan, tapi kalau ada apa-apa perubahan, tak yakin dsb baik buat pemeriksaan doktor... apa pun terimalah pemberian-Nya dengan redha & penuh syukur...

    ReplyDelete
  3. akak, semoga semuanya selamat ye..smg akak sihat..

    ReplyDelete
  4. sis rezeki tu kalau dpt anak...org kate setiap anak tu ada rezekinya sendiri...hehe

    kalau sy xnak merancang sgt...hahaha

    ReplyDelete
  5. merancang keluarga dibenarkn oleh agama ats sebab2 tertentu termasuklah utk menjarakkan anak2. Kata doktor, sekurang-kurangya 2 tahun utk setiap anak.

    ReplyDelete
  6. contohnya macam akak nie..susahnyaaa nak dapat anak. Ada satu tu pun..syukuuurr Alhamdulillah. Kadang2, kalau stress pun boleh effect hormon kita.

    ReplyDelete
  7. Saya pun dalam famili tak tahan dgn mulut seorg famili sya.. laser jer.. tapi kak anak tu rezeki kan ...

    ReplyDelete
  8. saya paham perasaan akak tue..
    sebab saya sendiri dalam delima..
    ikotkan hati memang nak ada baby baru..
    anak first dah 1 thun 4 bulan.
    tapi tak tahan dengar bebelan orang tua bila jarak anak dekat.
    aritue datang period lambat,
    rasa takut mengandung pon ada..
    tapi bila check takder..
    sedih pulak..
    tahlah..
    susahkan bila cerita pasal zuriat nie.

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...