Tetamu Yang Dihormati

Bila Menyinggah tu..KLIK LA SEKALI ye..

Wednesday, October 19, 2011

Akak Nora dah pergi klinik....anda rasa?

Entri lalu mengenai kehamilan cak kun cak akak nora.
Kejap ada kejap tiada..
Nak baca..KLIK DISINI.

Selepas cek kali kedua yang NEGATIF, rasa alahan pun macam tak ada apa apa, aku mengambil keputusan untuk biarkan dulu.

En.hubby pun dah malas nak layan keinginan aku..huhuuu..
sampai hati dia.

Hinggalah minggu lepas.
Salah satu tarikh penting dalam kehidupan aku.
Soleh nak kena cucuk dengan suntikan cukup setahun umurnya.

Sekali lagi berjumpa dengan doktor Aspalela.
Dah jumpa kan...aku pun buka cerita.

Kami dah lama ngam dengan doktor ni, dari tak ada anak sampai si soleh..memang rawatan atau cucuk2 ni kami ke klinik dia je. Bukan apa, ada kemudahan panel. Gunakan aje.

Doktor berkerut dengar cerita aku.

Aku dah tak kisah hamil atau tidak, yang pasti aku takut kalau ada masalah kesihatan yang lain. Sebab..tak pernah haid aku dah 2 bulan lebih tak datang..kang berkumpul je darah beku dalam perut aku.

"Azima pergi cek urine la, naluri doktor kuat mengatakan yang awak bi pregnant. Lagipun memang awak ni senang lekat..." sempat doktor perli aku..aku tergelak je..

Nak kepastian, aku pun buat urine test. Ye la..kali ni depan-depan doktor kan.

Beberapa minit, aku dipanggil masuk sekali lagi.


"Tak payah tunggu lama..terus clear..pasti..awak betul pregnant" doktor kata.
Gambar tu kabur sikit garisannya sebab dah terdedah lama.

Lagi sekali la aku terkaku.

"Awak tak rasa alahan ke..ketat perut ke?"

Aku geleng..memang tak ada. Ketat perut? perut aku ni besar..9 bulan pun budak tu boleh membesar lagi.

Doktor Aspa mengingatkan aku supaya pergi scan nak tahu keadaan budak tu. Kalau betul mungkin dah 2 bulan kandungan aku. Ye lah...dari bulan puasa kan..

Dalam perjalanan pulang, aku dan en.hubby kurang berkata-kata..tapi kami ucap syukur dan moga Allah berikan rahmat kepada kami.

Hari di tunggu telah tiba.
Sekali lagi aku ke klinik Aspalela..tapi, hari itu untuk klinik mengandung.
Doktor Radziah scan aku.

Kalau dua bulan..mesti kita bayangkan masih dalam gumpalan dan baru nak kembang-kembang sikit tu kan...

Dengan kuasa Allah, rasa nak teleng kepala aku melihat monitor tu.
Dah ada sifat-sifat manusia di dalam rahim aku.
Paling terbayang di mata aku tangan dan kakinya tergapai-gapai macam bayi yang dah keluar dari perut tu. Dan sungguh manis pengalaman itu, bila doktor tunjukkan saat-saat bayi tu bawa tangan dia ke mulut. Sungguh teruja aku...PASTI, YAKIN, TERBUKTI...
memang ada nyawa sedang membesar dalam perut ini...
ALHAMDULILLAH...rezeki Allah nak bagi.

Memang la anak dah 2..tapi, masa scan izzat dan soleh dulu..keje deme ni asyik tido je..memang diam aje bila doktor scan.

Kali ini memang comel..ciptaan terindah..


Tapi doktor print gambar kepala dia jek.

Yang TERKEJUTNYA...

Doktor kata DAH BESAR baby ni..

"HUH..Rabak lah aku nanti.." itu tanggapan aku pada awalnya.

"Besar..?" aku bertanya semula.

"Bukan..mungkin..bukan bulan puasa tu..mungkin lagi awak dari itu. Sebab, ikut scan ni dah lebih kurang 3 BULAN.."

Kehamilan kali ini penuh dengan misteri dan kejutan.

Walauapapun...syukur ke hadrat Illahi..Alhamdulillah...

11 comments:

  1. alhamdlillah.... tahniah nora, Kak Amie gembira sangat walaupun bukan kakak yang pregnant, sebab apa tau nora.... anak kakak semua dah besar, sesekali terasa ingin sangat belai baby....aduhhhh rasa bahagia sangat!

    ReplyDelete
  2. ermm .. apa2 pun tahniah kak ,,, terkejut jugak kan .. tp mungkin ni rezeki istimewa mana nk tau Allah nk gandakan sesuatu untuk kak n famili ...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah tahniah kak. Rezeki dari Allah tu :)


    haa yang pasal contest tu, tak best lah pulak kalau akak tak join. huhu.

    Kalau akak free, akak boleh emel saya num fon akak ye. ni emel saya.

    moon_blink2@yahoo.com

    :)

    ReplyDelete
  4. Tahniah buat Akak Nora...:)

    Memang kalau period tak teratur, kena tentukan usia kandungan dgn scan awal. Anak kedua baru setahun umur nya?

    ReplyDelete
  5. Lulu terharu, tahniah kak nora. Sesungguhnya bagi seorang wanita, tiada yg lebih indah melainkan memiliki anak dari rahim sendiri. Berbahagialah kak, selama mengandung. Semoga kakak dipermudahkan sehinggalah selamat melahirkan. Semoga kali ni giliran girl lak yer kak.

    Sepatutnya diusia 12 minggu ibu dah dapat rasakan gerakan bayi. Cubalah kakak rasa . Happy 4 you

    ReplyDelete
  6. akakkkkkk tahniahhhh yer..suka dengar berita ni ;)
    jaga diri elok elok..moga baby dan mamanyer slamat..

    ReplyDelete
  7. tahniah kak.. aritu baca entri sebelum ni tp x sempat nak komen

    ReplyDelete
  8. seronok dan terujanya..
    tahniah kak..

    ReplyDelete
  9. Allah Noraa.....nanges akak baca entri awak nie. Kalau depan mata akak, akak peluk2 awak. Syukur Alhamdulillah. Rahmat Allah nie tak tercapai dek akal kita. Semua orang diberikan rezeki yang berbeza bentuknya oleh Allah. Kitalah yang kena sentiasa bersyukur dengan nikmatnya. Akak nie, memang tak der harapan lagilah. Tapi ada satu tu memang besar sungguh dah rahmat Allah untuk akak. Semoga awak dan baby sihat sentiasa. Amin.

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...