Friday, January 20, 2012

ya...aku redha dengan ketentuan Mu..

Soleh dah bersedia selepas mandi dengan antiseptic. Berbaju khas..drip di tangan pun da beroperasi. Menanti pihak sepatutnya datang menjemput. InsyaAllah..bermula pukul 8.30 pagi nanti.


Jumaat yang barakah..moga ada hikmah di sebaliknya. Dalam kesulitan yang aku lalui...ada sebenarnya kasih sayang Allah yang Dia salurkan buat aku.


Dah lama aku redha..tapi redha tanpa airmata itu amat payah untuk di dalami. Atau mungkin selama ini aku hanya separuh redha. Terkadang aku merungut juga dengan keadaan sekeliling. Tiada yang sudi mendengar...peti mesej Makbed aku saratkan. Maafkan aku makbed...menyesakkan fikiran mu dengan ketidak redhaan aku. Astagfirullah..


Dan kini...kami menanti Soleh di bawa ke ruang pembedahan. Selepas itu hanya doa saja mampu ibu salurkan. Jumaat adalah hari yang barakah..ibu redha apa jua ketetapan Allah buat mu..kerana Soleh masih suci murni...jika itu berlaku..percayalah nak...kau lebih bahagia di sana...namun jika Allah masih beri peluang...sudah pasti ibu yang paling bahagia.


Mungkin entri kali ini..hanya luahan perasaan kerana selama ini asyik mengkhabarkan keadaan semasa soleh. Hingga dikemuncaknya soleh akan dihantar berjuang. Berjuang melawan penderitaannya...ikut semangat soleh...yang pasti ibu tak menahan mana soleh nak pergi.


Memang bukan aku saja yang di duga begini...mungkin emosi aku sebagai penerima terbawa-bawa lebih dari aspek kesedihan. Tabahkanlah aku..tanpa kesudahannya.


Soleh bukan satu-satunya dugaan akak nora..banyak lagi yang menanti. Tak ape la...tetapkan pegangan..

"jangan mengaku beriman jika tidak diuji.."

Moga dengan cara ini Kau dekatkan aku dengan Kau..


Published with Blogger-droid v2.0.2

20 comments:

  1. segala ujian yang mendatang adalah hikmah dari yang maha kuasa..... semoga kak nora tabah menghadapi segala ujian darinya....

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum Nora...banyak2kan berdoa ye semoga pembedahan itu dpt berjalan dgn sempurna...mama akan tetap mendoakan yg terbaik untuk Soleh...Amin..:(

    ReplyDelete
  3. 'jangan mengaku beriman kalau xdiuji'..moga kata2 tue beri akak lebih semngat tuk menghadapi sebarang kemungkinan yg datang..

    ReplyDelete
  4. Ya Allah..berikan kesembuhan dan kekuatan utk Adik Soleh dan seluruh keluarga..aminn

    ReplyDelete
  5. Salam Pagi Jumaat Nora,

    Kakya dan kengkawan yang lain sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Soleh... Semoga dipermudahkan segala yang diikhtiarkan..

    InsyaAllah.. amin.

    ReplyDelete
  6. tabahkanlah hati kak nora ku.. tabahkan mereka sekeluarga...

    ReplyDelete
  7. moga adik soleh selamat menjalani pembedahan..amin.tabahkan hati ye kak..

    ReplyDelete
  8. Ya Allah. Tiba-tiba bergenang air mata saya. Seolah memahami walaupun hakikat saya tak pernah mengalaminya.

    Semoga Allah permudahkan segala urusan awak, Soleh dan keluarga!

    ReplyDelete
  9. semoga semuanya selamat.. akak byk² bersabar yer..

    ReplyDelete
  10. kak nora..bykkan bt solat hajat yer..doa ibu untuk anknyer tiada hijab..smoge Allah makbulkan doa kak nora untuk adk soleh..

    ReplyDelete
  11. Tabah yer kak nora..semoga soleh selamat menjalani pembedahan

    ReplyDelete
  12. Salam kenal, moga Soleh dlm keadaan selamat. Bertabah la demi anak dan keluarga tercinta.

    ReplyDelete
  13. salam ziarah dan salam kenal..

    setiap manusia ada dugaan, bezanya dugaan itu sndri yg x berlainan..semoga akk tabah menghadapi situasi ini dan semoga dipermudahkan segalanyer...

    ReplyDelete
  14. takde la sesak pun inbox aku. gembira kerana walau bahu aku takde kat situ untuk ko tumpang menangis, tapi aku tetap menjadi salah seorang dari sahabat yang mendengar dan memahami. ramai yang mendoakan. semoga di penghulu segala hari ni, doa kita semua termakbul. insyaallah.

    ReplyDelete
  15. SALAM ZIARAH... SEMOGA PEMBEDAHAN BERJAYA DAN ADIK SOLEH CEPAT BAIK

    ReplyDelete
  16. smga dipermudahkan segala urusan.. amin.. akk tetap mgikuti perkembgan soleh jika ada kesempatan waktu..

    ReplyDelete
  17. Ya Allah, permudahkanlaa segalanya. Semoga Kak Nora tabah dlm apa jua situasi, ada hikmah di sebalik kejadian... semoga adik soleh dalam kadaan yg selamat. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  18. mudah-mudahan urusan berjalan dengan lancar, Allah sentiasa bersama kita kalau kita memang sentiasa bersamanya, kembalikan kepada-Nya, serahkan kepada-Nya....tawakkal, Nora sudah cukup banyak berusaha, berikhtiar... insya-Allah Dia akan beri yang terbaik untuk Nora!

    ReplyDelete
  19. Nora..
    Salam kenal, sy baru bace komen Makbed di entry sy ptg ni....
    sesungguhnya, hari sy mnjadi bz krn mahu melupakan kesedihan...
    Awk kene tabah....kuatkn semangat demi Soleh...
    walaupun sy baru mengenali awk...tapi, sy xkisah kalau awk nk berkongsi masalah atau pun meminta pandangan....
    insyaAllah sy akan bantu sehabis daya saya..itu janji saya....

    ReplyDelete
  20. ya allah, berikanlah kekuatan, kemudahan, nkmat ksihatan kepada adik soleh, semoga adik soleh bhagia bsama insan yg tsyg...hanya doa yg uncle bleh berikan, mudah2n adik soleh sembuh spt sdiakala.

    ReplyDelete

Akak Nora suka baca komen anda....